Skop Kerja dan Tugas Digital Marketing Yang Anda Perlu Tahu


Assalamualaikum.

Di pagi yang indah ni, rasa terbuka hati nak terangkan tentang skop kerja digital marketing yang ramai salah faham terutama sekali oleh orang sekeliling dan majikan. Kalau nak ikut skop kerja digital marketing kat Malaysia ni, memang penat! Sebab majikan sendiri tak pasti apa sebenarnya skop kerja dan masukkan semua kerja terus atas bahu digital marketer.

Skop Kerja dan Tugas Digital Marketing

Pertama sekali, nak highlightkan yang 3 tugas di bawah ini antara tugas utama digital marketer. Tapi banyak company yang asingkan semua tugas ni supaya setiap pekerja dapat handle tugas masing-masing dengan lebih effective.

1. Social Media Manager

Yang ni role paling umum untuk sesiapa ja yang ada dalam digital marketing. Tapi nama ja social media manager. Bukanlah bermaksud dia level manager dalam company tu pun. (Pernah terbaca kat Twitter claim umur 22 tahun dah jadi manager. Rupanya...)

Tugas utama social media manager ni ialah untuk uruskan segala medium social media yang ada. Paling umum, Facebook & Instagram. Cara nak uruskan ialah dengan buat posting di media social atau reply segala komen dan mesej yang ada di page.

Sebab tu kadang-kadang ada ja company yang nakkan role ni setidaknya ada skill untuk menulis, design takpun boleh edit video sikit-sikit. 

Nama lain: community manager, multimedia communication specialist

2. Performance Marketer

Untuk performance marketer pulak, tugasnya lebih kepada uruskan kempen di social media. Antara kempen yang dimaksudkan tu macam Facebook Ads, Google Ads dan apa ja yang libatkan duit. 

Bagi performance marketer, Facebook Ads ni kira memang makanan harian dia la. Segala teknik AIDA, SSS, funnel bulding, A/B testing etc semua ni memang level kacang ja. Untuk performance marketer, nampak ja senang tapi banyak yang nak kena dikaji sebelum buat apa-apa ads.

Sebagai contoh, kena kaji jenis kempen apa nak buat, siapa target market, copywriting macam mana yang berkesan etc. Berbeza dengan social media manager, kebanyakannya memang lebih kepada penghasilan content (yang kadang-kadang nak buat brand awareness ataupun penghasilan general content yang tak perlukan research yang lebih mendalam, lebih kepada social media management).

Bagi performance marketer, setiap langkah yang dia buat akan bagi effect kepada duit. Silap sikit, duit jadi taruhan. Cuba imagine, satu ayat atas di ads ja dapat pengharuhi samada customer akan klik atau skip ads tu.

Selain tu, performance marketer ni juga yang akan setting GTM dan tools untuk track segala activity yang berlaku yang boleh menjurus kepada sale. Ni antara sebab performce marketer at least kena tau cara untuk setting di website.

Then, performance marketer jugak boleh jadi in charge untuk lead generation. Lead generation ni apa saja yang libatkan penggunaan detail customer macam untuk SMS blasting, email marketing, re-targeting.

Jadi, ni antara sebab kenapa gaji performance marketer agak tinggi.

Nama lain: Digital marketing strategist, digital marketing specialist


3. SEO / SEM & Copywriter

Untuk SEO / SEM pulak lebih kepada penghasilan content. Copywriter tu ialah orang yang menulis content. Kadang-kadang, ada juga company yang gunakan orang yang sama untuk tulis semua content yang ada di semua media sosial. 

Sebab tu cakap, 3 role utama ni selalunya akan mix ja sebab kerjanya nampak lebih kurang sama (padahal hanya digital marketer ja yang tau).

Jadi pertama sekali, kena tau dulu apa itu SEO dan SEM?

SEO ialah Search Engine Optimisation. SEM ialah Search Engine Monitisation. Selalunya orang yang sama akan handle SEO dan SEM ni sebab tujuan dia sama cuma caranya berbeza. SEO lebih kepada long term investment dan SEM ni short term investment.

SEO

Search Engine Optimisation ni ialah cara untuk kita optimakan website kita supaya dapat muncul di halaman pertama Google secara organik (tanpa gunakan duit). Halaman pertama Google juga turut dikenali sebagai search engine ranking page (SERP).

Antara skop kerja umum SEO yang orang tahu:
  • Tulis content yang dapat buatkan orang klik artikel tu
  • Optimize the content
  • Keyword research
  • Link bulding
  • Content planning
  • White hat / black hat strategy
Tapi ni tak bermaksud kerja dia sekadar buat content. Site speed, domain authority pun akan pengaruhi cepat atau lambat website nak rank, juga beberapa teknikal isu yang lain. Jadi person-in-charge SEO ni lah yang akan adjust semua error yang berlaku seperti redirection, link broken dan sebagainya.

Selain itu, untuk website yang baru juga ada macam-macam setting yang nak kena dibuat untuk monitor content performance. Jadi yang uruskan SEO ni yang akan buat semua setting dan update tools yang berkaitan untuk pastikan website boleh monitor dan rank dengan lebih cepat.

Ada yang tanya, kenapa SEO selalunya dibayar dengan harga tinggi sama macam performance marketer?

Jawapan dia ialah sebab satu artikel yang dihasilkan tu boleh bertahan lama di sesebuah website dan boleh generate sale hanya dengan satu artikel tu saja.

Cuba bayangkan, artikel yang aku tulis 9 tahun lepas masih ada di page pertama Google dan konsisten sejak tahun pertama (2013). Dan aku tak gunakan 1 sen pun untuk buatkan artikel tu berada di page pertama. Setakat ni dah 73K pembaca yang rujuk artikel yang dimaksudkan.

Ni pulak ialah hasil yang dapat setelah aku buat SEO di website tempat kerja. Memang start from scratch sejak Covid-19 strike:

Data dari GSC

Data dari SEMrush


Itulah sebab kenapa SEO ni dipanggil sebagai long term investment. Cuma tu lah, tak ramai yang dapat sabar untuk tengok hasil. Untuk SEO, hasilnya akan nampak at least selepas 6 bulan. 

SEM

Search Engine Monitisation pula ialah cara ranking di SERP dengan cara berbayar. Iaitu dengan guna Goolge Ads.

Contoh Google Ads. Dia ada tulis Ad kat tepi kiri tu

Ni la sebab kenapa brand selalunya letakkan keyword brand sendiri. Kita search Oxwhite, tapi ada website lain nak sailang gunakan keyword brand tu.

Untuk SEM, banyak kena tau dan faham pasal keyword research dan teknik-teknik untuk buat ads tu sendiri. Sebabnya, sangat senang nak habiskan duit guna Google Ads. Silap keyword sikit, dah boleh telan duit. Bayangkan, kita boleh habiskan RM100 dalam masa 1 jam dengan Google Ads. Jadi sangat bahaya kalau silap teknik.

Sebagai contoh, nak search pasal motor (motosikal). Tapi yang keluar ads nanti pasal website yang jual motor dalam komponen enjin tu. 

Kalau orang klik kat ads tu maka tak pasal-pasal dah habis duit padahal niat nak cari motosikal. Ni salah satu akibat bila tak guna teknik yang betul untuk letakkan keyword; terlalu general.


Kenapa Penting Untuk Buat SEO / SEM?


Selalunya, netizen (tanpa knowledge IT / Website) akan terus klik apa saja carian yang akan keluar di atas sekali. 

Tu la sebab pentingnya untuk buat SEO dan SEM. Cuma, SEM ni strategi jangka pendek dengan cara lagi cepat untuk ada di atas sekali halaman pertama Google. 

Fun fact: Google tak ada buat servis berbayar untuk bagi website berada SERP. Apapun cara, kena bersabar guna SEO atau belanjakan duit guna SEM ja.

Nama lain: SEO strategist, SEO content writer, SEO blogger, SEM specialist


Combine 3 kerja untuk satu tugas?

Selalunya combine 2 kerja. Antara no 1 dan 2 atau 1 dan 3. Kalau company kecik, maybe semua tu 1 orang ja yang buat.

Kalau setakat setting then monitor tu, boleh la combine job no 2 dan 3. Tapi kalau no 1 pun kena handle, memang sakit jugak la. Tambah kalau kerja yang dekat bawah ni pun tiba-tiba jadi part of skop kerja.

Salah Faham Terhadap Kerja Digital Marketing

Macam tajuk kat atas, ramai yang still ada salah faham dengan jobscope digital marketing. Sebab kerja ni nampaknya sangat general dan buatkan orang tak dapat nak bezakan. 

Ni yang jadi penyebab kenapa role digital marketing ni akan terpaksa buat banyak kerja dalam 1 masa. Tapi still, dibayar dengan gaji yang sama walaupun merangkumi lebih banyak skop kerja dari yang sepatutnya. 


Customer Service

Kan digital marketing pun buat social media manager. Which is perlu reply komen dan mesej customer. Tapi kalau ikutnya, tu hanya untuk customer di media sosial saja.

Cuma, ada majikan yang ambil kesempatan untuk buatkan korang perlu reply WhatsApp, jawab call dan terima aduan pelanggan. Dimana, ianya turut menjadikan korang sebagai customer service.


Graphic Designer

Seperti perenggan awal tadi, majikan akan nak social media manager yang boleh design. Pada awalnnya, korang mungkin design untuk posting social media dan apa-apa design digital untuk website.

Tapi lama kelamaan, korang akan diberi tugas tambahan sebagai graphic designer. Tugas korang bukan setakat design graphic di sosial media, tapi korang jugak boleh ja diminta untuk design flyer, bunting, banner, streamer dan macam-macam lagi yang libatkan design.


Videographer


Ingat tak perenggan atas sekali pasal edit video tu? Ya, asalnya mungkin korang cuma perlu edit video biasa-biasa yang berkaitan.

Tapi lama-kelamaan, korang secara tiba-tiba akan jadi videographer dan kena pi event untuk rekod live. Padahal secara logiknya, live tu boleh ja orang lain rekodkan pun. *sigh

Ataupun mungkin jugak, korang perlu tiba-tiba buat video Tiktok disebabkan company lain dah mula untuk famous di Tiktok.

E-commerce (Urus Shopee, Lazada)

Selain tu, ni salah faham yang paling famous untuk golongan digital marketing. Katanya kerjanya ialah dengan handle produk di Shopee, Lazada atau di marketplace lain.

Kalau nasib tak baik, korang jugak yang in-charge untuk packing dan hantar semua parcel tu sendiri tanpa diberi sebarang komisyen.

Nampak kan berapa banyak role yang akhirnya pass ke digital marketing walaupun sebenarnya semua kerja tu adalah jobscope position lain.

Tu baru yang nampak dan dapat classify. Tak termasuk lagi tugas-tugas lain yang department lain pun pernah kena buat (tugas general).

Berapa Gaji Digital Marketing di Malaysia?

Current rate untuk gaji digital marketing di Malaysia buat masa sekarang RM2,700 untuk starting. Tapi kalau company besar, at least starting around RM3,000 - RM5,000 jugak. Ni gaji kalau betul la company tu hire position marketing tau, bukan yang e-commerce tu.

Kadang-kadang sedih sebenarnya bila tengok position digital marketing tapi bayar rate RM1,800. Then bila semak skop kerja, rupanya position tu sepatutnya bukan diletakkan nama digital marketing pun.

Key Takeaways


Sebenarnya, orang yang buat semua kerja ni akan dapat lebih banyak pengalaman. Tapi ingat, biar berbaloi dengan apa yang dibayar. Kadang-kadang korang mungkin rasa yang korang power SEO, rupanya bila try then baru korang realised yang lagi hebat sebagai performance marketer.

Tapi kena ingat, kebanyakan tempat hanya akan squeeze skill yang korang ada selagi boleh. Benda ni normal kalau untuk company kecik. Cuma kalau company besar pun buat macam ni, ternyata korang dah dipergunakan.

Setakat ni ja rant berkenaan skop kerja dan tugas digital marketing. Kalau ada yang nak share pengalaman, nak tambah atau nak tanya apa-apa, feel free to comment okayy!


XOXO

Post a Comment

6 Comments

  1. nak tanya, saya tgh nk hire digital marketing , position tu blmpernah ada dlm company, still nk bg basic mcm u nyatakan tu k? kalau dia tak berikan goodperformance mcmana , n how long nk blh tgk dia punya prestasi ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni berdasarkan pengalaman saya. Selalunya kalau belum pernah ada position tu, boleh ja start dengan hire social media manager untuk buat marketing biasa ja dulu (yang nombor 1). Rate lebih rendah, around RM1,500 - RM2,000 macam tu. Dari situ, boleh tengok dia pandai buat apa macam pandai setting website tak, html macam mana. Slow-slow boleh naikkan gaji ikut market rate kalau dia start buat ads untuk company, buat SEO. Sebab dia dah buat lebih dari yang sepatutnya untuk skop kerja basic. Performance boleh tengok berdasarkan like di FB macam mana, ramai komen tak, bisnes ada impak tak sejak ambil dia bekerja. Dalam masa 3 bulan boleh tengok dah sebenarnya.

      Kalau ambil yang dah ada experience, boleh tengok performance dia sebelum ni. Mesti akan tunjuk portfolio and Cik Puan boleh naikkan gaji berdasarkan gaji yang lepas.

      Delete
  2. nak tanya, untuk SEO tu macam mana nak buat ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk SEO, cara paling senang nak buat dengan cara tulis artikel. Tapi sebelum nak tulis tu, kena la buat survey dulu artikel macam mana yang orang akan baca, berbaloi tak tulis pasal tu. Dari segi teknikal pulak, lebih kepada lakukan website, decide pasal structure website, dapatkan link dari website lain

      Delete
  3. Good write up Tinsyaz! Digital marketing mmg penting, walaupun mgkn lmbt sikit baru nmpk hasil/ROI. Biasanya kalau bisnes kecik2, owner la yg handle bab ni, kan.... tpaksa multi-skilled, hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, cuma untuk company kecik, nak nampakkan role ni penting memang cukup susah. Sebab ramai majikan yang nak all rounder person tapi bayar untuk satu kerja je. 😅

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)