Industrial Logistic tu Belajar Apa?

 Assalamualaikum


Disebabkan ramai yang masuk blog aku untuk tanya pasal course Industrial Logistics, maka kat sini aku tulis khas untuk course ni saja. Untuk yang masih belum tahu, aku merupakan bekas pelajar UniKL Mitec dari tahun 2013 - 2017. Apa yang bestnya di UniKL, setiap tahun akan ada revise either subject yang ditawarkan tu betul-betul menepati kehendak market atau tak. 

Di UniKL di, ada tawarkan 2 program logistik iaitu diploma dan degree:

Tak banyak beza pun sebenarnya. Maybe ada beza sikit dari segi subjek dan deep of the knowledge jela.


SUSAH TAK COURSE INDUSTRIAL LOGISTIC NI?

Personally, course ni tak susah. Just kena banyak faham ja. Dan silibus semuanya English tapi lecturer still akan explain based on pilihan dalam kelas either nak go for English atau mix Malay jugak. Plus, dia banyak uji kefahaman. Setakat grammar tunggang-langgang tu apa lah sangat, asalkan faham konsep.


INDUSTRIAL LOGISTIC TU BELAJAR APA?

Untuk senang faham, Industrial Logistic ni belajar proses pengangkutan barang start dari customer beli sampailah barang tu sampai kepada tangan customer. Untuk nak bagi lagi senang faham,

According to Logistics definition, it is delivery of Right Products in Right Quantity and the Right Condition, to the Right Place at the Right Time for Right Customer at the Right Price.

So benda atas ni lah yang hang akan belajar masa sem 1. Selalunya soalan ni mesti ada dalam paper logistic.

[Kredit]


Dan dalam masa 8 sem (untuk degree), korang akan belajar benda atas ni. Macam mana barang tu bergerak sebelum sampai ke tangan customer. Cumaa... Korang takkan belajar simple macam tu lah. Korang akan belajar teori yang ada law, calculation and ada jugak hands-on (drive forklife, site visit, masuk warehouse).

So kat sini, aku akan kupas satu-satu, subjek yang hang akan belajar. List subjek untuk course Industial Logistics ni aku ambik direct dari website UniKL.


Semester 1

Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS): belajar pasal tamadun. Macam sejarah sikit la, kena hafal.

Fundamental English: English, basic English ja.

Professional English 1: bejalar English, tapi tak sure la belajar apa.. Dah tak ingat sebab banyak sangat English.

Business Mathematics: Level math modern. Still, kena study guys. Tapi tak cecah level addmath.

Batch kami buat event ni untuk technopreneur

Technopreneurship: belajar entrepreneur (usahawan) tapi combine with technology. So boleh kata savvy-tech entrepreneur. Akan kena organised event.

Elements of Logistics: start belajar pasal definition logistic. Semua yang basic ja.

Transportation Management: belajar jenis-jenis transport. Pengangkutan udara, laut, darat.

Semester 2

Hubungan Etnik/ Pengajian Malaysia 3: belajar entik, kena hafal

Information Technology and Computing Concepts: basic pasal IT, maksud cookies, software. Just basic.

Organizational Behavioural: lebih kepada belajar pasal manusia dalam satu orgasasi

Principles of Marketing: belajar cara pemasaran. Tapi lebih kepada pemasaran dalam bidang logistik

Economics: mak aku bimbang betui sebab aku takdak basic economy. But hey, aku dapat A tau! Just basic ja. Pasal supply, demand etc.

Managing Transport Operations: lebih kepada belajar macam mana cara untuk manage operasi sesuatu transport. Kat sini akan belajar lebih mendalam sikit pasal semua mode of transport. And jenis-jenis transport di darat, udara dan laut.

Semester 3

Innovation Management: belajar berkenaan inovasi. Akan buat projek untuk sem ni and ada event untuk present kepada orang luar. Time ni group aku pernah menang award untuk innovation.

Professional English 2: belajar cara buat thesis, Nama pun professional kan... (seingat aku, takdak exam)

Foreign Language 1: di UniKL Mitec, semua akan belajar Mandarin. Tapi still, takdak exam.

Applied Statistics: belajar statistic ni banyak calculation. Lebih kepada analysed data, graf

Business Accounting: belajar account, mengira lagi.. 

Procurement and Inventory Management: yang ni lebih kepada belajar cara untuk beli barang, proses beli barang, cara untuk manage barang-barang


Last day kelas warehouse. Aku yang cute shawl merah striking tu. 

Warehouse Management: belajar pasal jenis-jenis warehouse (gudang). Teknologi yang ada dalam gudang, penyimpanan barang dalam gudang. Time ni belajar FIFO (first in, first out), LIFE (last in, first out). Contoh kalau FIFO, bunga. Bunga tak tahan lama, so kena guna FIFO. 


Semester 4

Isu-Isu Kontemporari Muslim di Malaysia(local muslim)/Culture and Lifestyle in Malaysia (Local-non muslim & International): yang ni macam belajar agama tapi lebih moden

Foreign Language 2: belajar Mandarin lagi, still takdak exam

Risk Management and Insurance: yang ni belajar pasal risiko, cara nak elak risiko kemalangan. Belajar berkenaan jenis-jenis insurans, term-term insurans. Oh time ni belajar risk transfer. Contoh macam kalau korang minum air panas beli dekat McJonald, then tertumpah kena tangan. So boleh saman in-case dekat cup McJoneld tu takda tulis 'Caution, HOT!' .

Modelling and Simulation: yang ni kena masuk lab komputer siapkan simulasi. Subjek yang paling aku rasa mehhhh. Kena buat simulasi dalam PC, kena buat pergerakan barang dalam point A sampai point B. Contoh, dalam 1 minit, berapa barang dapat bergerak masuk dari lori ke dalam warehouse. Ah susah terang, tapi aku tak suka. Tu ja.

Custom, Excise and Forwarding: yang ni belajar kastam, proses dekat kastam, borang-borang yang diperlukan untuk tuntut barang. Time ni belajar pasal K1 sampai K8 (kena hafal apa function setiap borang). Belajar pasal jenis-jenis kontena. Time ni la kita akan masuk dalam kontena, belajar cara nak bukak kontena. Serious scary k, dah la panas dalam tu

Container Haulage: Yang ni belajar pasal lori kontena. Jenis-jenis lori, ada open-top, ada side-loader. Belajar jenis-jenis kontena.

Elective: ada subjek elektif, boleh pilih. Aku ambik Seaport.

Semester 5

Co Curiculum: JPAM / Rakan Masjid / Culture. Time aku dulu, koko ni masa first and 2nd sem

Kem JPAM masa sem 1


Project Management: kena buat projek. Contoh, group aku buat Mini Klinik. So memang betul kena buat macam kita ni nak buat satu projek. Ada timeline kena buat, then kena pi survey harga barang, buat poster nak launch projek tu.

Commercial Law: Time aku macam nama course lain. Tapi yang ni belajar law. Memang banyak hafal. Tapi Act dia more to transporation Act, and kena ingat case study

Operational Research: time aku nama dia qulitative analysis tak silap. Yang ni lebih kepada cara buat decision apa-apa, but still ada calculation

Managing International Logistics: belajar logistic dalam konteks international. Banyak pembacaan, aku ingat yang tu ja

Final Year Project 1: Boleh pilih either nak buat research atau nak carry-out projek dekat mana-mana company luar. Well, aku buat something yang takdak kena mengena dengan  logistic.

Elective: ada subjek elektif, boleh pilih. Aku ambil Supply Chain Management

Semester 6

Human Resource Management: belajar pasal Human Resource, pasal apa hak sebegai pekerja

Information System in Logistics: time aku, nama course ni E-Logistic. Belajar berkenaan teknologi yang digunakan dalam logistic, macam EDI (electronic data interchange), GIS (geographic information system). Senang cerita, pasal logistic tapi dalam konteks teknologi. Contoh, pergerakan (logistic) dalam service berkenaan IT.

Transportation Policy and Planning: yang ni banyak belajar pasal polisi juga. Cara untuk improve transport supaya lebih efisyen

Elements of Shipping: Belajar pasal shipping. Borang-borang yang kita kena tau untuk ship barang macam LOC (letter of credit), BL (bill of lading). Apa yang kita kena tau sebelum nak ship barang pakai container guna kapal. Banyak hafal.

Final Year Project 2: Final year project.

Elective: ada subjek elektif, boleh pilih. Aku ambil Business Management

FAQ INDUSTRIAL LOGISTIC


GAJI KERJA LOGISTIC BERAPA? 
Soalan ni quite vary dan berbeza based on company mana yang akan korang kerja. Company logistik ni banyak yang MNC (Multi National Company); yang maknanya bukan kat Malaysia ja ada company ni. Contoh macam company Maersk, Evergreen DHL etc  . Standard aku boleh cakap, starting dari RM1,500 sampai RM6,000 bergantung kepada jawatan apa yang korang dapat.

Macam member aku, dia memang lompat company untuk naikkan salary. Aku boleh kata, ada la dalam 3-5 company dia kerja dalam setahun. So dalam masa setahun lebih, gaji dia dah RM3,200+ . But still, depends kepada korang punya skills dan experience jugak.

APA SKOP KERJA LOGISTIC?

Secara ringkas, aku boleh cakap yang kerjanya just pastikan semua barang sampai tepat pada masa. Contoh customer korang ada order screw. Jadi, hang la kena prepare sekali dokumen untuk hantar barang pi German. Bila order masuk, tugas korang memang hantar barang. Gitchew. Tapi barang yang masuk dalam kontena. Bukan yang pack J&T tu.            

[Kredit]


Atas ni contoh proses untuk export. Tapi proses dia bukanlah macam korang nak pi pos barang Shopee. Banyak dokumen kena sedia sebab korang nak kena naik kapal laut nuu. Then, kena pilih which container yang sesuai dengan kuantiti. Lepastu kena prepare borang kastam bagai.

Itu baru kalau prepare barang kecik untuk kegunaan company. Member-member aku ramai yang deal truck, container, international parcel. Jenis ni memang masuk port la.

Ada yang mungkin kerja dekat warehouse (gudang). Kerja dekat kastam. Kiranya asal ada ja barang bergerak, disitu ada kerja logistik. Cuma, target student Industrial Logistic lebih kepada company yang besar-besar dan export oversea. Barulah gaji masyukk!


MACAM MANA PELUANG KERJA LOGISTIC?

Aku boleh cakap, skop sangat luas. Tapi ikut tempat, macam Johor, Selangor, Penang, Singapore, Kulim. And any company yang ada buat pergerakan barang macam eksport screw pi oversea atau transfer motor dari satu branch ke branch lain dalam Malaysia.

Aku boleh lari bidang just sebab aku taknak stay jauh dari family aku.

Industrial Logistic belajar apa

Atas ni ialah peratusan student yang grad dalam UniKL dan bekerja. 9 kampus UniKL tergolong dalam antara IPTS yang paling perform. Maksudnya, after habis belajar then terus dapat kerja. Mitec berada dalam tangga ke-4 UniKL.

Bagi aku sendiri, isu IPTA dan IPTS ni dah tak valid. I mean, even korang grad dari IPTS sekalipun, peluang pekerjaan tetap ada. Asalkan korang equipped diri korang dengan skills masa study. Belajar skills bercakap, skills convince orang, skills management and any skills yang boleh membantu korang untuk secure pekerjaan. Banyakkan involve dengan event and kelab masa belajar. 

ADAKAH KNOWLEDGE NI BETUL BERGUNA?

Dimana-mana sekalipun, knowledge berguna. Tapi knowledge saja tanpa aplikasi sangatlah sia-sia. Kalau dalam pekerjaan, logistik lebih dari sekadar teori masa belajar dekat universiti.

Masa aku masuk UniKL, motif aku hanyalah untuk lari dari bidang Sains. Dan aku pun tak sure akan belajar apa and apa yang akan jadi after ni. Tapi disinilah aku discover minat aku dalam bidang marketing. And after tu, aku explore Digital Marketing. 

Still, aku tak rasa knowledge dalam logistic ni sia-sia. Walaupun pernah la aku cakap sendiri, aku patut masuk course marketing. Tapi mengenangkan junior-junior aku dari bidang marketing (kat tempat kerja), still aku rasa macam study jauh beza dari kerja walaupun study marketing sekalipun. Serious.

So aku harap, korang akan dapat sikit insight berkenaan course logistik ni. Memang susah nak convince parents. Aku faham. Aku dulu pun macam tu. Yelah, parents (aku cerita pasal yang dok kampung) tak habis-habis nak anak kerja kerajaan. Gaji tak tinggi, takpa. Asalkan kerajaan. What the? 

And ramai ja member aku yang stay dalam logistic. And sikit yang lari bidang macam aku. Tapi ada jugak yang jadi lecturer, engineer (yang ni dia perform dalam logistic and company bagi peluang untuk dia switch position), polis, askar.

In case nak tanya apa, feel free untuk tanya.

Love, XOXO


Comments

Popular posts from this blog

Hiqili Essential Oil Review Malaysia

Hanazakarino Kimitachihe Taiwan Full Episode HD English Subtitle