Review Veet Hair Removal Cream Malaysia


Assalamualaikum.

Harini nak review Veet Hair Removal Cream untuk range yang sensitive punya.

Aku masa baca dia ada range untuk sensitive skin, memang rasa kemain happy. Yelah penat hokeyyy nak kena shave sendiri. Aku guna ni untuk armpits (ketiak) tau.

Cara Gunakan Veet Hair Removal Cream

Cara nak gunakan dia senang ja. 

1. Letak cream tu ikut arah bulu tumbuh

2. Biar 15-20 minit

3. Guna spatula yang dapat tu dan tarik ke arah bertentangan dengan masa kita letak tadi


Ingredients dalam Veet Hair Removal Cream

Aqua, Urea, ParaffinumLiquidum, CetearylAlcohol, Potassium Thioglycolate, Calcium Hydroxide, Talc, Ceteareth-20, Glycerin, Sorbitol , Parfum, Magnesium Trisilicate, Propylene Glycol,Lithium Magnesium Sodium Silicate, Sodium Gluconate, Tocopheryl Acetate, Aloe Barbadensis LeafJuice, Hexyl Cinnamal, Linalool, Acrylates Copolymer, Butylphenyl Methylpropional, Potassium Sorbate,Sodium Benzoate, CI 77891

Review Veet Hair Removal Cream Malaysia

Masa first time guna, rasa macam apakk ah mudahnya nak buang bulu. Memang serious senang gila. Aku tak sure level chemical dia banyak mana sebenarnya.

Tapi kena ingat, bau dia agak pelik tengik level kapur barus. Mak aku asal bau ja, mesti akan tanya ni bau pelik apa. =.=

Cuma cakap, memang tak sakit kalau kulit korang memang tak ada sensitif. Plus, kita hanya 'shave' pakai spatula yang disediakan ja. So no harm.

Memang okay ke?

Mesti ramai yang tanya, Veet bahaya atau tidak? Pada aku okay ja.. TAPI, korang memang betul kena pastikan bahagian kulit yang nak di shave tu memang tak sensitive dan kulit tengah elok (tak mengelupas).

Untuk aku, memang dah stop beli dah. Sebelum ni memang repeat beli. Tapi sejak haritu, aku sedar yang cream ni bahaya (untuk aku).

Kisah aku dan Veet Hair Removal Cream

Jadi, ni ialah pengalaman pakai Veet Hari Removal Cream. Alkisahnya pagi tu tak perasan yang aku tengah garu-garu kulit. Yelah, sebab panas kan. Then aku pun terus jela letak cream tu sebab nak shave. Tapi tiba-tiba start sakit and pedih lepas pakai.

Masa awalnya aku bertahan, tapi last sekali aku terus shave guna spatula dalam kesakitan. Disebabkan tak tahan sakit, aku terus pi basuh ja.

Result: kulit aku merah dan terbakar. Memang 3 hari jugaklah dok mengaduh kesakitan walaupun terkena baju.

So in case korang try and rasa panas dan pedih, tolong la jangan teruskan pakai. Tu bermaksud removal cream ni memang tak sesuai untuk kulit korang.

Harga Veet di Watsons around RM6 macam tu untuk size mini 25g. Tapi aku pernah beli masa promo dapat 2 pcs dengan harga RM6. Kalau korang nak try, boleh ja beli di Watsons atau dapatkan di Shopee, https://bit.ly/34yvkBp



XOXO



Post a Comment

0 Comments