Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 2023

Ramai sebenarnya tidak tahu yang kita boleh buat duit hanya dengan promosi barang. Iyaa. Hanya promosi barang. Tidak perlu layan pelanggan, tidak perlu post barang dan tidak perlu pening-pening. Nama dia affiliate Marketing. Jadi, macam mana cara buat duit online tanpa modal

Kalau nak tau salah satu cara Blogger dapat duit ialah melalui affiliate marketing ini. Mereka hanya promosi produk, orang beli dari link mereka dan mereka dapat komisen. Mudah bukan. Jadi, macam mana cara buat duit online tanpa modal?

Cara Buat Duit Online Tanpa Modal

cara buat duit online tanpa modal

Affiliate Marketing ni banyak, Lazada ada, Zalora, Shopee Involve Asia dan ACCESSTRADE. Post kali ini, saya nak share pasal ACCESSTRADE. ACCESSTRADE ini platform affiliate yang terkenal di Malaysia selain involve Asia. Involve Asia, kalau nak daftar dengan mereka, payah sebab mereka sangat strict. 

Berbeza dengan ACCESSTRADE, beginner Blogger biasanya daftar di sini sebab tidak terlalu ketat. Kalau anda ada Facebook, Twitter atau instagram pon ada masih boleh daftar dengan platform ini. Tak rugi pon untuk mencuba. Daftar pon free.

Dalam ACCESSTRADE ini, ada banyak program affiliate yang korang boleh promosikan, antaranya Lazada, Shopee, Watson, Adidas dan sebagainya. Memang banyak. Dan setiap program itu berbeza dia punya komisen. 

Mula-mula saya pon kurang pasti pasal ACCESSTRADE ini. Awal-awal buat dulu, saya ada lah promosi program-program dekat ACCESSTRADE ni, tapi tiada sambutan. Jadi saya pun malas lah nak beria-ria. Saya tak promosi dah ACCESSTRADE. Selang beberapa bulan, tergerak hati saya nak tengok.

Bila bukak je, tengok-tengok dah ada duit. Saya macam tak percaya. Biar betul. Rupanya, program yang saya promosi dulu, ada orang yang klik dan beli. 

Komisyen ACCESSTRADE Malaysia

Biasanya program-program ini, dia ada cookies. Maksudnya dia simpan data. Contoh, ada seorang pembeli, dia klik je dulu barang yang kita promosi. Dia tak beli lagi sebab tak de duit. Tapi hujung bulan baru dia beli. Komisen masih dapat dekat kita, sebab cookies. Dia simpan kita punya data. 

Jadi tak rugi kalau kita promosi hari-hari sebab data kita disimpan. Ini hasilnya setelah beberapa bulan tinggalkan. 

Fikir ini sebelum buat dropship 

cara buat duit online

Update terkini 👇👇

Update lagi

Hasil bulan Mei 💪💪💪

Kenapa ACCESSTRADE ini mudah? Sebab kalau kau dah lepas RM60 pon kau dah boleh bawak keluar. Minimum duit untuk bawak keluar RM 60. Lepas daftar, dia akan suruh isi maklumat bank, jawab beberapa soalan. Tak susah pon. Sekejap je. 

Pendapatan tu tak de lah besar mana tapi cukuplah untuk dalam RM 300- RM 500 sebulan. Lagi banyak kita promosi, lagi banyak duit dapat. Yang penting usaha. Promosi kan selalu. Awal-awal memang orang tak pandang, tapi bila  selalu je ada, akhirnya orang akan beli jugak. Yang penting istiqomah.

komisyen accesstrade malaysia

Bukti Pembayaran pertama. Boleh lah sikit2. Lama lama dia naik

Tak rugi pun nak cuba. Lagipun daftar pun free. Cuba dulu. Sekarang musim PKP, lagilah memerlukan duit dan masa ini jugaklah online shopping macam tsunami. Ambil peluang sementara dia masih buka pendaftaran. Kalau nak daftar boleh tekan sini. 

Nanti dia akan bawa ke macam dalam gambar. Country pilih Malaysia. Anda isi site Blogger atau link Facebook dan Instagram anda pada site URL tu. Lepas tu, letak nama laman web atau username dekat site name. Letak Email dan password. Baca terma dan syarat dia untuk lebih faham. Tick lepas tu sign up. 

Nanti dia hantar emel untuk pengesahan. Korang jangan lupa tengok inbox emel korang dan tekan link yang diorg hantar untuk aktifkan akaun. 

Lepas tu keluar macam gambar di atas. Waktu ini lah anda akan isi maklumat bank, sites dan jawab soalan soalan yang mereka tanya. Tak susah pun. Mudah sangat. Semua soalan dah ada pilihan jawapan. Kalau tak de, boleh pilih others. 

Dah siap tu, anda boleh lah teroka-teroka dalam dashboard anda tu. Tengok program program yang mereka tawarkan. Bahagian sites itu, anda boleh nyatakan anda guna medium apa. Blog ke, Facebook ke, Twitter ke, tiktok atau instagram. 

Biasanya, ACCESSTRADE dia akan hantar emel dekat kita tentang cara-cara nak promosi, cara pilih program dan sebagainya. Jadi mereka akan sangat membantu. Cubalah. 

Saya harap post ini dapat membantu untuk kita sama – sama ringankan beban masing-masing. Kalau nak share post ni dengan kawan-kawan pun,takpe..saya faham. Mereka juga perlukan duit. Semoga anda yang baca, dan saya dan sesiapa yang menyertai ACCESSTRADE ini peroleh kemudahan dan reseki yang halal. 

Lupa nak bagi tahu, anda akan dapat RM 5 untuk pendaftaran anda. Itu boleh katakan sebagai pembakar semangat untuk anda. Memang tak rugi nak cuba. 

Boleh daftar dan mula promote harini di -> https://bit.ly/3ils5A9


Source: ShareDotCom


Post a Comment

0 Comments