Pengalaman Bersalin Czer Anak Pertama

Assalamualaikum.


Alhamdulillah aku dah jadi ibu dah kemarin, bersamaan 6 Ogos 2022 (Sabtu). Sikit ja lagi nak sama birthday tauuu! Tak pernah terfikir akan ada post pasal Pengalaman Bersalin Czer Anak Pertama. Sebab memang tak expect akan czer pun.

Betul la orang cakap, kalau nak doa tu biar spesifik. Sepanjang mengandung, aku doa:

  • Dipermudahkan urusan
  • Tak sakit beranak
  • Tak koyak
Dan doa aku termakbul.

Sangat unexpected, to be honest. Sebab patutnya EDD 9 Ogos 2022. Tapi lepas kena brainwash dengan Kaktin Nazira, Kaktin Suhada and Maifa itu hari. Depa kata bila-bila masa ja boleh beranak dah aihh. Nasib baik aku sempat jugak kemas barang-barang.

Awalnya nak beranak kat swasta (aku siap kumpul duit dari zaman single tauu!). Tapi disebabkan ada asma; nurse suggest untuk beranak kat hospital besar kerajaan. Jadi, aku decide untuk beranak kat Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebab Kak Siti cakap okay.

Kronologi Nak Bersalin

Kronologi ni aku cerita sikit jela.

Rehearsal 1: 17/7/22 (Ahad)

Pi masa ni sebab keluar vaginal mucus yang sangat banyak. Turned out, yeast infections. Pernah jadi dah sebelum ni, cuma agak cuak sebab keluar banyak sangat dia punya jelly tu. Masa ni husband ada kat rumah, so dia la bawak pi HSAH.

Time ni dalam hati memang dah cakap, rasa macam tak beranak harini. Husband masa ni drive kereta sambil start buat lawak macam tak lawak (sebab nervous).

Rehearsal 2: 28/7/22 (Khamis)

Time ni patutnya regular checkup dengan Dr kat Klinik Kesihatan. Tapi muka Dr dah macam lain masa tengah scan baby. So Dr Najah cakap, air ketuban sangat low which is 6.3 ja. Jadinya, dia refer pi Hospital Yan untuk buat details checkup.

Time ni instinct still rasa bukan nak beranak. Dengan drive sendiri pi Hospital Yan. Husband pulak terus shoot dari Selangor balik time pukul 11 pagi. Masa ni la jadi WhatsApp panjang dengan group Struggle. Depa pakat cakap ada kemungkinan induce. 

Turned out, baby kencing lambat rupanya.. Masa checkup dengan pakar, Dr cakap baby dah start kencing. So air ketuban dah jadi 14. Yeayyy normal! Apapun lega sebab husband dapat balik awal. Boleh la pow dia belikan Subway HAHAHA!

Malam Sebelum Beranak (5/8/22, Jumaat)

Malam sebelum tu sempat pekena Fish & Chips kat Leman Corner. Lega tercapai hasrat nak makan Fish & Chips! Padahal sebelum ni, asal mintak Fish & Chips ja mesti takdak.

Luaq Leman Corner. 2 tahun lepas bergambaq takdak peluk; sambut birthday lepas bertunang.


10 malam: Pi sat Pantai Murni then dok cakap takut nak beranak dekat husband. Dah pesan, jadi apa pun kena relax. Jangan drive laju.

12 tengah malam: Rasa cuak yang melampau. Tapi taktau sebab, tapi cuak.

Ini Betul-Betul (6/8/2022, Sabtu)

1 pagi: Rasa lain, tapi taktau la apa yang rasa.

2.30 pagi: Rasa lain, tapi taktau jugak rasa apa. Keluaq bilik, pi makan Chipsmore dengan ayaq Milo. Memang tak lena langsung dari tadi.

2.30 - 4.04 pagi: Pusing ke kiri ke kanan, rasa tak boleh lena. Pusing pi mana pun semua rasa tak kena. Pi toilet semua okay. Asyik kentut ja. Then around pukul 4 pagi, macam something keluar. Okay... Mucous plug + jelly tapi ada darah. Kali ni baru rasa sakit belakang sikit dengan kentut-kentut lagi.

Kejutkan husband. Dia seperti biasa lohlehlohleh malas bangun. 

Sekali aku pun, "bby, bangun. Harini keluar macam biasa, tapi ada darah."

Teruih dia 'hahhhh!" terbeliak bijik mata dan-dan segar bugar. Kami pun bersiap la pi mandi, packing apa yang patut (makanan paling penting). Bersedia untuk nak dengar respons cik atau angah.

Keluar darah ni pelik tau! Cuak, tapi kena relax. So call cik, cik tak angkat. Call angah, tak angkat jugak. Last sekali ketuk bilik angah, then tunjuk gambar pantyliner. So angah advice untuk terus pi HSAH, dah tak payah pi Hospital Yan.

5.40 pagi: sampai HSAH. Pi solat dulu lepas azan Qalb apps ni bunyi pukul 6.02 pagi. Aku punya la text husband, minta dia inform bila dah sampai kereta.

Sekali....

Dengar suara dia baca iqamat (facepalm!) Aku nak beranak siap keluar darah pun dia relax solat jemaah lagi. Nak marah, tapi kena sabar... Jadi aku pun sambung la baca Quran dulu (haaa bagus kan akuuu).

Memang la aku ada pesan, kena relax. Tapi tak sangka la dia nak relax sampai macam ni. Zzz

Nampak dak berapa kalutnyaaa?

Ada ja pun gambar jelas, saja buat teruk.

6.30 pagi: Sampai kat Dewan Bersalin. Nurse tanya sebab apa mai. Aku cakap jela turun darah sikit. Then dia kata, "ohhh sikit tu biasa la tu, takdak apa..."

6.45 pagi: dah settle cek B/P, pulse, air kencing, terus naik katil cek CTG. Aku pun monitor la graf CTG tu. Heartbeat baby main around 132, 138 macam tu. 

6.55 pagi: Tiba-tiba heartbeat baby makin slow. Kalau gradually slow, aku faham. Tapi ni slow yang steep, terlalu tiba-tiba.

Slow sampai macam tak dengar apa.

Pengalaman Bersalin
Contoh CTG Report

Sampai la nurse masuk tengok. Then dia ada  tanya rasa sakit dak? Aku time tu, "tak sakit pun, biasa." Time ni aku tanya, husband boleh masuk tak. Nurse cakap, nanti kita panggil.

Then nurse tu keluar, masuk lagi 5-7 orang nurse. Sampai semua orang berlari panggil Dr bagai. Masa tu aku dah dengar, ada orang cakap emergency czer.

Ah sudah!

Dr masuk then seluk vagina, "ini 6cm ni".
Dr kedua seluk, "ini 8 cm"
"Kita kena cucuk bagi pecah air ketuban ya. Relax, kalau buat keras nanti lagi sakit"

Terus depa call Dr yang lain untuk refer (aku rasa time ni call pakar atau Dr lebih senior la).

Dalam otak aku memang dah cakap "this is not good." Walaupun depa tak cerita, kita tau dari situasi. Tapi someone, please explain.. Masa ni nurse minta aku buang semua yang ada kat badan, pakai baju pink siap cap operation.

Aku dok kata dalam hati, tolong la ada sorang Dr cakap boleh bersalin normal without czer.

Then Dr Linda cakap, "kita kena buat emergency czer ni. Sebab kepala memang kat bawah. Bukaan 8cm tapi heartbeat baby makin tak cantik, makin slow."

Time ni segala mak nenek borang la nak kena sign, cop bagai. Berapa banyak paper Dr Zaida Syaqeera dok mintak sign. Tiba-tiba rasa macam artis HAHA! Dr Linda and semua nurse dah bersedia untuk panggil husband masuk and cerita apa yang jadi.

Berapa jenis katil aku kena transfer. Kena kesot slow-slow. Lega bila nak dekat katil terakhir semuanya pakai angkat kain lapik ja

7.10 pagi: Time ni aku dah salam, mintak maaf kat husband. Antara nak qeyau dengan tak qeyau. Rasa sebak sungguh, tapi kena tahan sebab takut ikut emosi. Kalau ikut emosi, bimbang nanti asma attack.

Katil aku pun dah kena tolak untuk pi bilik operation. 

Masuk Bilik Operation

Dalam perjalanan masuk bilik operation tu, aku tanya nurse samada husband boleh masuk tak. Tapi nurse cakap, kalau czer then husband tak boleh masuk. So aku pun redha pasqhahhh dan menyeqhahhh ja sebab husband pun takut darah.

Nampak la husband aku dah tunggu tepi bilik. Taktau nak cakap apa perasaan masa tu.

Sampai ja bilik operation, kena tanggalkan kain. Time ni nampak Dr laki 2 orang. Ahhh sudah, tapi apakan daya.

Aku di dalam hati, "depa pun tak kebuloq aih nak tengok. Berapa ramai dah depa dok tengok. Dah la penuh darah lagutu iyekkk!"

Proses Teran Baby Failed!

Aku ingat dah boleh serah pada takdir. Tak habih lagi rupanya.. 

Kena paksa teran baby masa kat operation room. Aku kata, memang tak rasa sakit. Jadi sangat sukar nak meneran. Memang tak dapat positive feedback during labour since tak rasa tu kesakitan contraction (ceyyy recall balik silibus Biology time Matrik)

(Baca: Aku rasa kan, sebenarnya memang jenis high pain tolerant. Sebab dah biasa period pain yang lama setiap bulan, so sakit macam ni tolerable enough la kut.)

Tapi Dr cakap,
"Sayang ni 8cm. Sikit ja lagi, cuba teran."
"Teran macam nak berak"
"Teran sambil letak pungkoq"

Haaaaa ambik!! Keluaq taik. Sapa suruh kata teran macam nak berak 😂 Baby tak keluaq pun.

[Kredit]

 

Benda macam ni sangat understandable tau, dan normal. So tak memalukan pun. Sebab bowel kita sangat loose since muscle tu kena relax untuk prepare nak beranak.

Memandangkan situasi ni macam tak membuahkan hasil, maka proceed la untuk buat czer.

Peluk Bantal Cucuk Epidural

Aku rasa cucuk epidural ni. Sebab cucuk kat tulang belakang kan. Dr cakap, peluk bantal then badan kena relax. Kalau tak relax, lagi akan rasa sakit.

Contoh Cucuk Epidural Bersalin
[Kredit]


Sebagai patient yang baik, aku peluk la bantal sambil kena cucuk. Siap baca al-Mulk habih 1 surah. Rasanya kalau lama lagi cucuk, memang khatam semua surah hafalan time form 5 ni. 😂

Saat ni aku rasa, "hm okay. Takdak la sakit mana pun cucuk." Then Dr laki cakap cuba angkat kaki. 

Aku pun semangat angkat kaki. Ceyhh, tapi tak boleh angkat 😑

Okay semua dah setup. Masuk la bawah lampu.

Pengalaman Bersalin Czer Anak Pertama

Time ni aku tutup ja mata... Aku half bius tau, so sedar ja masa semua Dr tengah perosah perut aku.

Semua pakat buat kerja masing-masing ditemani radio pasang lagu apa tah. Memang relax betui depa dok czer orang sambil dengaq radio.

Rasa sakit tak bersalin czer? 

Sejujurnya, rasa wow sangat. Time tu la dengan rasa sejuknya sambil ketaq badan. Then rasa orang tengah dok keluarkan sesuatu dari perut aku. Rasa macam lega tapi tak sakit. Rasa macam sesuatu kesakitan di perut dilepaskan slow-slow (padahal effect ubat).

Masa ni, aku tak pikiaq pun proses ni boleh libatkan hidup dan mati. Sebab sangat tenang. Siap pasang lagu, bunyi Dr letak angkat scalpel, sejuk ketaq badan.

Then tak lama lepastu, aku dengar bunyi baby menangis. Dan-dan automatik lajuuuuuu ayaq mata aku turun.

Dr mai lepas nampak ayaq mata, "Puan? Puan sakit ka?"

Hm Dr ni, bagi la chance untuk aku sebak sat. Dahhhh tiba-tiba potong mood.

Alhamdulillah, Dr mai tunjuk baby masa dah habis balut semua. First dia tunjuk jantina, tanya ni baby apa. Then dia dekatkan muka baby untuk skin contact. Lepastu terus bawak baby pi further check.

Aku? Dok kat situ tadah lagi perut. Sampai dah settle then masuk bilik apa tah tambah ayaq. Lepastu baru masuk wad biasa.

Dengar jugak la ada Dr cakap,"Baru ja ingat shift dah habih, sekali ada emergency 😂😂"

Aku cuma gelak di dalam hati. Terima kasih semua Dr kat HSAH! Aku cakap terima kasih lepas habis czer. Tapi sorang Dr ja dengaq. Padahal tu suara paling kuat tuuu. Memang semua pakat kalut nak balik lettew.

Then katil ditolak keluar. Aku nampak husband tengah tunggu kat luar. Tapi aku pejam mata ja, sebab matahari dah start naik.

Pengalaman Bersalin Czer
Baby A


Alhamdulillah. Another day to live. Kesakitan dia bermula 6 jam selepas ni. Stay tuned episod seterusnya. 

Simpan buat kenangan. Conversation angah dengan Dr Linda, (member angah time sekolah yang received kes aku)


Disclaimer:
1. Pain tolerant setiap orang sangat berbeza. Hope for the best, prepare for the worst.
2. Kalau orang cakap sakit, just ingat yang skala sakit tiap orang tak sama.
3. Tak ada orang yang nak jadi lemah tak berdaya (kecuali depan husband)
4. Sakit bersalin tu real. Yang ni cuma separuh cerita, akan bersambung part yang sakit lepas 6 jam.
5. Walaupun aku cakap tak berapa sakit, tak bermakna tu tak sakit pada orang lain. Sebab antara sakit yang applicable pada aku ialah migraine.

Apapun, Happy Birthday yang ke-28 Tinsyaz. Officially a mommy!  

P/s: aku ada share beberapa post baru, klik -> Pengalaman Jadi Ibu Baru. Dekat post ni, aku compile semua benda-benda yang takdak sapa pernah cerita berkenaan diri sendiri dan baby. Memang belajar along the way ja.

Love, XOXO

Artikel Berkaitan: Pengalaman Bersalin Di Hospital Kerajaan

Post a Comment

2 Comments

  1. wahh. dah selamat lahirkan baby. selamat berpantang mommy. sy bru baca & reply komen awk dekat blog sy. Alhamdulillah, lain org lain pengalaman kan mommy. apa2 pun baby & mommy dah selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua dah selamat. 3 hari lebih awal dari tarikh EDD. :D

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)