Berapa Bajet Harga Makeup Nikah?


Assalamualaikum.

Untuk yang nak kahwin, mesti dah start letak bajet harga makeup nikah dan sanding.

Cuma berapa harga makeup nikah sebenarnya?


Harga Makeup Nikah

Sebenarnya, bergantung kepada siapa yang nak makeup tu dan jenama makeup apa yang digunakan.

Untuk kes makeup aku time nikah, 1 sesi RM300 termasuk caj transport. Aku rasa rate makeup ni memang dah jadi standard dah untuk tahun 2021, 2022 ni.


Kenapa Harga Makeup Mahal (Servis)?

Aku pun pernah tertanya-tanya kenapa mahal. Tapi lepas baca explanation kawan-kawan yang jadi MUA, memang lepastu dah tak persoalkan dah kenapa harga mahal.

Untuk yang muka kelam maksud MUA, MUA ialah singkatan kepada Make-Up Artist.


1. Harga Makeup

Harga makeup ni antara faktor utama kenapa rate makeup jadi mahal. 

Katakanlah kalau MUA korang tu just pakai makeup beli pasar malam. Nak ke? Mesti la taknak kan, sebab nikah kahwin ni sekali ja. At least nak la makeup nampak letops macam Mira Filzah.

Dan korang kena tengok sendiri harga semua makeup yang MUA guna kalau nak dibandingkan rate yang kita bayar. 

Mari sini aku tolong screenshot rate harga makeup yang MUA aku guna:


Ni baru untuk satu jenama. Tak masuk lagi jenama lain kalau yang nak buat heavy makeup.

Untuk pengetahuan korang jugak, MUA ni akan sediakan makeup yang berbeza-beza berdasarkan jenis makeup yang bride request.

Sebagai contoh untuk heavy makeup, natural look makeup, sensitive skin makeup - semuanya mungkin guna makeup yang berbeza. 

Jadi cuba imagine berapa banyak dah duit yang digunakan untuk beli makeup saja. Lagi satu, satu muka bride tu bukannya pakai 2-3 jenis item ya. Ada banyak walaupun hanya buat natural look makeup.


2. Skill & Kelas Makeup

Selain itu, korang jugak bayar harga skill MUA tu sendiri.

Setiap MUA ada skill yang berbeza-beza. Kalau MUA yang berpengalaman, memang banyak kelas yang dia akan pi supaya lebih terer.

Apa yang dimaksudkan skill berbeza?

Sebagai contoh warna yang sesuai dengan kulit korang maybe tak sesuai dengan kulit aku. Dahtu kena tengok pulak shape muka bride tu, patut touch-up jadi lonjong ka etc.

Untuk kes muka aku, memang aku inform siap-siap kalau boleh atas mata jangan bagi terang sebab nanti akan nampak macam maknyah. 

Sebab tu MUA ni akan sentiasa tambah ilmu dan still join kelas makeup. Dan ya, kelas makeup memang berbayar ya.


3. Masa

Disamping tu, korang juga bayar masa dan minyak kereta yang MUA tu ambil untuk travel ke rumah dan makeup korang. Satu sesi makeup maybe around 3-4 jam jugak tu.

Tu tak termasuk penat nak layan kerenah bride yang jenis kita kena tunggu dia bersiap.


4. Kualiti Makeup

Kalau korang perasan, makeup yang MUA gun kebanyakannya mesti berjenama. Yang rate ratus-ratus punya.

Kenapa?

Sebab ingredients yang digunakan tu berkualiti dan tak bahaya untuk kulit bride yang perlu makeup tebal.

Bila taip makeup tebal, tak bermakna yang nampak macam makcik tu. Makeup tebal ni ialah berapa layer yang dibuat supaya makeup tahan lama sampai ke petang walaupun dah berpeluh.


Tips Ringkas Sebelum Hire MUA

1. Korang kena inform concern muka korang; muka jenis kering, berminyak, sensitif. MUA yang bagus selalunya akan tanya dulu pasal kulit korang

2. Kalau korang taknak pakai fake eyelash, then cakap siap-siap untuk tak pakai.

3. Kalau bibir korang jenis sensitif dan tak boleh tolerate lipstick biasa, minta kebenaran untuk pakai lipstick sendiri. MUA akan faham sebab dia pun taknak bagi effect dekat korang.

4. Korang boleh request pakai berus sendiri. Tapi MUA selalu akan inform yang dia dah terbiasa dengan berus sendiri. So dari segi hygiene, dia akan utamakan untuk basuh berus makeup sebelum makeup korang.


Kesimpulan

Kesimpulannya, sangat digalakkan untuk korang hire MUA instead of makeup sendiri masa nikah. Nikah ni sekali je tau, so tak salah kalau korang spend duit sikit supaya nampak cantik dalam gambar.

Bagi aku, memang berbaloi la untuk hire MUA time nikah sanding ni. Cuma korang kena confirmkan la betul-betul harga. Mungkin ada combo murah sikit kalau ambil banyak sesi: nikah, sanding perempuan, sanding lelaki.

Kalau korang tengah cari baju nikah, mungkin korang berminat untuk baca post Senarai Website Baju Nikah Online. 

Apapun semoga urusan korang dipermudahkan ya!


XOXO

Post a Comment

2 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)