Industrial Logistic tu Belajar Apa?

 Assalamualaikum


Disebabkan ramai yang masuk blog aku untuk tanya pasal course Industrial Logistics, maka kat sini aku tulis khas untuk course ni saja. Untuk yang masih belum tahu, aku merupakan bekas pelajar UniKL Mitec dari tahun 2013 - 2017. Apa yang bestnya di UniKL, setiap tahun akan ada revise either subject yang ditawarkan tu betul-betul menepati kehendak market atau tak. 

Di UniKL di, ada tawarkan 2 program logistik iaitu diploma dan degree:

Tak banyak beza pun sebenarnya. Maybe ada beza sikit dari segi subjek dan deep of the knowledge jela.


SUSAH TAK COURSE INDUSTRIAL LOGISTIC NI?

Personally, course ni tak susah. Just kena banyak faham ja. Dan silibus semuanya English tapi lecturer still akan explain based on pilihan dalam kelas either nak go for English atau mix Malay jugak. Plus, dia banyak uji kefahaman. Setakat grammar tunggang-langgang tu apa lah sangat, asalkan faham konsep.


INDUSTRIAL LOGISTIC TU BELAJAR APA?

Untuk senang faham, Industrial Logistic ni belajar proses pengangkutan barang start dari customer beli sampailah barang tu sampai kepada tangan customer. Untuk nak bagi lagi senang faham,

According to Logistics definition, it is delivery of Right Products in Right Quantity and the Right Condition, to the Right Place at the Right Time for Right Customer at the Right Price.

So benda atas ni lah yang hang akan belajar masa sem 1. Selalunya soalan ni mesti ada dalam paper logistic.

[Kredit]


Dan dalam masa 8 sem (untuk degree), korang akan belajar benda atas ni. Macam mana barang tu bergerak sebelum sampai ke tangan customer. Cumaa... Korang takkan belajar simple macam tu lah. Korang akan belajar teori yang ada law, calculation and ada jugak hands-on (drive forklife, site visit, masuk warehouse).

So kat sini, aku akan kupas satu-satu, subjek yang hang akan belajar. List subjek untuk course Industial Logistics ni aku ambik direct dari website UniKL.


Semester 1

Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS): belajar pasal tamadun. Macam sejarah sikit la, kena hafal.

Fundamental English: English, basic English ja.

Professional English 1: bejalar English, tapi tak sure la belajar apa.. Dah tak ingat sebab banyak sangat English.

Business Mathematics: Level math modern. Still, kena study guys. Tapi tak cecah level addmath.

Batch kami buat event ni untuk technopreneur

Technopreneurship: belajar entrepreneur (usahawan) tapi combine with technology. So boleh kata savvy-tech entrepreneur. Akan kena organised event.

Elements of Logistics: start belajar pasal definition logistic. Semua yang basic ja.

Transportation Management: belajar jenis-jenis transport. Pengangkutan udara, laut, darat.

Semester 2

Hubungan Etnik/ Pengajian Malaysia 3: belajar entik, kena hafal

Information Technology and Computing Concepts: basic pasal IT, maksud cookies, software. Just basic.

Organizational Behavioural: lebih kepada belajar pasal manusia dalam satu orgasasi

Principles of Marketing: belajar cara pemasaran. Tapi lebih kepada pemasaran dalam bidang logistik

Economics: mak aku bimbang betui sebab aku takdak basic economy. But hey, aku dapat A tau! Just basic ja. Pasal supply, demand etc.

Managing Transport Operations: lebih kepada belajar macam mana cara untuk manage operasi sesuatu transport. Kat sini akan belajar lebih mendalam sikit pasal semua mode of transport. And jenis-jenis transport di darat, udara dan laut.

Semester 3

Innovation Management: belajar berkenaan inovasi. Akan buat projek untuk sem ni and ada event untuk present kepada orang luar. Time ni group aku pernah menang award untuk innovation.

Professional English 2: belajar cara buat thesis, Nama pun professional kan... (seingat aku, takdak exam)

Foreign Language 1: di UniKL Mitec, semua akan belajar Mandarin. Tapi still, takdak exam.

Applied Statistics: belajar statistic ni banyak calculation. Lebih kepada analysed data, graf

Business Accounting: belajar account, mengira lagi.. 

Procurement and Inventory Management: yang ni lebih kepada belajar cara untuk beli barang, proses beli barang, cara untuk manage barang-barang


Last day kelas warehouse. Aku yang cute shawl merah striking tu. 

Warehouse Management: belajar pasal jenis-jenis warehouse (gudang). Teknologi yang ada dalam gudang, penyimpanan barang dalam gudang. Time ni belajar FIFO (first in, first out), LIFE (last in, first out). Contoh kalau FIFO, bunga. Bunga tak tahan lama, so kena guna FIFO. 


Semester 4

Isu-Isu Kontemporari Muslim di Malaysia(local muslim)/Culture and Lifestyle in Malaysia (Local-non muslim & International): yang ni macam belajar agama tapi lebih moden

Foreign Language 2: belajar Mandarin lagi, still takdak exam

Risk Management and Insurance: yang ni belajar pasal risiko, cara nak elak risiko kemalangan. Belajar berkenaan jenis-jenis insurans, term-term insurans. Oh time ni belajar risk transfer. Contoh macam kalau korang minum air panas beli dekat McJonald, then tertumpah kena tangan. So boleh saman in-case dekat cup McJoneld tu takda tulis 'Caution, HOT!' .

Modelling and Simulation: yang ni kena masuk lab komputer siapkan simulasi. Subjek yang paling aku rasa mehhhh. Kena buat simulasi dalam PC, kena buat pergerakan barang dalam point A sampai point B. Contoh, dalam 1 minit, berapa barang dapat bergerak masuk dari lori ke dalam warehouse. Ah susah terang, tapi aku tak suka. Tu ja.

Custom, Excise and Forwarding: yang ni belajar kastam, proses dekat kastam, borang-borang yang diperlukan untuk tuntut barang. Time ni belajar pasal K1 sampai K8 (kena hafal apa function setiap borang). Belajar pasal jenis-jenis kontena. Time ni la kita akan masuk dalam kontena, belajar cara nak bukak kontena. Serious scary k, dah la panas dalam tu

Container Haulage: Yang ni belajar pasal lori kontena. Jenis-jenis lori, ada open-top, ada side-loader. Belajar jenis-jenis kontena.

Elective: ada subjek elektif, boleh pilih. Aku ambik Seaport.

Semester 5

Co Curiculum: JPAM / Rakan Masjid / Culture. Time aku dulu, koko ni masa first and 2nd sem

Kem JPAM masa sem 1


Project Management: kena buat projek. Contoh, group aku buat Mini Klinik. So memang betul kena buat macam kita ni nak buat satu projek. Ada timeline kena buat, then kena pi survey harga barang, buat poster nak launch projek tu.

Commercial Law: Time aku macam nama course lain. Tapi yang ni belajar law. Memang banyak hafal. Tapi Act dia more to transporation Act, and kena ingat case study

Operational Research: time aku nama dia qulitative analysis tak silap. Yang ni lebih kepada cara buat decision apa-apa, but still ada calculation

Managing International Logistics: belajar logistic dalam konteks international. Banyak pembacaan, aku ingat yang tu ja

Final Year Project 1: Boleh pilih either nak buat research atau nak carry-out projek dekat mana-mana company luar. Well, aku buat something yang takdak kena mengena dengan  logistic.

Elective: ada subjek elektif, boleh pilih. Aku ambil Supply Chain Management

Semester 6

Human Resource Management: belajar pasal Human Resource, pasal apa hak sebegai pekerja

Information System in Logistics: time aku, nama course ni E-Logistic. Belajar berkenaan teknologi yang digunakan dalam logistic, macam EDI (electronic data interchange), GIS (geographic information system). Senang cerita, pasal logistic tapi dalam konteks teknologi. Contoh, pergerakan (logistic) dalam service berkenaan IT.

Transportation Policy and Planning: yang ni banyak belajar pasal polisi juga. Cara untuk improve transport supaya lebih efisyen

Elements of Shipping: Belajar pasal shipping. Borang-borang yang kita kena tau untuk ship barang macam LOC (letter of credit), BL (bill of lading). Apa yang kita kena tau sebelum nak ship barang pakai container guna kapal. Banyak hafal.

Final Year Project 2: Final year project.

Elective: ada subjek elektif, boleh pilih. Aku ambil Business Management

FAQ INDUSTRIAL LOGISTIC


GAJI KERJA LOGISTIC BERAPA? 
Soalan ni quite vary dan berbeza based on company mana yang akan korang kerja. Company logistik ni banyak yang MNC (Multi National Company); yang maknanya bukan kat Malaysia ja ada company ni. Contoh macam company Maersk, Evergreen DHL etc  . Standard aku boleh cakap, starting dari RM1,500 sampai RM6,000 bergantung kepada jawatan apa yang korang dapat.

Macam member aku, dia memang lompat company untuk naikkan salary. Aku boleh kata, ada la dalam 3-5 company dia kerja dalam setahun. So dalam masa setahun lebih, gaji dia dah RM3,200+ . But still, depends kepada korang punya skills dan experience jugak.

APA SKOP KERJA LOGISTIC?

Secara ringkas, aku boleh cakap yang kerjanya just pastikan semua barang sampai tepat pada masa. Contoh customer korang ada order screw. Jadi, hang la kena prepare sekali dokumen untuk hantar barang pi German. Bila order masuk, tugas korang memang hantar barang. Gitchew. Tapi barang yang masuk dalam kontena. Bukan yang pack J&T tu.            

[Kredit]


Atas ni contoh proses untuk export. Tapi proses dia bukanlah macam korang nak pi pos barang Shopee. Banyak dokumen kena sedia sebab korang nak kena naik kapal laut nuu. Then, kena pilih which container yang sesuai dengan kuantiti. Lepastu kena prepare borang kastam bagai.

Itu baru kalau prepare barang kecik untuk kegunaan company. Member-member aku ramai yang deal truck, container, international parcel. Jenis ni memang masuk port la.

Ada yang mungkin kerja dekat warehouse (gudang). Kerja dekat kastam. Kiranya asal ada ja barang bergerak, disitu ada kerja logistik. Cuma, target student Industrial Logistic lebih kepada company yang besar-besar dan export oversea. Barulah gaji masyukk!


MACAM MANA PELUANG KERJA LOGISTIC?

Aku boleh cakap, skop sangat luas. Tapi ikut tempat, macam Johor, Selangor, Penang, Singapore, Kulim. And any company yang ada buat pergerakan barang macam eksport screw pi oversea atau transfer motor dari satu branch ke branch lain dalam Malaysia.

Aku boleh lari bidang just sebab aku taknak stay jauh dari family aku.

Industrial Logistic belajar apa

Atas ni ialah peratusan student yang grad dalam UniKL dan bekerja. 9 kampus UniKL tergolong dalam antara IPTS yang paling perform. Maksudnya, after habis belajar then terus dapat kerja. Mitec berada dalam tangga ke-4 UniKL.

Bagi aku sendiri, isu IPTA dan IPTS ni dah tak valid. I mean, even korang grad dari IPTS sekalipun, peluang pekerjaan tetap ada. Asalkan korang equipped diri korang dengan skills masa study. Belajar skills bercakap, skills convince orang, skills management and any skills yang boleh membantu korang untuk secure pekerjaan. Banyakkan involve dengan event and kelab masa belajar. 

ADAKAH KNOWLEDGE NI BETUL BERGUNA?

Dimana-mana sekalipun, knowledge berguna. Tapi knowledge saja tanpa aplikasi sangatlah sia-sia. Kalau dalam pekerjaan, logistik lebih dari sekadar teori masa belajar dekat universiti.

Masa aku masuk UniKL, motif aku hanyalah untuk lari dari bidang Sains. Dan aku pun tak sure akan belajar apa and apa yang akan jadi after ni. Tapi disinilah aku discover minat aku dalam bidang marketing. And after tu, aku explore Digital Marketing

Still, aku tak rasa knowledge dalam logistic ni sia-sia. Walaupun pernah la aku cakap sendiri, aku patut masuk course marketing. Tapi mengenangkan junior-junior aku dari bidang marketing (kat tempat kerja), still aku rasa macam study jauh beza dari kerja walaupun study marketing sekalipun. Serious.

So aku harap, korang akan dapat sikit insight berkenaan course logistik ni. Memang susah nak convince parents. Aku faham. Aku dulu pun macam tu. Yelah, parents (aku cerita pasal yang dok kampung) tak habis-habis nak anak kerja kerajaan. Gaji tak tinggi, takpa. Asalkan kerajaan. What the? 

And ramai ja member aku yang stay dalam logistic. And sikit yang lari bidang macam aku. Tapi ada jugak yang jadi lecturer, engineer (yang ni dia perform dalam logistic and company bagi peluang untuk dia switch position), polis, askar.

In case nak tanya apa, feel free untuk tanya.


Love, XOXO


Post a Comment

69 Comments

  1. If kita lemah dari segi math ok ke? Lecture boleh tolong right?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay ja, asalkan kita sendiri kena put effort pi tanya lecturer bila tak faham. Lecturer tak akan cek semua student either faham or tak.

      And ada antara student yang akan tak mengaku dia tak faham, bila keseluruhan kelas faham (acah faham). Normal la tu, so pi ja bilik lecturer then tanya, ataupun tanya after class.

      Delete
  2. hello,ape maksud akk yang lari bidang tu,mean akk dulu kos lain tapi masuk logistic ?sorry i m quite not understand can we contact each other i want to know more about this course

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, lari bidang kalau dari konteks pos ni ialah lari bidang yang study bidang logistik tapi at the end kerja bidang lain. Tapi memang pun sebelum ni study sampai matrik semuanya dalam bidang sains tulen.

      Tapi lepas grad, masuk ke bidang marketing + digital marketing sebab dekat Kedah ni the only place yang offer logisitic mostly dekat area Kulim.

      Boleh try baca pos ini untuk tahu lebih lanjut: https://www.tinsyaz.com/2014/07/review-on-unikl-mitec-johor-industrial.html

      Delete
  3. Hi akak,
    Nak tanya,saya masih tak berapa pasti dgn bidang pekerjaan yang berkaitan dgn industri logistik ni..boleh akak senaraikan contoh2 lain tak pekerjaan yang berkaitan dgnnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, antara skop kerja di bahagian industri; boleh jadi orang yang handle shipping laut, shipping flight, atau shipping lori. Takpun boleh jadi orang yang uruskan urusan kastam (ada untuk import dan eksport), atau boleh jadi orang yang handle warehouse simpan barang, atau mungkin juga boleh jadi orang yang beli barang untuk company. Kiranya senang kata selagi ada pergerakan barang, selagi tu ada peluang pekerjaan untuk logistik. Bezanya samada kerja logistik bahagian industri atau kerja logistic yang macam courier barang.

      Contoh macam j&t, di belakang dia mesti ada beberapa orang yang akan handle jadual pergerakan supaya courier sampai cepat.

      Kalau contoh kedai kereta, mesti ada beberapa orang yang akan handle proses untuk dapatkan kereta dari kilang, distribute ke cawangan, settlekan borang-borang.

      Delete
  4. Hai nk tanya mcm i ni dri unikl mfi and i ambik mechanical engineering but i think i takboleh bawak and i tkminat engineering honestly so i ada decide untuk tuka kos and just asking u rasa patut ke tuka ke kos ni and kos ni susah ke mcm engineering like calculation and theory. Ada hands on ke course ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, kos ni tak la susah. Nak kata praktikal banyak pun tak sangat. Teori banyak hafal tapi mostly minor course semua yang jenis fakta yang kita dah tahu. Kalau hands on, maybe drive forklift, masuk dalam warehouse, masuk dalam container macam tu je. So far student engineering setakat ni boleh ace dengan flying colours la

      Delete
  5. Perkejaan ni lumayan tak? Dan Boleh ke jadi mana manager atau ceo drp bidang ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak lumayan kalau masuk MNC atau GLC. Ada duit, knowledge, connection inshaAllah boleh jadi manager atau CEO buat company sendiri

      Delete
  6. Logistics dan supply chain management ni bidang yg sama ke? Atau ada bezanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya, logistics dan supply chain management ni sama ja cuma nama ja berbeza. Sebab tu, ada ja kos yang terus combine nama sebagai logistic and supply chain management.

      Delete
  7. Banyak ke math dalam course ni? Ke biasa je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak pun. Cuma ada beberapa subjek math, akaun, statistics. Yang lain kebanyakan memang teori hafalan je

      Delete
  8. Assalamualaikum, saya diploma course aircraft engineering tapi bercadang ambil degree industri logistik sebab tak boleh carry , berbaloi ke ambik degree course ni? atau mcm mana , need some motivation 🤧

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, selalunya kalau aliran sains masuk course ni inshaAllah boleh carry. Cuma nak ingatkan supaya fokus kepada soft skill juga. Sekarang ramai yang grad, nak bezakan kita dengan yang lain cuma based on pengalaman dan soft skill ja. So jangan risau, inshaAllah ada rezeki walaupun belajar apa-apa kos sekalipun.

      Cuma kalau ambik degree dekat uniKL, lebih best sebab time intern boleh apply dengan company dalam industri yang uniKL ada tie knot and most of the time company akan terus serap student intern jadi permanent. All the best!

      Delete
  9. Assalamualaikum..sya nk tnya soft skill tu mcm mna ya?..and bila krja nnti kita perlu creative or msti berfikir diluar kotak untuk Stu company tu naikkan or yakin dgn kita dpt menjalankan krja dgn lancar Dan bagus...apa pendapat cik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, soft skill tu macam cara kita bercakap dan deal dengan orang, etika kerja kita, daya selesaikan masalah. Once company ambil kita bekerja, mereka harapkan untuk kita dapat selesaikan kerja dan masalah yang dialami. Dan banyak company yang tak willing untuk trained fresh grad start from scratch sebab training macam ni akan melibatkan kos yang perlu dikeluarkan company. Nak taknak, kena ada initiative sendiri untuk belajar soft skills.

      Boleh semak sini untuk senarai soft skills: https://novoresume.com/career-blog/soft-skills

      Delete
  10. Assalamualaikum sis,bolh saya pm sis?bnyk jugk saya nk tnya sis pasal bidang ni..sebb bulan 9 ni saya akn study dkat unikl mitec tu😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, boleh dm dekat Twitter ya. Tweethandle @tinsyaz

      Delete
    2. Hi awak boleh tak awak pm saya dekat instagram @storebydianfa .. saya ada benda nak tanya☺️ btw saya pun dapat study dekat unikl mitec bulan 9 ni utk course logistic ni

      Delete
  11. Akaun dia susah tak... Sbb saya kat sekolah ambil prinsip perakaunan.. memang x boleh carry.. please reply ASAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah ambil akaun kat sekolah, tapi macam yang member cakap; akaun untuk kos ni semua yang basic ja

      Delete
  12. Assalamualaikum sis. Time exam tu kan adakah guna english? Sbb sy kurang dlm bhasa english ni🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, ya semua exam guna English kecuali TITAS

      Delete
  13. Assalamualaikum awak saya nak tanya awak study kos ni dekat unikl kulim kedah ka…lagi satu lama tak awak tunggu untuk dapat tahu yg awak layak tak dapat offer… harap awak jawab ye terima kasih❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, saya study dekat UniKL Mitec, Johor. Macam dah tak ingat la berapa lama dia punya result untuk tahu kemasukan tu, around 2-3 bulan jugak rasanya. Atau awak boleh je terus pi Facebook UniKL Kulim then tanya kat sana, sebab sekarang UniKL agak aktif untuk jawab soalan bakal student.

      Delete
  14. hai ..menarik content blog..bermanfaat..akak selitkan jika perlukan bantuan tentang info diploma logistik ni bole wsp madam utk madam explain ..ada course yg menarik berkaitan logistik yg mdm jaga dan dibuka juga utk PJJ yg bekerja...ada bantuan diberikan..jika minat boleh wsp 0166371460

    ReplyDelete
  15. Hi kalau bahasa English tak bagus takpa ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, okay ja selalunya cuma ni requirements untuk apply course ni

      Pass STPM or its equivalent with at least Grade C (NGMP 2.00) in TWO (2) subjects;
      or

      Pass Matriculation /Foundation in any IPTA/IPTS/permitted institution to conduct foundation programmes with CGPA 2.00
      or

      Pass Diploma in related disciplines with CGPA 2.00;
      or

      Pass Advanced Diploma in related disciplines with CGPA 2.0;
      or

      Pass STAM (Grade Jayyid) or its equivalent;
      or

      Others recognized qualifications or its equivalent.

      Delete
  16. lepasan SPM boleh ambik ke kos ni ? tkde basic acc , eng pun tak bagus mna . math tak berapa , agak agak boleh bawak tak kos ni ??

    ReplyDelete
  17. Lepasan SPM boleh masuk untuk diploma. Syarat minimum Pass in SPM or its equivalent with at least three (3) credits

    Mungkin boleh? Bergantung kepada diri sendiri jugak rasanya, sebab any course pun ada yang boleh carry course, ada yang tak boleh. Tapi senang cakap, kalau study memang confirm boleh carry sebab kita memang industri punya course jadi tak strict macam engineering punya field.

    ReplyDelete
  18. Hi akk nk tnya sya bercdg nk amik dip logistics if saya lemah english ok ke,smua lecturer mmg ajr full english and tegas ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pendapat peribadi, rasanya okay ja sebab lecturer akan ajar berdasarkan bahasa apa yang student nak guna. Nak kata tegas tu tak (well at least takdak la yang macam video viral tu). Setakat study sana, memang semua lecturer sangat baik & membantu sangat-sangat

      Delete
  19. Doakan saya kak.Honestly xyakin sgt nk amik kos nipon but after tau skop pekerjaan dia cmna will surely try my best.In the end yeah saya dari kulim study ke johor agak risau sikit,however demi masa dpn korbanjela.Btw thank you sharing about your experience kak"-".

    ReplyDelete
    Replies
    1. All the best kat tempat orang. Asal Kulim tu memang bonus la, nanti boleh aim kerja kat Kulim hi-tech terus

      Delete
  20. Hi kak, nak tanya.. nnti masa nk pilih subjek kan. ada ke subjek yg takde libatkan calculation?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, untuk subjek elektif boleh ppilih seaport management untuk yang tak ada calculation. Tapi subjek wajib, memang akan ada calculation

      Delete
  21. hi sis! nak tanya.. macam akak kan ex student unikl Mitec.. masa akak study mmng unikl ada kemudahan macam Wi-Fi ke utk access? ke pakai data sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, WiFi memang ada free disediakan di setiap sudut Mitec 😁

      Delete
  22. Salam..
    Kat mitec ni semua students duduk dalam kampus ke? Atau pun ada yg kena menyewa di luar?
    Kalau kena menyewa di luar, mudah ke nak cari rumah sewa berdekatan kampus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, ada yang menyewa di luar. Rumah sewa paling dekat around 3km keatas jugak

      Delete
  23. salam, nak tny. ada tak sijil2 yang boleh kita amek lepas degree untuk bidang ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, selalunya ramai yang akan ambil untuk CILT (tapi saya tak ambil pun) sebab CILT ni recognize untuk big company. Ada yang akan ambil NIOSH jugak, depends nak masuk spesifik kerja bahagian apa

      Delete
  24. Akak saya nak tanya, boleh ke kalau degree nanti saya nak amik course logistics ni? sebab sekarang saya study course tourism management. Sangatlah lari bidang. Tapi bila saya baca semua subject yang akak list dari sem1 - 3 macam lebih kurang subject yang saya belajar untuk course tourism.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ja, apa-apa course pun boleh ja ambil degree industrial logistics asalkan lepas pointer yang ditetapkan tu

      Delete
  25. assalamualaikum kak..nak tanya..this course ada kena interview ke?if ada soalan apa je dorang tanya and kita kena cakap in malay atau english?thanks akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Masa dulu tak ada interview, tak sure la kalau yang latest punya dah ada interview

      Delete
  26. hai sis, i pon bakal masuk uniKL mitec intake November and dari pineng tapi i takut sebab i lemah math and BI.. tapi i try jugak lepas tahu scope kerja TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii, it's okay simple BI pun okay dah sebenarnya and math tak tough macam addmath sangat. Still bearable. All the best anonymous!

      Delete
  27. hai nak tanya betul ke kalau belajar di unikl utk degree ada exchange program ke abroad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii, ya betul ada exchange program abroad cuma untuk 1-2 sem macam tu masa dekat sem last

      Delete
  28. very interesting.zaman sekarang nk belajar tanpa sempadan. janji hati ikhlas, cekal dan of couse byk sacrify byk perkara especially masa. Umur i skrg 40 yrs/anak 5org,minat sambung belajar sgt2 mendalam.saya start kerja logistics umo 20an,prgnant anak ke-2 sambung Dip.Excecutive operation managemnt tp xpuas ati lagi..tahun 2009 course logistics xbyk. Now tgh sambung Degree dah masuk sem 5 kat Malaysian Universiti Science & Tech. Part time. teruja sgt, sbb keja logistics tp byk yg xfaham..pas habis belajar xtau nk apply keja lain or stay tmpat skrg. Skrg ok, tp masalah gaji je..Doakan saya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa nk bgtau, skrg amik Bachelor Transport and Logistics..

      Delete
    2. Wahhh nicenyaaa, lifelong learning walaupun umur dah meningkat. All the best anonymous, semoga dipermudahkan urusan sentiasa :D

      Delete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum akak maaf mengganggu..saya cuma nak tahu yuran pengajian untuk course ni bagi 1 sem berapa ye?saya cari dalam web dia tulis 7500-8570...jadi mana satu yuran pengajian untuk course ni?harap akak dapat jawab pertanyaan saya..terima kasih kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, ya betul yuran 1 sem around amount tu. Tapi kalau dapat bantuan MARA, seingat saya kena bayar bawah 1K sebab yuran dah dibayar siap-siap oleh MARA.

      Delete
    2. Nak tanya kak..untuk safety boots,safety helmet kena beli sendiri or unikl akan provide?

      Delete
    3. Yang ni untuk course apa ya? Kalau logistik, seingat saya akan dapat coverall dan jadi milik sendiri. Untuk helmet, dapat pinjam sebab kita cuma guna beberapa kali ja masa masuk warehouse.

      Delete
  33. Assalamualaikum kak , course ni nk kena guna laptop yg padu ka ? akak dulu guna laptop processor apa ? printer nk kena beli dk ?ka ada sediakan . duit mara mula masuk kat acc kita brp lama dari awai masuk unikl tu , tnya bnyk ni inshaallah masuk bulan 1 ni (dari pineng) ty kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam

      1. Pakai laptop biasa macam Asus pun dah okay. Ada bilik komputer kat library, boleh naik buat kerja kat situ kalau laptop lag
      2. Printer ikut suka nak beli ka dak. Tapi kalau jenis last minit buat kerja, beli jela sebab time malam baru nak print esok boleh submit. Kalau tak beli pun takpa, ada kedai print
      3. Duit MARA kalau approved loan, akan dapat masa sem 2. So sem 1 fully pakai duit sendiri dulu

      All the best kat Mitec kk!

      Delete
  34. slm kak ..sy student MUST malaysia university science technology sy pon ambik bidang transportation logistics subjek kta lebih kurang..kmi tak silap nnti practical dkt pelabuhan kat singapore...dgr kata hbis study terus dpt kerja lebih kurang unikl...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, woww bestnyaaa terus confirm practical dekat port SG. All the best!

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)