Review Aetem Clean Back Body Mist


Assalamualaikum.

Fuh, memang macam gamble betui try produk yang bila cari review pun tak jumpak. Memang aku beli based on review kat Shopee ja walaupun ada yang cakap tak berkesan untuk back acne.

Tapi aku still beli. Sebab tu harini aku akan review Aetem Clean Back Body Mist for body acne.

Ceritanya aku jumpak produk ni masa tengah scroll reels. Pagi tu dok cari macam mana nak hilangkan jerawat badan a.k.a back acne. Tiba-tiba lalu reels dari Iproduct and nampak trusted. Tapi bila pi dia punya Instagram, macam tak nampak banyak posting pun.

Then bila cari review kat Shopee, banyak yang bagi review tapi tak try lagi. Ada yang try beberapa hari then dah bagi review. So ragu-ragu jugak.

Finally aku beli, sebab jerawat badan aku memang banyak sangat sebab hormone tak stabil sekarang. Apa salahnya mencuba kan?


Ingredients Aetem Body Mist

Produk ni mai dari Korea. So ni ingredients list yang boleh dapat dari Shopee Aetem:

Oleracea Extract, Polyglyceryl-10 Laurate, Allantoin, Ethylhexylglycerin, Betula Platyphylla Japonica Juice, Citric Acid, Disodium EDTA, Chamaecyparis Obtusa Oil, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Monarda Didyma Leaf Extract, Melissa Officinalis Leaf Extract, Geranium Maculatum Extract, Calendula Officinalis Flower Extract, Lactobionic Acid, Capryloyl Salicylic Acid, Tremella Fuciformis (Mushroom) Extract, Sodium Hyaluronate, Sodium Hyaluronate Crosspolymer, Potassium Hyaluronate, Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Hyaluronic Acid, Pentylene Glycol, Sodium Acetylated Hyaluronate


Review Aetem Clean Back Body Mist

Bau: mild, bau ubat kayu-kayu tapi tak bau sangat. Acceptable!

Packaging: memang sangat ekslusif, nampak mahal and minimal

Cara penggunaan: spray dekat badan lepas mandi. Keringkan badan dulu, then spray lepastu biar mist tu kering sendiri. Contoh kalau mandi 3x, maka 3x la akan spray.

Sebelum pakai, badan aku memang keluar jerawat yang ada darah tu. Memang kalau pegang ja, rasa la bumpy tu penuh kat badan.

Masa awal-awal spray dekat badan, ada la rasa pedih sikit. Then rasa gatal. Tapi tetap bertahan mengharapkan ada result yang baik. Since Aetem ni claim cakap berkesan dalam 7 hari. 

Selepas Sebulan

 Mulanya masa beberapa hari pakai tu, dapat la rasa semua jerawat tiba-tiba nak 'masak' time tu. Taktau la ni effect dari Aetem atau macam mana.

Bila buang baju office, nampak la darah jerawat. Time tu serious dah cuak sebab makin teruk. Jerawat semua nak pecah. Then makin okay bila cecah seminggu. Memang perasan banyak jerawat dah surut.

Tapi sekarang dah sebulan pakai, memang boleh cakap yang Aetem ni sangatlah effective untuk kulit aku. Kalau aku rajin mandi malam, memang lagi clean rasanya. Ni 95% jerawat badan dah takdak after konsisten pakai Aetem Clean Back Mist.

Amount yang aku dah guna untuk dapatkan result sekarang

Cuma 1 ja nak cakap, body mist ni berupaya hilangkan jerawat dengan cuci pores yang tersumbat. Tapi dia tak boleh buatkan scar jerawat tu hilang cepat. So nak taknak korang kena cari alternatif untuk pakai cream hilangkan acne scars atau tunggu kulit baik sendiri.

Bagi aku, ni memang pembelian berbaloi! Kalau korang ada jerawat badan, boleh la try beli body mist dekat Shopee ni, https://bit.ly/3JpZMwJ

Korang jugak boleh baca 7 Cara Hilangkan Jerawat Badan disini, https://www.tinsyaz.com/2022/03/cara-hilangkan-jerawat-badan.html


XOXO

Post a Comment

0 Comments