Senarai Website Baju Nikah Pengantin Online

Senarai Website Baju Nikah Pengantin Online

Assalamualaikum, 

Actually post pasal website baju nikah pengantin online Malaysia ni tak pernah terlintas dalam otak aku pun untuk ditulis. 

Tapi memandangkan aku dengan suami agak struggle untuk cari baju nikah online, maka kali ni aku akan tolong listkan untuk korang. Sebenarnya, agak tough jugak la kalau nak nikah masa PKP ni. 

Dah la kedai banyak tutup, then cincin pun tak boleh cari. Tadi pun baru ja beli cincin online XD Macam tak sangka, segala benda beli online. (perenggan ni ditulis around bulan Ogos 2021)

Awal tu aku pun rasa nak sewa baju nikah jugak. Sekali aku tanya kat satu butik tu, dia cakap set lelaki + perempuan RM1,800. Terus aku dengan Jon plan nak beli online jelah.

Mak aku macam bising jugak la. Dah la nikah ni sekali, main taram ja beli baju online. Tapi bagi aku pulak, aku jenis malas nak jalan sini-sana survey baju. Kalau kat online ni, boleh tengok lebih banyak pilihan. Plus harga dia lebih rendah berbanding dekat butik. Nak pakai sekali ja pun...

Website Baju Nikah Pengantin Online Malaysia

So, kali ini ialah posting berkenaan baju nikah online yang ready made / ready to wear (RTW). 

Jujur, memang siap search brides series baju pengantin la, baju pengantin online, baju nikah online, baju nikah siap pasang semata-mata nak cari yang berkenan dimana.

So senarai ni bukanlah bermaksud ranking atau rating. 

1. Minimalace

baju nikah pengantin online malaysia



Pilihan pertama sebenarnya nak beli dekat Minimalace. Sadly, banyak sold out la pulak. Just ada baju lelaki ja, tu pun ada satu pilihan (time tu). 

Dekat website ni, ada jual sekali dengan baju pengantin lelaki, veil, crown. So sangat senang kalau jenis yang nak beli dekat satu tempat ja tanpa nak tengok-tengok pilihan dekat website lain.




Pilihan kedua masa tu dekat Hijabistahub. Cumanya, banyak pilihan dress ja. Aku pulak jenis yang nak baju kebaya moden takpun peplum labuh.

Antara sebab dress bukanlah jadi pilihan untuk pakai masa akad - aku rasa macam over sangat dia punya flowy yang akan menampakkan badan aku lebih besar dan gelebeh. 

Tapi tengok orang lain pakai cantik ja terletak elok. Jadi aku conclude bahawa tak sesuai dengan aku sebabnya tinggi tapi badan kecik jenis keding. Sebab tu nampak tak elok. =.="

Website ni pun ada jual baju lelaki, crown, heels dan veil.


3. Syima Boutique



Then aku pun jumpak baju ni cantik jugak, tapi labuh dia baju kurung Pahang and warna dia pure white. 

Cuma tu lah, baju kurung Pahang ni tak sesuai sangat untuk orang yang kurus tinggi macam aku. So agak reject jugak la, sebab dia macam kembang kat tepi macam tu and tak berapa labuh.

Tapi dekat Syima Boutique ni ada lebih banyak pilihan warna berbanding website baju pengantin lain yang lebih utamakan akad series warna pure white ataupun off white.



4. Wanzar

Website Baju Nikah Pengantin Online Malaysia

Wanzar pun antara pilihan pertama aku untuk beli baju nikah. Cuma tu lah, time haritu memang banyak betul yang dah sold out.

Sebenarnya tau pasal brand ni sebab Farah Hannan kahwin pakai baju dari Wanzar. Memang nampak simple tapi sangat sweet and nice ja.

Sejujurnya aku cakap, baju nikah kat sini sangat nampak simple tapi nice. Harga pun range dalam RM350 ke bawah macam tu.




Last sekali, aku beli baju nikah dekat sini. Memang rasa bertuah betui jumpak website Dreamyza ni. Memang betul fit dengan aku punya taste.

Baju nikah dia mostly warna off-white, fit dan labuh. Sebab tu la angah aku pun beli dari website ni jugak.

Aku beli size S sebab time tu dah memang stok nyawa ikan dah. Tanpa berfikir panjang ya gais, then baru sedar yang model ni pun pakai size XS. 

Jadi seminggu sebelum nikah, aku pi alter baju nikah ni.


Aku beli yang ni:

On model [Link]




On me

6. Myravallyn


Untuk yang cari baju pengantin jenis kebarung, boleh try cari dekat website Myravallyn. Tapi kat sini tak ada terlalu banyak pilihan dan design dia boleh kata agak simple.

Cuma tu lah, tak kena dengan taste aku since aku cari yang jenis simple ada lace sikit-sikit ja.



7. Camellia Empire


Sejujurnya, aku tak jumpak website ni masa cari baju nikah haritu. Tapi tadi cari, nampak ada website baru la. 

Aku boleh describe baju kahwin kat sini lebih kepada dress yang VIP pi makan-makan tapi plain. But still sesuai untuk buat jadi baju nikah.



8. Rico Rinaldi


Aku memang cari website Rico Rinaldi sebab nampak dia aktif dengan Tiktok and Twitter. Design baju nikah pun simple, tapi tu lah. Budget lari sangat-sangat dah ni.

Menangis tengok harga dia (setidaknya untuk marhaen macam aku) T_T



9. ICAHFA


Baju dekat ICAHFA ni lebih kepada baju kurung moden sebenarnya. Tapi nampak juga ada yang buat untuk jadi baju tunang atau baju nikah.

Cumanya, dekat ICAHFA ni sangat senang sold out tambah-tambah kalau dia punya bride series. Walaupun nampak simple ja baju dia, tapi harga boleh tahan ya.



Gambar kahwin Tinsyaz x Jon


Baju pengantin perempuan:  Dreamyza Premier [Link]
Shawl: Dyanadise [Link Instagram]
Crown & Veil: Afrah Exclusive [Link Website]
Makeup: Byakmar_ [Link Instagram]
Henna: Luna Rara [Link Facebook]
Baju pengantin lelaki & sampin: Songket Dunia [Link Shopee]
Photographer: Fikri Osman [Link Facebook]
Pelamin: Rizainaim RaDzi [Link Facebook]
Makanan: Nasi Arab Cikgu Usop [Link Facebook]
Heels: Daisy Outlet [Link Instagram]
Bunga Tangan: buat sendiri, bunga beli dekat Rainbow Hantaran

Kalau korang tengah survey harga servis makeup nikah, korang mungkin boleh baca dekat post Berapa Bajet Harga Makeup Nikah.

All the best and semoga dipermudahkan urusan untuk semua yang bakal berkahwin!


Post a Comment

2 Comments

  1. Hi sis nak tanya, baju nikah lelaki dgn perempuan tu kan sis beli brand lain lain kan. Warna off white nya sama je kan tak lari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis, warna agak beza jugak tu. Tapi kalau lighting okay, memang nampak matching. Baju lelaki agak nak ke putih sikit, tapi baju perempuan nak ke cream.

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)