Review Faiqa Confinement Care - Confinement Lady Kedah

Assalamualaikum.

Confinement Lady Kedah

Harini nak review berkenaan Faiqa Confinement Care - Confinement Lady Kedah. Sebenarnya pakej pantang ni ditawarkan di negeri Kedah, Pulau Pinang & Perak.

Aku betul rasa puas hati dengan confinement lady ni, sebab tu entri ni ditulis.

Confinement Lady Untuk Pantang

Kenapa perlu confinement lady?

Sebenarnya, aku ambik confinement lady (CL) ni bersebab. Antaranya ialah untuk mudahkan sikit mak and husband. Sebabnya mak aku memang tak boleh uruskan langsung aku dan baby selama dalam pantang sebab nak pegang baby pun macam dah tak berani.

Jadi untuk mudahkan semua pihak, aku pun decide untuk ambil CL selama 21 hari masa berpantang.

Kenapa Confinement Lady Instead of Orang Mengurut?

Awalnya memang nak ambil tukang urut ja. Tapi memikirkan yang tukang urut cuma mengurut tapi tak buat perkara lain untuk penjagaan time pantang; so terus decide better ambil confinement lady terus.


Bersalin Czer Boleh Mengurut Tak?

Masa lepas bersalin czer tu, baru teringat pasal pakej pantang yang dah book haritu. So terus aku text cakap dah bersalin.

Awalnya, ramai jugak pesan yang bersalin czer tak boleh mengurut. Sebenarnya boleh ja mengurut, tapi tak boleh mengurut bahagian belakang sambil penyetkan perut tu.

Jadi CL akan mengurut secara mengiring instead of meniarap macam selalu. Walaupun rasa tak puas, tapi sangat rasa lega.

Sapa kata bersalin czer tak perlu mengurut? Memang rasa beza okayyy bila lepas mengurut. Kalau sebelum tu, badan memang rasa macam bengkak. 

Confinement Lady Kedah - Pakej Pantang Kedah

Memang jenuh mencari jugak la pakej pantang masa awal tu. Aku cari pakej pantang around bulan 6. Punya la cari confinement lady Kedah, confinement lady Utara. Memang rezeki la still ada slot kosong.

Kalau ikutnya, bulan 6 tu dah dikira lewat mengikutkan EDD aku yang 9/8/22 tu. Sebab time tu bila-bila masa ja dah boleh nak terberanak dah.

Antara pakej pantang yang aku try survey termasuk pakej pantangplus, CK Bidan dan Faiqa Confinement Care.

Antara yang jadi ukuran untuk pilih pakej pantang ni semestinya dari segi pakej, harga, stay in atau stay out dan siapa yang akan jaga kita.

Setelah survey semua, aku decide untuk pilih CL dari Faiqa Confinement Care. Dan sampai sekarang, aku rasa pilihan ni tak silap.

Kalau nak terus baca review, boleh terus scroll ke bawah sikit.

Apa Yang Perlu Tahu Sebelum Pilih Confinement Lady?

1. Stay-in CL atau Stay-out CL

Sebenarnya ada ja stay-in CL. Abang aku ambil stay-in CL untuk jaga Kak Siti masa pantang. Cuma, sangat susah ya untuk dapat stay-in CL Melayu orang Malaysia.

Macam aku sendiri, Kak Rizz ni berulang dari Alor Setar - Yan setiap hari. Jadi memang ada travel fee la yang dikenakan sebab jauh sangat.

2. Pakej Berpantang Berapa Hari?

Yang ni boleh pilih. Kalau pakej yang aku ambil ni 21 hari. 

Dia ada pakej serendah 1 hari. Pakej yang disediakan ada untuk 1, 3, 7, 15, 21 lagi berapa hari tah sampai hari ke 44.

3. Barang Basah Makanan Perlu Sediakan?

Yang ni pun sangat penting untuk consider samada kena beli sendiri atau dah disediakan. Sebab ada ja pakej pantang yang kena beli barang basah sendiri.

Macam aku, semuanya dah termasuk dalam pakej pantang. So memang mudah, kita cuma sediakan bahan asas macam minyak, bawang merah, bawang putih. Ikan, sayur semua yang lain CL akan bawak yang fresh punya.

4. Bahan Mengurut Perlu Sediakan?

Yang ni pun nasib baik aku tak beli full set Nona Roguy takpun Tanamera. Rupanya, semua set barangan berpantang ni CL dah bawak siap-siap.

Kak Rizz siap bawak daun yang dia petik kat Pantai Murni okayy! Memang fresh betul..

5. Mandi Bunga Termasuk Sekali Tak?

Untuk penutup pantang, selalunya akan ada sesi mandi bunga. Tapi dalam pakej ni, penutup pantang dikira asing tak termasuk pakej pantang.

Mandi bunga masa penutup pantang


Aku ambik jugak pakej penutup pantang. Baru la boleh rasa feeling mandi bunga.

6. Servis CL Berapa Jam?

Kena confirmkan betul-betul servis CL tu berapa lama setiap hari. Macam kalau stay-in CL, masuk ja time malam memang dia tak akan involve dah dengan life kita.

Untuk stay-out CL pulak, lebih fleksibel. Kadang-kadang boleh kautim nak mai pukul berapa. Masa pun fleksibel bergantung kepada bila semua rutin siap.

Review Faiqa Confinement Care

Sikit background untuk Faiqa Confinement Care, pakej pantang yang ditawarkan ni di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak (buat masa ni).

Dia punya CL pun semuanya terlatih siap ada sijil. Kiranya CL dia sangat bertauliah dan berpengetahuan ya. CL yang aku dapat mulanya Kak Kesuma tapi last minit tukar kepada Kak Rizz.

Memang bersyukur betul dapat kenal Kak Rizz. Sangat positif dan membantu sepanjang berpantang.

Dalam pakej pantang, ada ditawarkan:
  • Sauna
  • Mengurut
  • Bertangas
  • Scrub
  • Facial
  • Masakan pantang
  • Penjagaan bayi
Korang boleh tengok sendiri feedback dekat Facebook atau Instagram Faiqa Confinement Care.

Untuk yang rasa nak ambil CL dari Faiqa Confinement Care, aku sangat recommend Kak Rizz sebagai CL. Serious!

Faiqa confinement care
Hari last dengan Kak Rizz

Memang hari hari pantang aku sangat ceria dengan adanya Kak Rizz. Senang kata, sampai mak aku tak move on la. Satgi dok Kak Rizz cakap ni, satgi Kak Rizz cakap nu.

Level tak move on sampai mak aku pesan, ambik Kak Rizz jugak sebagai CL untuk jaga angah pantang tahun depan. Haha so korang boleh ja request nak CL yang mana satu. 

Selain tu, yang buat aku tak boleh move on ialah Kak Rizz akan masak based on kita punya preference. Asalkan makanan tu memang allow untuk dimakan masa pantang.

Sebagai contoh, menu sepatutnya salmon. Tapi Aku tak suka salmon, so akan makan makanan lain untuk gantikan. Kadang-kadang menu asal ayam bakar, tapi aku takmau so akan digantikan based on preference aku.

Berbaloi Tak Ambil Confinement Lady Pakej Pantang?

Bagi aku, sangat berbaloi! Memang dah tak payah fikir apa masa pantang. Maksud tak payah fikir tu dari segi penjagaan diri + makanan.

Kak Rizz tengah prepare makanan

Plus, masa awal ni ialah masa untuk kita dan husband nak adapt dengan suasana baru. Kalau tak ada CL, aku rasa memang lagi huru-hara life aku sebab badan memang rasa sakit then nak kena menyusu la, nak adapt sana sini.

Tapi bila ada CL, umpamanya macam ada pembantu + guidance sepanjang waktu berpantang. 

Key Takeaways

Pilih elok-elok pakej pantang. Biar berbaloi dengan apa yang kita bayar. Kalau dari experience aku, memang recommended untuk ambil Kak Rizz dari Faiqa Confinement Care.

Akhir kata, entri ni tak disponsor. Memang aku nak tulis sebab sangat puas hati dengan servis diterima sepanjang berpantang.

Love, XOXO 


Post a Comment

0 Comments