Pengalaman Bersalin Di Hospital Kerajaan

Assalamualaikum. 

Pengalaman Bersalin Di Hospital Kerajaan

Setelah aku tulis Pengalaman Bersalin Czer, harini nak tulis tentang Pengalaman Bersalin Di Hospital Kerajaan. Bagi aku, so far semuanya okay dan not too bad macam yang aku bayangkan.

Kenapa Bersalin Di Hospital Kerajaan?

Pada awalnya, aku memang dah set dalam otak sejak dulu lagi untuk nak bersalin di hospital swasta. 

Tapi along checkup dekat klinik kesihatan, aku dapat advice untuk bersalin di hospital besar kerajaan disebabkan aku ada asma.

Kenapa Disarankan Ke Hospital Besar Kerajaan?

Wad Bersalin Hospital Sultan Abdul Halim
Wad bersalin Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani



Pertama sekali, hospital swasta takkan terima kes yang berisiko. In case apa-apa jadi, kes macam ni boleh calarkan reputasi hospital depa.

Tu sebabnya kenapa hospital swasta akan tolak kes yang berisiko. Sebagai contoh kalau korang pi hospital swasta then dia cek, rupanya kes korang tu berisiko; nak taknak memang dia akan tolak pi hospital kerajaan.

Bila jadi kes macam ni jadi, akan menyebabkan berlakunya delay masa nak admit ke hospital. Jadi, Kak Zura & Cheta memang dah advice untuk terus ke hospital besar kerajaan.

Kenapa Hospital Besar Kerajaan?

Hospital besar ni dia punya fasiliti sangat lengkap. Tak cukup dengan tu, pakar pun ada dekat sana.

Berbanding dengan hospital biasa, pakar hanya akan visit seminggu sekali ja.

Jadi untuk pesakit yang ada risiko masa bersalin, memang disarankan untuk bersalin di hospital besar kerajaan disebabkan faktor di atas.

Proses Admit ke Hospital Besar

Aku kan tinggal di Yan. So orang akan expect untuk bersalin di Hospital Yan. Jadi untuk sesiapa yang nak admit bersalin di hospital besar, rasanya kena buat appointment (?)

Entah, sebab first time aku pi hospital tu (sebelum bersalin), nurse sana ada tanya in case aku ada refer letter dari Dr atau tak.

Refer letter ni buatkan proses jadi lagi panjang. So instead of refer hospital kecil, apa-apa jadi memang terus ja pi hospital besar. So that hospital tu akan take note yang kita akan admit sana.

Pengalaman Bersalin Di Hospital Kerajaan

Alhamdulillah bagi aku bersalin di hospital kerajaan agak okay walaupun sedikit messy. Tapi tu lah, what to expect; hospital kerajaan kan perlu serve ramai orang. Normal ja kalau lil bit messy sebenarnya. Bawah ni aku akan explain kenapa messy.

Boleh baca pengalaman aku bersalin czer kat sini: https://www.tinsyaz.com/2022/08/pengalaman-bersalin-czer-anak-pertama.html

Situasi Selepas Czer

Lepas ja czer, katil aku ditolak ke wad. Time tu kita dipisahkan berdasarkan cara kita melahirkan anak. Kalau melahirkan secara czer, semua ibu kat situ pun melahirkan secara czer.

Bilik Wad Bersalin Hospital Kerajaan

Dalam wad tu, ada 6 katil. Tapi masa aku admit pagi tu, tak semua katil penuh pun. Ada around 3 orang seingatnya.

Bersalin czer
Wad Bersalin czer

Masa first time masuk wad, husband boleh ikut masuk sambil bawa barang-barang keperluan kita. Cuma time tu, husband boleh masuk satttt ja semata untuk tu - plus untuk selesakan kita (minta selimut lebih, angkat katil bagi selesa, sediakan air untuk minum).

In case baby dalam keadaan stabil, baby akan terus dihantar ke sebelah kita dalam masa beberapa jam. Tapi kalau baby tak stabil, akan terus masuk wad NICU lepastu without jumpak parents.

Sempat la rasa uruskan anak sendiri masa hari pertama.

Masa hari ke-2, Amir disahkan ada jaundice. Jadi Amir dah dihantar masuk ke Wad Melur untuk phototherapy. 

Aku pulak dah tak perlu monitor closely, jadi dah dipindahkan masuk ke bilik lain. Yang ni bagi aku quite messy sebab bilik ni ternyata bukan wad pun. (Messy just sebab kena pindah bilik).

Bilik ni tempatkan 3 orang. Yang pasti, awalnya ni ialah bilik pemeriksaan tapi dijadikan wad sementara. Siap ada aircond okay! Memang malam tu sejuk sangat-sangat.

Then nak pi toilet pun, kami perlu ke toilet bilik yang bertentangan. Bilik tu ada katil 2 siap toilet. Macam haritu, dalam bilik tu ada 2 orang yang bersalin normal. Kiranya macam share toilet bilik lain la.

Tapi dia punya toilet sangat convenient dan bersih amat. Memang selesa! Air nak mandi pun semua cozy, sebab turn on ja terus air suam.

6 Jam Pertama Selepas Bersalin Czer

Untuk czer, korang akan dilarang berjalan dalam masa 6 jam pertama. Dalam masa tu, cuma boleh minum air masak ja tanpa sebarang makanan lain. 

Jadi memang tiub kencing dimasukkan la. Tiub kencing aku hanya dicabut esoknya dalam pukul 11 pagi macam tu. 

Masa ni, korang dipakaikan pad tali. Make sure korang bawak pad sendiri yang bertali. Aku pun tak bawak sendiri, jadi wad akan bagi. Tapi next changing, perlu pakai pad sendiri. Nurse akan pesan dekat suami supaya Beli dekat kedai tingkat bawah di HSAH. Better korang prepare siap-siap. Jangan risau, nurse akan tolong tukar pad.

Pad Tali hospital
Korang boleh beli dekat sini (Link Shopee) [Kredit]

Time lepas 6 jam pertama ni la orang cakap masa yang korang paling akan ingat. Sebab time tu, ubat tahan sakit semua dah start hilang. Jadi time tu baru akan rasa kesakitan sebenar.

Masa ni, korang kena berjalan sendiri buat pertama kali tanpa sebarang bantuan kalau nak pi toilet. Unless kalau korang panggil nurse untuk bantu la. Kalau aku pulak, memang berjalan sendiri ja. 

Makanan Di Hospital Kerajaan

So far aku boleh kata yang makanan di hospital Sultan Abdul Halim sangattttt sedap! Surprisingly sangat sedap! Sampai tak sempat snap gambar la.

Sebab dulu dah pernah rasa makanan dekat Hospital Yan, memang lain rasa dia dengan tak cukup gula dan garam. Tapi kat HSAH, semuanya cukup rasa.

Kredit: Twitter @akalderang

Kalau time pagi, makanan akan dapat air kopi + roti wholemeal. Tengahari makanan berat macam nasik atau bubur nasi, sayur, lauk, buah. Petang akan dapat biskut + air kopi O. Malam akan dapat makanan berat. Supper dapat roti wholemeal. Bab air minuman tu, nurse akan mai tanya nak top-up air masak atau air suam.

Memang makanan akan rotate antara nasik dan bubur nasi. Untuk lauk pulak, hari-hari awal bersalin pun dah start dapat makan ayam.

Part ni memang orang tua bising la. Awal lagi dah makan ayam, tak pantang langsung. 😑 Aku pulak, dah hospital sedia - aku makan sajooo.

Yang ni penting, pastikan korang siapkan sudu garpu. Nanti jadi macam aku, makan bubur pakai straw tercari-cari macam mana nak makan bubur. Plus tak renyah la kalau makan pakai sudu garfu then dah tak payah nak pi basuh tangan dah. Cawan pun better sedia sendiri ja, boleh ambik air lebih. HAHA

Bersalin Di Hospital Kerajaan Kelas 1

Yang ni aku baru tau bahawa kita boleh request nak masuk bersalin di wad kelas 1. Tapi aku tau pun dah terlambat.

Untuk bersalin di wad kelas 1, korang setidaknya kena booking 3 bulan lebih awal dari EDD. Yang bezanya, korang perlu tanggung extra perbelanjaan sendiri la. 

Kenapa perlu bayar lebih di hospital swasta kalau boleh dapat treatment seakan sama di hospital kerajaan dengan harga lebih rendah?

Boleh baca pos selanjutnya disini, https://www.mingguanwanita.my/wanita-ini-kongsi-panduan-bersalin-full-paying-patient-di-hospital-kerajaan/

Kos Bersalin Di Hospital Kerajaan 2022

Kalau nak ikut harga sebenar bersalin, mak aiii botak kepala. So total untuk kos bersalin di  hospital kerajaan tahun 2022 ialah around RM113+

Untuk kos bersalin di hospital kerajaan, memang thankful sangat sebab subsidi kesihatan yang kerajaan sediakan. No wonder ramai yang cakap Malaysia punya healthcare ni terbaik di dunia.

Kos bersalin di hospital kerajaan 2022
[Kredit]

Actually aku realised pasal healthcare ni setiap kali pi jumpak dentist kat klinik kerajaan. Memang dari segi money wise, wayyy cheaper berbanding swasta. Bezanya, korang kena lebih banyak bersabar untuk tunggu dan/atau lalui prosedur yang agak banyak.


Anak Masuk Wad Kuning Hospital Kerajaan

In case anak admit untuk kes jaundice untuk phototherapy, harga akan dikira lain pulak. Bagi Amir admit untuk jaundice sehari, kena add-on bayar RM13 untuk sehari.

Kiranya di hospital besar kerajaan, nurse fully jaga anak di wad kuning. Aku diminta untuk tinggalkan anak di bawah jagaan nurse. Time tu, boleh la kalau nak tinggal pack susu badan untuk nurse bagi pada baby.

Kalau di hospital Yan pulak, in case kena admit untuk buat phototherapy, ibu akan diminta untuk masuk wad sekali dengan baby di wad kanak-kanak. Means that kena jaga baby sendiri la, sebab tu kena admit wad jugak.

Nurse Di Hospital Kerajaan 

Alhamdulillah aku rasa nurse pun sangat okay. Memang membantu urusan aku dan husband. Beberapa jam selepas bersalin, nurse akan mai ajar cara untuk susukan anak.

Cuma aku encounter pengalaman dengan nurse senior yang pandang spoil bila Amir melalak time malam. Dia cakap aku tak susukan Amir, padahal aku dah try kk. Then dia cakap, tukar la pampers sambil jeling. 😑

Then ada sorang lagi nurse mai katil aku. Dia cek pampers Amir then dia kata pampers pun okay ni. Terus nurse angkat Amir sambil tenangkan dia. Then nurse pesan, perlu tenangkan baby dulu kalau melalak macam ni then baru bagi susu. Nurse ni siap bantu untuk latching kutt. Memang massive respect la!

Cuma ada kenalan yang encounter nurse tak best masa kat HSAH tu. Memang depends, tak boleh pukul rata.

Tempoh Warded/Discaj Setelah Bersalin

Untuk tempoh and warded atau discaj setelah bersalin, semuanya bergantung kepada kondisi badan masing-masing.

Contohnya kalau tak ada apa-apa kondisi yang perlu monitor, korang akan dapat discaj keesokan harinya setelah bersalin.

Otw pi ambil Amir untuk discaj

Macam aku pulak, hari ke-3 baru dapat permission untuk discharge since Dr nak monitor kesan jahit.

Waktu Menunggu Di Hospital Kerajaan

Untuk kes aku, agak singkat. Alhamdulillah rezeki time sampai tu memang tak ada orang. Cuma masa nak visit anak dekat wad, perlu tunggu lama ikut turn. 

Then masa husband nak ambil ubat pun, semuanya kena beratur lama. Sebelum ni, kami pernah kena sidai around 3-4 jam jugak kat hospital sebab ramai orang sangat.

Memang bergantung kepada rezeki. 

Menyempat jumpak member, Dr Hasan. Dia pesan kalau czer, jangan makan ikan haruan.

Selesa Tak Bersalin Di Hospital Besar Kerajaan?

Pada aku, alhamdulillah okay! Kiranya exceed aku punya expectation la.

Cuma ramai yang cakap, kalau nak selesa, dapat treatment sempurna plus nak jimat masa; maka invest la duit untuk masuk hospital swasta. Sebab kalau nak compare dari segi fasiliti, hospital besar kerajaan pun dah kedepan maju.

Dapat 3 beg Goodies dari HSAH sebab kat bawah tengah ada event. 

Harapnya entri ni membantu for those yang tengah decide untuk bersalin di hospital mana. Still, bersalin di hospital kerajaan memang not bad pada aku (setidaknya).

For those yang ada encounter pengalaman lain di hospital kerajaan, feel free untuk share di komen. 

P/s: aku ada share beberapa post baru, klik -> Pengalaman Jadi Ibu Baru. Dekat post ni, aku compile semua benda-benda yang takdak sapa pernah cerita berkenaan diri sendiri dan baby. Memang belajar along the way ja.

Love,
XOXO

Post a Comment

6 Comments

  1. Alhamdulillah rezeki dapat bersalin dengan mudah.. Take care dan selamat berpantang.. Seronok baca pengalaman org lain bersalin..

    ReplyDelete
  2. Suami boleh teman tak masa bersalin kat HSAH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami boleh teman kalau bersalin normal. Kalau bersalin czer, tak boleh teman. Pesan dekat suami supaya sentiasa alert dengan telefon sebab tempat menunggu selalunya penuh, so susah nak tunggu situ. Bila-bila masa ja nurse akan call untuk panggil masuk dewan bersalin temankan isteri.

      Delete
  3. Salam Sis, thanks for sharing this. Nk tanya, dah masuk wad after cser, ahli keluarga boleh teman tak utk jaga baby? last time 8 years ago, my mom boleh teman (di HSAH), but skrg tak tahulah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, maaf lambat reply. Family tak dapat masuk wad untuk teman kalau wad biasa. Semua nurse yang akan assist, hanya dapat masuk time melawat ja :D

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)