Review Cuura Pure Beauty Oil

Review Cuura Pure Beauty Oil

Assalamualaikum.

Nama Cuura ni aku start kenal dari Sumi Jones kakak kepada Asma' Nasa. Dia ada cakap member dia ni (bos Cuura) buat pasar malam sebab jual face oil macam tu harga murah sangat. Sebelum ni tak silap, produk Cuura ada size yang lebih kecil.

So start hari tu la aku rasa macam teringin sangat nak try produk-produk Cuura.

Jadi harini, aku akan review Cuura Pure Beauty Oil. Beauty oil ni antara produk terawal dari Cuura sekali dengan Rose series punya (sekarang dah discontinue). Beauty oil ni sebenarnya sejenis face oil.



Cuura claimed Pure Beauty Oil sebagai:

Campuran minyak mewah yang membantu mengekalkan kecantikan semula jadi dengan membalikkan kesan penuaan pramatang, membaiki keradangan selepas jerawat, mencerahkan pigmentasi, garis halus dan kedutan, mengurangkan kehilangan kolagen dengan meningkatkan ketegasan, kulit kusam, tona kulit tidak sekata dan jeragat. Pelanggan kami memanggilnya Miracle Oil Serum

Boleh guna juga sebagai:

Minyak rambut, biarkan dalam perapi rambut, penanggal solek, minyak badan, minyak tangan dan banyak lagi

Ingredients:

Virgin Coconut Oil, MCT Coconut Oil, Moringa Oil, Black Seed Oil, Jojoba Oil, Sweet Almond Oil, Japanese Knotweed Extract, Geranium Essential Oil


^ Semua ni aku direct Google Translate dari website Cuura

Review Cuura Pure Beauty Oil


Aku merupakan pengguna beauty oil ni dah masuk 3 tahun.

Sebab apa aku suka sangat beauty oil ni?

Pertama sekali, dia sangat melembabkan kulit muka aku. Masa awal dulu kalau perasan, kulit muka aku jenis yang agak kering sebenarnya.

Bila aku start pakai beauty oil ni, memang nampak kulit glowing semacam. Nampak kulit dah tak kusam macam dulu dah.

Then aku pernah try pakai dekat luka kulit tangan yang tak sembuh-sembuh. Dia punya bintat tu still ada walaupun tak gatal. Then beberapa hari lepas tu, kulit tangan aku dah smooth dan takdak bintat tu.

Memang time tu aku amazed betul la. Sebab sebelum tu dah letak macam-macam tapi luka aku still tak menipis. 

Then aku pernah ja letak dekat rambut. Yelah, rambut pun nak jugak rasa minyak premium :D

Cara Menggunakan Beauty Oil / Face Oil



1) Guna beauty oil ni time pagi dan malam. Kalau tengah kedekut, pakai time malam ja. Barang-barang mahal gais sekarang, so kena berjimat la.

2) Mix beauty oil dengan foundation. Result dia memang cantik bethol! Foundation nampak sekata and glowing. Nak pakai pun lebih senang.

Beauty Oil ni Berminyak Tak?


So far, beauty oil dari Cuura ni sesuai dengan kulit and tak berminyak mana pun walaupun ingredients dia semuanya minyak.

Just letak 2-3 titik macam tu ja dekat muka. 1 botol ni, tahan around 7-9 bulan. Sangat berbaloi!

Boleh dapatkan beauty oil dari Cuura disini, bit.ly/3FKK2lA



Post a Comment

0 Comments