Pengalaman Long Distance Relationship (LDR) / Perhubungan Jarak Jauh


Assalamualaikum. 

Dah lama sebenarnya tak kongsi cerita peribadi. Kali ni cuma nak kongsi pengalaman Long Distance Relationship (LDR) atau lebih dikenali jugak sebagai Perhubungan Jarak Jauh (PJJ).

Alhamdulillah aku baru ja kahwin dengan tunang (la ni suami) masa Oktober 2021. Kami PJJ selama 4 tahun sejak decide untuk serious masa 2017. Ceritanya kami kenal dari zaman sekolah, tapi tu lah dia dok bagi hint while aku pulak tak faham hint. 

Pengalaman Long Distance Relationship (LDR)

Untuk pengetahuan semua, kami LDR Lautan Atlantik - Malaysia. Dia berada di mana-mana lautan yang fleet dia jalan dan aku kekal di Yan, Kedah. LDR kami sejauh 17,941 km.

Kalau tanya aku, apa perasaan LDR? 

Bagi aku, biasa. Pertama sekali, sebab aku sentiasa rasa dia ada dekat dengan aku. Unless kalau dia busy sangat-sangat sampai tak tidur malam sebab kerja, (then time tu ja maybe dia tak sempat WhatsApp aku.)

Walaupun time dia good morning - aku pulak goodnight, serious tak rasa macam satu masalah pun. 

Jadi, aku rasa boleh dah kutt slow-slow bagi tips untuk sesiapa yang akan berjauhan dengan boyfriend, tunang atau pasangan masing-masing.

1. Communication is the key

Yang ni semua orang pun tau. Tapi bila cakap communication - bermaksud apa saja yang jadi, korang boleh la cerita dulu dekat pasangan. Sebelum korang post kat socmed, better cerita dulu dekat pasangan.

Yelah, nanti dia terasa hati pulak macam korang tak dahulukan dia. Kalau ada rasa tak puas hati, korang boleh bersembang / video call.

Sekarang bukan zaman tok nadoq yang mana nak communicate pun kena guna burung merpati. So utilise segala teknologi yang ada.

Masa dulu, aku quite takut jugak bila LDR. Sebab apa takut? Sebab bimbang jauhnya fizikal tu akan membuatkan jauhnya hati jugak. Tapi apa yang boleh cakap, meleset sama sekali ya.

Dalam LDR, banyak benda kena communicate. Sebagai contoh kalau korang busy, then explain kenapa busy. Bila kita anggap pasangan kita faham situasi kita, time tu lah selalunya akan buatkan korang bergaduh teruk.

Then in case macam korang bukan jenis yang bagi hadiah, then explain. Kalau korang tak explain, pasangan korang mungkin ingat yang korang tak romantik, atau main-main dengan hubungan ni or simply kedekut nak spend duit.

Bagi aku, sangat penting untuk explain macam ni. Sangat-sangat penting. Nanti kalau tak explain, mula la fikir bukan-bukan. 


2. Trust dengan Pasangan

Trust ni sangat penting dalam LDR. Pertama sekali, korang mesti akan rasa macam 

"betui ka dia ni takdak orang lain"

Tambah pulak kalau kat IG, Facebook memang jenis takdak langsung gambar pasal life sendiri (ada 7 ja). Tapi, benda ni korang boleh rasa dengan hati ja sebenarnya.

Boleh try guna affirmation words pada pasangan. Yakinkan yang korang memang setia etc etc walaupun dah cerita berulang kali. 

Tapi make sure korang setia la, bukan mulut ja cakap setia.

Hati ni dia sifatnya senang berubah. Kalau tinggal dekat pun boleh berubah hati, apatah lagi kalau tinggal jauh then kita pun taktau apa rutin harian dia. Sebab tu penting untuk korang yakinkan yang korang still sayang dia or tunggu dia.

Yelah, kalau korang tak cakap macam tu - mungkin nanti ada orang lain yang akan cakapkan. Eh.


3. Terangkan Situasi Pada Pasangan

Bila korang LDR and kerja pun bukan bidang yang sama, memang sangat penting untuk korang fahamkan hakikat kerja korang.

Macam aku, working life aku memang jenis jumpak supplier, sales representative dan colleagues yang terdiri dari lelaki. 

Macam dia pulak, life dia 98% semuanya lelaki. Kadang-kadang memang tak sempat nak tengok fon pun. 

So make sure korang kena clear and terima kerja pasangan masing-masing. Once kita berkahwin, kita bukan terima diri dia saja. Tapi kita perlu terima diri dia, keluarga dan kerja dia sekali. (Ni lah ayat yang husband aku selalu cakap).

To be honest, aku sangat pentingkan wish pagi and malam. Walaupun nampak remeh, tapi tu bermakna dia still ingat aku walaupun dia busy. Tapi korang kena fahamkan dan explain, in case tak ada goodnight tu; maybe dah terlena sebab penat. 

Yang ni masing-masing kena tolerate la. Bergaduh sekadar goodnight good morning ni agak remeh la gais. Tambah pulak kalau korang rasa benda ni penting tapi pasangan rasa tak penting, lagi boleh bergaduh besar. Masing-masing kena cuba fahamkan apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka.

Bila macam ni, ada reassurance dan dapat bina trust; maka bila nak overthinking pun tak jadi.


4. LDR bukanlah teruk mana pun


Frankly speaking, LDR bukanlah teruk sangat macam yang korang bayangkan (hanya kalau korang jumpak orang yang betul).

pengalaman long distance relationship
Keychain yang husband bagi masa dia tiba-tiba muncul depan office. Time tu ingat dia tak balik Malaysia lagi.

Mungkin ada pasangan yang maybe tinggal 3km ja antara satu sama lain, tapi rasa sangat jauh. Tapi ada pasangan,  yang memisahkan tu 20,000km tapi rasa sangat dekat.

Bagi aku, both party kena sangat bertolak-ansur, percaya dan jaga diri masing-masing untuk pastikan relationship ni berjaya


5. Sentiasa Ada



Bila cakap sentiasa ada, bukan bermakna 24 jam nak kena standby dengar problem atau nak kena on-call setiap masa.

Maksudnya, kalau pasangan nak luahkan apa-apa - korang dapat terima and dengar dengan baik apa yang dia nak cakap.

Kalaupun korang tak dapat luangkan dari segi masa time dia cari tu, korang pastikan cari masa lain. Selalunya, bila serious ni both party akan faham komitmen masing-masing macam mana.

Kalau macam ni pun korang tak boleh nak tolerate, memang susah la cerita dia. 

6. Banyakkan Doa



Patutnya part ni aku patut letak atas sekali. Tapi betul, korang banyakkan doa semoga ditetapkan hati. Hati ni Penjaga Hati yang tolong jagakan.

Bukan bermakna korang ja kena doa, ingatkan pasangan juga untuk sentiasa doakan supaya hubungan ni dapat diteruskan dan dua-dua kuat untuk harungi

Kesimpulan

Jadi, aku tak rasa jauh tu akan effect kasih sayang. Ya betul, ia mungkin jadi salah satu faktor penyumbang kalau masing-masing tak put effort untuk jayakan hubungan tu. 

It takes two to tango. Untuk yang sedang dalam LDR, semoga perhubungan korang sampai ke jinjang pelamin dan berkekalan sampai syurga.

Tapi at the end memang terpulang kepada diri masing-masing.

Artikel Berkaitan: Senarai Website Baju Nikah Pengantin Online


XOXO

Post a Comment

2 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)