Huawei Matebook D15 Review dari Malaysia (bukan budak tech)

Assalamualaikum.

Huawei Matebook akuuuuuu.

Bagi chance aku bercerita pasal laptop. Kalau mai semata nak tengok feature apa semua, feel free skip bahagian atas ni. Hampa boleh baca bahagian bawah aku khaskan pasal Huawei Matebook D15 ni saja. Actually ni laptop kedua yang aku beli sendiri. First laptop tapau abang punya, second beli sendiri, yang ni 3rd beli sendiri. Sebelum ni aku pakai Macbook Air tahun 2015 macam tu. Jadi quite macam terbalik pulak la kan sebab dari Apple switch mai laptop biasa.

Macbook Air aku tu beli memang ikut taste abang aku ja, sebab mak aku cakap "beli laptop yang elok kat adik. Duit dia dalam bank tu dok sayang buat apa, masa ni la nak guna beli benda penting." Sedih gilaaa aku time tu. Disebabkan aku quite pernah pakai laptop yang elok, so ada la beberapa yang aku boleh komen pasal Huawei Matebook ni. Macbook aku tu tahan macam apa tah, dulu takleh on  then bawak pi Switch dia cakap kalau nak repair anggaran dalam RM1.5K macam tu. Lepaihtu aku emo, letak dia bawah seat kereta. Then setelah 3 bulan macam tu, aku kemas kereta then saja la on semula - ya, dia boleh on balik. Segala kerja FYP aku semua ada lagi takdak apa yang hilang. Cuma external sound sat okay, sat tak okay lepastu dia dah tak boleh flip tutup then sleep macam sebelum ni. Kali ni tak boleh charge then beli la charger baru RM299, lepastu still tak boleh charge. Jadi aku jual ja charger tu semula gila-gila punya murah kat Carousel. =.="

..................................................................................................................................................

Bawah ni adalah review aku untuk Huawei Matebook D15 ya:

Jadi, aku tunjuk dulu la semua gambaq.

Aku dapat free wireless mouse tauu!

Dia punya charger, USB C-type. Kiranya toksah bimbang dah silap boh kutt mana tak masuk.

Cute bukan?

Cover dia sangat simple, aku suka.

Sound dia nice, memang boleh saing dengan Macbook Air.

Dari tepi belah kanan.

Dari belah kiri.
Aku rasa kan, after aku beli Huawei Matebook D15, baru pakat ramai orang beli. Cuba bayangkan, musim PKP aku order pagi Khamis, dia sampai tengahari Jumaat esoknya. Apakkk ah laju gilaa. And yang paling best, ada 2 orang mesej aku kat Shopee nak tanya feedback pasal laptop dari seller tu.. And aku scroll semula, jauhnya comment aku (antara yang terawal beli okayyy!) Aku beli Huawei Matebook D15 dengan RM2,388 dan dapat free Huawei Wireless Mouse. Aku beli dari sini ya, boleh beli dari seller ni https://shopee.com.my/product/21169502/4720315231 . Tapi dah sold out. So aku recommend beli dekat SINI. Tapi ada option benda apa yang nak include sekali; so aku dapat harga tu sebab aku nak Wireless Mouse ja. Ada lagi harga lain untuk include barang lain sekali. Free publisiti yaaa seller ni dapat; aku adalah buyer yang sangat berpuas hati.


Huawei Matebook D15 ni sesuai untuk Photoshop dak?

Personally, aku rasa okay ja kalau hampa boleh tolerate dua benda ni. Colour yang quite flat dan slow loading sikit la. Contoh, kalau aku bukak tab banyak-banyak kat Photoshop dia akan loading sikit. Then kalau convert nak buat blur pun still akan loading. Colour flat tu memang takleh tipulah. Handphone Xiaomi RM338 aku punya colour lagi cantik dari Matebook ni. Aku takmau banding dengan Macbook Air la bab colour kan, takut jauh ketinggalan. Tapi for sure, berbaloi dengan harga.


Huawei Matebook D15 sesuai untuk gaming dak?

Hatni aku tak try, tapi based on aku tengok review haritu. Dia cakap hanya sesuai untuk game yang ringan saja. Kalau nak main PUBG ka, better la cari laptop lain.


Huawei Matebook D15 sesuai untuk Movavi and Filmora dak?

Setakat aku dok edit, alhadulillah okay. Takdak la stuck teruk ka apa, loading sikit takat 2 saat tu ada la. Aku tak nampak 'keterukan' laptop ni sangat until aku buat comparison dengan Macbook Air. 


Apa yang tak best (disadvantages) pasal Huawei Matebook D15 ni (personal preferences)?

Camera
Aku tak suka dia punya camera. Camera dia mendongak sebab ada dekat keyboard. Aku malas la pulak nak snap, tapi dia memang duduk dekat tengah-tengak keyboard sebelah F6. Then hampa kena tekan dia so dia akan pop-up terkeluaq.



Aku takmau komen pasal hasil gambaq. Tapi cuba tengok, dia mendongak pi sampai ke siling. Normally, bila camera kat skrin, camera akan suluh muka. Tapi hatni, dia pi suluh lubang hidung dulu. =="

Keyboard takdak lampu
Aku paling suka keyboard yang ada lampu. Tapi Huawei Matebook D15 takdak backlight. Maka, kalau aku buat qeja dalam gelap, memang aku suluh keyboard pakai lampu handphone aku la. Lepastu masa awai-awai, jari aku ni asyik extend ja sebab dok teringat keyboard Macbook lagi. But now dah okay la sebab dah biasa.

Bateri tak tahan lama
Bila aku cakap tak tahan lama tu, maksudnya aku compare dengan Macbook (of course). Bateri dia just tahan 4 jam setengah macam tu ja. Tapi hampa akan suka something, teruskan baca.

Tak boleh flip screen then terus sleep
Aku imagine boleh la lipat screen then satni bukak tengok dia ada balik. Automatic sleep macam Macbook kan.. Sekali... Hilang teruih semua hat aku bukak kat tab tadi, dia macam shutdown then on semula ja.

Takdak iMovie
Aku terasa betui. Dah la mudah sangat buat video pakai iMovie, sekali masuk-masuk takdak apa langsung software untuk buat video. Jadi aku just install Movavi dengan Filmora jela.

Takdak tempat switch lagu
Kalau sebelum ni, nak switch lagu just cari button next song. Now dah takleh gais. Aku kena buat-buat pederas sound then baru boleh switch dekat menu lagu yang appear kat screen.

Trackpad
Yang ni la yang buat aku rasa sangat kehilangan Macbook. Bila trackpad dah tak boleh control pakai satu tangan. Before this, nak gerakkan apa-apa just touch gitu ja pakai 2 jari takpun 3 jari. Now aku dah kena tekan sambil gerakkan and sangatlah tough pada aku - maka aku terpaksa guna 2 tangan. Yang tu la paling aku rasa kehilangan,

Takdak Google package and takdak Microsoft
Tapi hampa boleh install sendiri. Not a big deal ya.


Apa yang aku suka dekat Huawei Matebook D15 ni, personal opinion?

Harga
Ni benda wajib okayyy! First time keluarkan duit yang mai dari sumber pendapatan sendiri. Sebelum ni keluaq duit sendiri jugak, bezanya kali ni duit yang hasil aku kerja sendiri. Sebelum ni duit raya simpan dari kecik, tak sama... Harga dia sangat berpatutan la untuk 8GB RAM/256GB SSD+1TB HDD.

Bateri caj sattttt gila
Serious walaupun bateri tak tahan lama, tapi caj lajuuuuuu gilaaaaa. Dalam 1 jam ke sejam setengah macam tu dah full 100%.

Sound dia nice
Tadi aku record video pakai Yi Cam, then try sound Huawei Matebook D15. Memang sedap dengaq betui and dia punya quad speakers tuned by Dolby Atmos. No wonder sedap betui. Aku nak recall bunyi Macbook tapi tak berjaya, yang aku ingat sound boleh kuat gila-gila punya ah. Hatni nak kuat sangat tu tak la, tapi sound bunyi sedap.

Charger C-type
Hatni aku cam skeptikal awai-awai. Macam "eh, ni charger laptop?" . Lepaihtu aku saja la try charge pakai powerbank. Omg!!! Boleh charge laptop pakai powerbankkkkk yalll!!! Excited melampau gilaaaa. XD Tapi tu lah, jangan put high expectation k.

Log-in pakai thumbprint
Hatni pun aku suka jugak. Elok ja on, lepaihtu terus dia detect aku punya jari - dah tak payah nak password bagai dah (but still boleh setting password). So boleh login pakai both cara, either pakai thumbprint atau pakai password.

Okay yang tu jelah kutt review aku pasal Huawei Matebook D15 dari orang Malaysia ni kan. Aku ada cari jugak haritu review orang lain, tapi yang aku jumpak just review dari orang-orang tech saja. Em aku sebagai manusia biasa, nak tau benda basic macam ni ja pun.. Maybe nanti aku publish video pasal review aku kutt. InshaAllah.

Love,
XOXO <3

Comments

  1. Hii nak tanya, dah setahun pakai ni ada apa apa jadi tak dekat laptop? Or okay je? Cadang nak beli untuk sambung belajar course business. Agak agak sesuai tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, setakat setahun ni memang okay sangat la. Selalu guna untuk design, video. So far, still performance dia sama macam mula-mula beli. Macam sesuai ja untuk course business :]

      Delete
  2. aku ada jugak laptop ni pasal battery aku setuju tapi yang part trackpad tu aku boleh je guna dua jari and tiga jari, pakai satu tangan je. tak percaya try la

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hiqili Essential Oil Review Malaysia

Industrial Logistic tu Belajar Apa?

Hanazakarino Kimitachihe Taiwan Full Episode HD English Subtitle