Cara Kurangkan Kuning Bayi Guna Susu Ibu

Assalamualaikum.


Alhamdulillah setelah berhari-hari aku dengan suami konsisten hantar Amir Fayyadh (ceyyyy baby dah ada nama) pi Klinik Kesihatan untuk cek kuning, akhirnya kuning Amir turun dengan jayanya. Of course la aku dengan suami la paling happy dalam hal ni. Sebabnya, aku dan suami berjaya dalam perang melawan mitos dengan gunakan cara kurangkan kuning bayi guna susu ibu dalam masa 14 hari. Sebab tu kami akan kongsikan journey ni. 

Ni adalah 3 sebab yang menyebabkan aku happy. Antara sebabnya:

  1. Kuning Amir dah turun
  2. Dah tak payah bersiap tiap pagi rushing pi KK
  3. Berjaya prove kuning bayi boleh hilang tanpa petua tradisional
Yang nombor 3 tu yang aku rasa massive reason kenapa post ni wujud instead of other post. Btw, aku tak sempat lagi nak tulis post sambungan dari entri lepas lagi. So chill chill dulu baca post ni. 

Kalau nak terus baca tips, boleh terus skip karangan panjang berjela terus ke tips bawah tu. Aku kan kuat drama, segala mak nenek kronologi kena tulis dulu. Apa yang aku share ni memang basic ja sebenarnya. Ada yang aku refer member-member dan ada jugak yang aku dapat dari pembacaan.

Punca Kuning Bayi

"Penyakit kuning biasanya berlaku apabila organ dalaman bayi seperti hati belum cukup matang dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna selepas dilahirkan.

Di dalam hati bayi terdapat sejenis bahan yang dinamakan bilirubin yang berwarna kuning, terbentuk daripada pemecahan sel-sel darah merah di dalam badan dan apabila semakin banyak sel darah merah pecah molekul bilirubin akan bertambah.

Apabila paras bilirubin tinggi di dalam darah ia akan meninggalkan kesan seperti kerosakan kekal pada sel otak dan akan menyebabkan kerencatan serta perkembangan bayi akan menjadi tidak normal, bayi akan mengalami masalah pendengaran, kekejangan otot serta boleh membawa maut." - Kredit

Sebenarnya, kuning bayi ni memang sangat common la untuk baby baru lahir. Tambah-tambah lagi common kalau ibunya berdarah O. Ya, akulah penyumbang kepada permasalahan kuning ni sebab aku berdarah O. Nak faham lebih lanjut, boleh baca disini.

Petua Tradisional Hilangkan Kuning Bayi

Cara Kurangkan kuning bayi
[Kredit]


Seperti yang kita sedia maklum, kuning baby boleh dihilangkan bila kita konsisten bagi susu ibu. Cheta (nurse) pun dah explain masa kat KK then Kak Nazrah pun ada text cakap bagi baby minum susu banyak. Angah, cik dengan abang lagi la tekankan untuk bagi baby minum susu banyak-banyak.

Sebab kuning tu hilang dengan proses perkumuhan (senang kata baby kenyang lepastu berak, then baru la kuning tu dapat keluar dari badan dia). Dah kalau tak bagi susu ibu yang cukup, macam mana la baby nak berak, kan?

Aku sedia maklum dengan petua tradisional hilangkan kuning bayi. Cuma bagi aku yang moden dan percaya sains, ada sesetengah petua yang aku memang tak rasa nak buat pada Amir. Well, kalau korang rasa nak try pada baby korang, then silakan. Tapi in case jadi apa-apa, aku letak disclaimer siap-siap bahawa aku sangat tak galakkan pun untuk try petua ni.

Bila Amir dah ada kuning ni, selain aku dan husband; pastilah mak dengan abah aku antara yang paling kalut. Kita faham, setiap orang tua mesti nak yang terbaik untuk cucu depa. Tapi aku sebagai ibu juga, mesti aku pun nak yang terbaik untuk anak sendiri.

Masa kami discharge dari hospital, memang discharge berdua jela tanpa anak. Rasa agak sedih, tapi okay la still boleh 'we time' kan. 

Betul Ke Serbuk Mutiara Cina Boleh Hilangkan Kuning Bayi?

Time tau ja Amir kena kuning, abah aku dah siap call minta husband pi kedai ubat cina untuk belikan mutiara. Katanya, ni mutiara sebenar yang dah di crush untuk cure sakit kuning bayi. Caranya, masukkan serbuk mutiara bawah lidah bayi.

Dia macam, 'like whuuuuuuut?'. Baby baru lahir 3 hari kutt, takkan la nak kena masukkan mutiara pulak dalam perut dia. Memang aku tak buat la ceritanya kan.

Hilangkan Kuning Bayi Dengan Air Kucai

Then balik ja rumah, mak aku dok suruh mandikan baby dengan air kucai. Katanya bagus untuk turunkan kuning bayi. Sebagai testimoni, anak Makngah Jah buat air kucai bagi cucu mandi and pooffff kuning baby turun.

[Kredit]

Aku tak nampak any supportive reason yang buatkan kucai tu membantu untuk kurangkan kuning. Tapi nak tolak mentah-mentah, macam tak bagus. So aku Google la. Testimoni lain mendapati yang ada ja orang lain buat mandian air kucai tu, tapi kuning baby makin jadi lebih teruk. See, ni la valid point yang aku boleh guna untuk tak buat air kucai.

Senang cakap macam ni la = aku kena tolak dua-dua idea ni. Sebab once aku try satu idea, then bila satu pihak lagi dapat tau; maka akan ada yang terasa. Nak taknak, memang aku kena try dua-dua. 

Jadi instead of try, dua-dua petua ni aku tolak terus. Aku dan suami sebulat suara dalam hal ni (nampak dak kami ni garang dan tegas?)

Cara Kurangkan Kuning Bayi Guna Susu Ibu

Aku akan terangkan from basic la macam mana nak buat sampai la ke bahagian kami uruskan masa untuk bagi minum susu. Memang kena put effort betul tau. Basically senang cerita, kena bagi minum susu dengan kerap. Tu ja. HAHA.

1. Belajar Teknik Urutan Susu

Pertama sekali, kena la bagi ada susu badan dulu. Sebenarnya nak bagi minum susu formula pun okay ja. Tapi aku prefer susu ibu la, sebab milk production aku agak okay. So bab ni memang aku tak rigid, asalkan baby minum cukup then dia berak cukup; boleh la kuning tu keluar dengan cepat.

Aku buat urutan ni masa 37 weeks, time tu doktor yang suggest belajar so that once baby keluar then breast pun dah ready. Memang betul, once baby dah lahir nanti automatik susu akan ada. Cuma sangat penting untuk kita tahu mekanisma macam mana breast berfungsi supaya kita sendiri ready.

Aku try cari video first yang tengok haritu, tapi dah tak jumpak la pulak.

2. Belajar Teknik Marmet

Untuk yang milk production tak berapa okay, boleh try teknik marmet (thank you Kak Fatin Nazira, Kak Fatin Suhada, Maifa, Kak Bihah sebab suggest).  Untuk yang tak pernah cuba, boleh try teknik ni. 




Memang sangat awkward tau! Serious cakap, sebab tak pernah la pulak nak godek-godek selama ni kan walaupun tersedia setiap masa ja dia ada kat situ.

Personally sebagai first timer, memang high chances la untuk baby ada kuning. Yelah, kita pun tak reti lagi nak menyusu sebab baru first day. Tambah pulak nak kena paksa baby stimulate supaya keluarkan susu lagi. Dan mungkin baby pun still tak reti nak minum susu (?).

Ada ja kemungkinan baby tak cukup susu sebab kita ingat susu dah masuk mulut dia. Rupanya susu tak masuk mulut pun - dia just dok melekap kat situ ja tapi kita tak sedar pun yang dia tak isap.

Tips: kalau korang tak sure macam mana nak tau sejauh mana cara baby minum susu, korang just masukkan jari kelingking ke bahagian lelangit baby. Dengan cara ni, baby akan automatik isap jari korang. Dan kalau dia isap, maknanya dia tengah lapar.

3. Bagi Susu Sekerap Mungkin

Korang mungkin rasa yang baby kuning tak banyak meragam. Cute ja kat situ, tidur sepanjang masa and tak kacau tidur malam. Tapi situasi ni sangat bahaya sebab baby kuning memang extra kuat tidur. Contoh kalau kita ganggu time dia tidur pun, maybe dia takkan terjaga langsung.

Aku pada awalnya memang ingat Amir ni jenis tak kuat meragam. Rupanya, memang baby yang ada kuning akan sentiasa tidur dan tak active macam baby lain.

Memang korang kena alert untuk kejutkan baby supaya minum susu. Make sure bagi susu setiap 2 jam atau setiap 1 jam supaya baby dapat susu yang secukupnya untuk berak.

[Kredit]


Untuk Amir, aku memang perasan yang kalau dia start tidur - tu game over. Takdak maknanya dapat kejut dia tidur then bagi direct feeding. Sebab once dia tidur, memang nak kejutkan tu sangaaaaaaat susah. Kalau try direct feeding pun, memang dia lekapkan ja mulut kat situ. Tak ada usaha langsung untuk nak minum sendiri. Atau minum sat then tidur semula.

Jadi kalau kes macam ni, korang just bagi minum susu guna cup kecik macam yang hospital buat.  Ataupun bagi susu guna botol susu. Awalnya aku macam tertanya-tanya jugak kenapa hospital bagi minum susu pakai cup. Rupanya, cara ni berkesan untuk elakkan nipple confuse. Sebab once baby dah confuse fake nipple dengan real nipple, memang dah susah la nak direct feeding selepas tu.

Oleh sebab tu, aku bersama husband memang sepakat untuk feeding guna syringe pada permulaan untuk elakkan nipple confuse plus sebab tahap kesabaran Amir ni senipis kulit bawang. Sekali dia sedut botol susu, memang out of control bethol. Tapi la ni slowly ajar minum breast milk through botol instead of syringe.

4. Makan Makanan Berkhasiat Untuk Tambah Susu

Seperti yang aku cakap tadi, sebolehnya aku memang tak bercadang untuk consume any pill or supplements untuk tambah susu. Kan banyak jenis supplements yang ada jual tu kan.



Instead of try supplements, aku banyakkan makan makanan yang proven untukt tambah susu macam atas ni.

5. Tawakal & Keep Positive

Apapun yang kita buat, at the end banyakkan tawakal dan positif. Sebenarnya mood kita sangat boleh bagi effect kepada penghasilan susu.

Cara Kurangkan kuning bayi
[Kredit]


Tapi kalau Allah tak izinkan, buat la macam mana pun still tak ada jugak. So boleh ja terus guna susu formula instead of susu ibu untuk kurangkan kuning. Ingat, motif utama kita ialah turunkan kuning supaya anak cepat sihat.

Cara Kami Guna Untuk Hilangkan Kuning Bayi

Kami realised yang kami perlu buat sesuatu (gandakan amount minum susu) start masa Amir kena masuk hospital untuk phototherapy. Time tu rasa macam disiat hati, sebab Amir kena ambil darah sekali lagi dekat tangan. Memang tangan dia lebam warna hijau dah; sebab dok ambil darah sejak hari ke-2.

Kena refer Hospital Yan

Time tu hari ke-6. Lepas ja checkup KK, Dr refer untuk masuk Hospital Yan. Jadi aku dan husband memang bertekad untuk make sure Amir minum cukup susu supaya tak dengar lagi suara-suara untuk try bagi mandi air kucai ataupun bagi makan mutiara kedai cina.

1. Direct feeding Sambil Pam

Kalau korang breastfeed belah kanan, then breast kiri tu gunakan pump untuk suck breastmilk. Once breastfeed, memang rasa yang otot-otot kat situ trigger and hasilkan lebih banyak susu berbanding without stimulated by baby. Sebab tu sangat penting untuk direct feeding supaya susu dihasilkan dengan konsisten.

Pada awalnya, aku pun tak sure macam mana breast berfungsi masa direct feeding tau. Sebenarnya, masa korang tengah direct feeding baby, breast yang tak digunakan tu still akan keluarkan susu. So ada chances untuk susu menitik. 

Membazir okay! Setitik susu pun sangat bernilai dalam situasi macam ni. Jadi, aku guna wireless breast pump (Haakaa) yang Huey Chin bagi. Memang Haakaa pump ni sangat terbaik! Tak sakit dan suction dia pun kuat tanpa sakitkan nipple. Yang paling penting, natural suction without using any battery.

Haakaa breastpump malaysia
Memang sangat appreciate breast pump yang Huey Chin bagi


Harga dia boleh tahan la, tapi berbaloi. Boleh beli di Shopee Haakaa atau beli dari website Haakaa Malaysia. Memang aku sentiasa compare harga between website and Shopee. Sebab harga berbeza tau. Tapi disebabkan ni hadiah dari Huey Chin, bermakna aku memang tak keluarkan sesen pun la untuk breast pump ni.

Atau korang boleh ja pi Shopee then cari breast pump milk collector. Tapi aku memang tak sure nak suggest brand apa sebab tak pernah guna brand lain lagi.

2. Konsisten Paksa Minum Susu

Seperti yang aku tulis kat atas, baby kuning memang akan sentiasa tidur. Buat la apa pun dekat dia, memang dia akan tidur ja. Aku dan husband sampai ke tahap buka habis semua bedung, baju, seluar tapi dia tidur relax kacang ja.

Aku notice yang Amir ni dia minum sikit. So memang tak la nak berak banyak. Jadi husband aku cakap, kita memang kena paksa Amir minum walau apapun terjadi. Sebab selama breastfeed, memang dia minum sikit ja lepastu mesti dia akan sambung tidur sambil mulut melekap ja kat situ.

Jadi, husband aku yang take over part ni. Aku cuma make sure production susu konsisten, then husband yang akan feeding Amir pakai syringe. 

Tapi cara husband aku ni extreme betul. Dia memang feeding sampai baby dah betul luah balik atau tolak nipple tanda dah kenyang. Selagi tak luah, selagi tu lah dia akan terus suap susu.

Terima kasih husband sebab sangat supportive and concern ambil tau pasal feeding baby. Baru aku tau yang sebenarnya Oz tu disebut ounces. Lol 🤣

Husband aku punya teknik nak bagi faham


Korang kena relax ja. Masa first day and beberapa hari terawal tu. Memang susu akan sikit ja. Just nice dengan keperluan baby. Time hari terawal tu la dimana susu badan ada khasiat yang sangat baik untuk perkembangan baby walaupun sikit.

Tapi jangan give up, teruskan konsisten untuk bagi baby stimulate nipple walaupun dia mengamuk sebab baby pun still ambil masa untuk belajar isap. And in case korang rasa nipple dah melecet, then boleh try pakai nipple cream + nipple protector.

Ada sehari tu aku try cara husband untuk paksa Amir minum. Time tu memang berjaga dari pukul 3-5 pagi dengan cycle yang sama.

Feeding → Amir berak → Tukar pampers → Feeding → Amir berak → Tukar pampers → Feeding → Amir berak → Tukar pampers

cara Kurangkan kuning bayi guna susu ibu
Kuning dah start turun

Then pi cek dekat KK, kuning dia massively drop dari 210 ke 165 dalam sehari. Memang betul berkesan cara ni. So kami konsisten pakai cara ni selama beberapa hari. Time ni memang dah sedikit sebanyak nampak rentak rutin harian kami. Husband aku akan take over shift siang, aku take over shift malam.

Akhirnya Berjaya Hilangkan Kuning Bayi

Setelah hari ke-14, kuning Amir jadi 6.1. Then nurse cakap perlu refer Dr sebab prolonge jaundice. So depends pada Dr untuk still ambil darah atau discharge. 

Masa ni, aku dah start tanya member in case ada alternative lain untuk turunkan kuning. In case Dr tak discharge, memang akan ikhtiar untuk aku makan anggur hitam atau bagi Amir mandi air cap badak.

Tapi Alhamdulillah, Dr bagi discharge dan akan jumpak semula masa 1 bulan.

Time ni memang sangat-sangat lega bila Amir dah tak kuning lagi. Tambah lega sebab tak payah rushing pi KK setiap pagi. Lagi lega sebab at least aku tak perlu ikut mandikan Amir air kucai atau suap dia makan mutiara dari kedai cina. 

Kalau la last minute aku cuba petua ni dan berjaya, tak pasal-pasal ja nanti akan claim yang petua-petua ni berkesan. Dan tak pasal-pasal petua ni akan diturunkan kepada orang lain pulak dari mulut ke mulut disebabkan kami berjaya lepas buat petua ni.

Padahal disebalik turunnya kuning Amir, ada dua parents dia yang sembab mata tak cukup tidur setiap hari untuk konsisten feeding susu.

Key Takeaways 

Sebagai parents, kita berhak untuk tentukan apa yang terbaik untuk anak kita. Ada masa, kita rasa sangat lose hope dan nak cuba saranan yang kita dengar dari orang terdekat. Tapi dalam situasi terdesak, sangat penting untuk cool down dan cuba fikir dengan fikiran yang waras.

Kalau air kucai, selagi tak memudaratkan tu takpa. Tapi kalau sampai ke tahap masukkan mutiara ke dalam mulut, aku rasa macam sangatlah tak okay since perut baby tak dapat hadam makanan pun. 

At the end of the day, kita sendiri yang kena hadap atas keputusan yang kita buat. Orang lain hanya mampu saran, tapi yang nak menanggung tu kita sebagai parents. Parents kita pun nak yang terbaik untuk cucu depa, tapi kena ingat yang source depa sangat limited hanya based on cakap orang.

Apapun semoga parents yang ada baby kuning dapat bertahan dan sabar dalam ujian pertama sebagai parents. Welcome to parenthood journey!

Love,
XOXO

Post a Comment

0 Comments