Hiqili Essential Oil Review Malaysia

 Assalamualaikum and hey!


Sebenarnya nak tulis pasal essential oil ni dah lama sebenarnya. Cuma macam sentiasa rasa cari masa, tapi tak sure masa tu pi mana. Entri ni khas aku tulis untuk newbie yang baru berjinak-jinak nak guna air diffuser and essential oil.

So personally, dah guna essential oil dah 6 bulan. Actually before this pernah guna, but then just guna fragrance oil ja. Yelah, nak beli Young Living macam tight budget sangat. So, opt untuk guna essential oil lain yang lebih murah and money wise. Setelah cari essential oil dekat Shopee, terperasan beberapa brand macaam BAM Natural and Hiqili. And lebih tertarik kepada Hiqili after baca few review pasal Hiqili Essential Oil ni.

Jadi, aku ada cari kenapa Hiqili murah?
Tapi aku tak dapat jawapan tu. Cuma apa yang aku tau, dia punya website domain dah expired. Jadi tak dapatlah nak buat research lanjut berkenaan background company Hiqili. But dia punya website start pada Mei 2020.

So aku quite bangga since aku one of the earliest customer Hiqili Essential Oil. HAHA.

Hiqili Essential Oil
Line-up Hiqili Essential Oil

First time beli, but tamak terus beli 6 terus tau! Ni ada Vanilla, Bergamot, Lavender, Sandalwood, Lemon and Peppermint. Aku beli dari Shopee ni, https://shopee.com.my/s.c.shop .

Frankly speaking, sangat berbaloi beli Hiqili Essential Oil ni. Kenapa? Sebab harga dia boleh dikategorikan sebagai affordable sangat. Dengan 10ML, boleh dapat serendah RM9.03. Harga dia depends kepada flavour apa.

Hiqili Essential Oil Xiaomi Diffuser

Gambar ni pernah viral dekat Twitter sebab haritu pernah suggest as pembelian berbaloi kat Shopee. Ya, sayalah tu yang promote haritu. Actually beli ni sebab baca review, Hiqili is one of the best essential oil listed at Singapore.

And memang berbaloi sangat! Before this, pernah beli fragrance oil dekat Mr DIY. But then, dia bau sekejap sangat. Dah la harga RM5 macam tu. Ni just tambah extra RM4, dah boleh dapat 100% pure essential oil.

Hiqili Essential Oil bau apa yang best?

Sebenarnya, memang suka bau lemon. Cuma kalau lemon letak dalam diffuser, dia tak bau kuat sangat. So as suggestion untuk diffuser, boleh try lavender, sandalwood and vanilla. Untuk vanilla, memang bau dia sweet sangat. Kalau sandalwood, memang bau kayu yang wangi classy macam tu. And lavender lebih calming. 

If letak dalam aircond, memang lagi wangi tau!

Hiqili Essential Oil Review Malaysia
Belakang tu brand DoTerra

Untuk lemon, sangat sesuai letak combination dengan peppermint. Bau dia fancy sikit tapi tak tahan lama sangat. Cuma based on few experience, aku quite kerap untuk sakit kepala (mild migraine). So just letak few drops dekat tapak tangan, sapu dua belah tangan then bau. Serious, sangat calming and slowly hilang sakit kepala tu. 

Tapi tu lah, tak sure la tu placebo ka apa. =.="

Fungsi Hiqili Essential Oil based on bau

Yang ni aku dapat dari Official Shopee Hiqili Malaysia sendiri ya.

🌷Lavender-Light sweet grass fragrant Calming, clean the skin, soothe anxiety, and help sleep. 🌷Jasmine-Light sweet Improve skin elasticity, gentle cough, soothe anxiety. 🍃Eucalyptus-Strong camphor aroma Purify the air and drive away mosquitoes, calming, improve breathing problems such as asthma, infection, flu. 🌱Vanilla-Light sweet Resistant to inflammation, overcome feelings of stress and anxiety. 🍃Peppermint-Strong mint aroma Deodorant and drive out mosquitoes, help with cold treatment, relieve migraine, help refreshing. 🌲Sandalwood-Woody fragrance Reduces scars and wrinkles, soothe anxiety, induced libido. 🌲Frankincense-Woody aroma with a hint of Lemon Reduces scars and wrinkles, soothe anxiety, improve breathing problems such as asthma, cough. 🍊Sweet Orange-Sweet orange scent Prevent colds and moisturize the skin, drive away tension and stress, help sleep. 🌷Ylang Ylang-Strong floral fragrance Promote hair and skin health, soothe anxiety, induced libido. 🍋Lemon-Light citrus fragrance Clean the skin and hair, purify the air, help repel insects, relieve migraines, improve indigestion. 🌹Rose-Sweet and calm Improve skin dryness and restore skin elasticity, reduce Emotional Stress & Anxiety. 🍊Bergamot-Sweet and rich with citrus flavor Improve facial acne and skin infections, soothe the mind, help create calm and rest. 🌿Tea Tree-Slightly pungent woody notes Sterilization and anti-inflammatory, relieve fatigue, improve breathing problems such as cold, cough, asthma. 🌿Lemongrass-Strong, slightly sweet, with a lemony flavor Deodorizing and repelling mosquitoes, reduce fatigue, improve respiratory infections. 🌿Patchouli-Musky with a long-lasting scent Promote wound healing and help hair growth, deodorizing and repelling mosquitoes, soothe anxiety. 🌷Rosemary-Cool grass smell and sweet camphor scent Improve skin elasticity, stimulate hair growth, improve memory, treat respiratory problems such as colds, bronchitis. 🌷Geranium-With lemon flavor slightly like roses Antibacterial, repair scars, enhance cell defense function, soothe anxiety. 🍊Grapefruit-Sweet Citrus Fruit Clean the skin and lose weight, promote hair growth, prevent colds and flu, soothe anxiety. 🌿Citronella-Aroma of aromatic herbs Clear acne and balance oily skin, eliminate fatigue, calm, and anti-frustration.


Macam mana cara yang betul untuk guna Essential Oil dengan diffuser?

At first, taktau jugak macam mana. But hasil Google, disarankan untuk tak pasang sepanjang malam pun. Just letak few drops essential oil dalam diffuser. Then tutup pintu bilik dalam 1 jam macam tu. Pofff, bukak ja pintu bilik, memang semerbak la bau dia.

So dah boleh tidur dengan tenang. Time tidur, tutup pun takpa dah diffuser tu.


Jadi untuk sesiapa yang baru nak try guna essential oil, aku suggest untuk try Hiqili ni dulu. Then kalau betul konsisten guna and sesuai, beli jelah yang mahal. HAHA. But then, aku sangat rasa Hiqili ni pun dah cukup untuk diffuse tiap malam. But aku akan still hunting lemon essential oil jenama lain untuk buat comparison.

As conclusion, aku dapat cakap yang Hiqili Essential Oil ni berbaloi la dengan harga dia. Nak kata boleh tandingi Young Living tu tak la, tapi berbaloi. You can't expect paid RM9 then nak compare dengan Young Living yang harga RM70 tau. So please low your expectation la. Tu ja. Pesanan ni khas untuk pengguna essential oil YL yang baru nak try Hiqili. Kalau put high expectation, nanti takut kecewa ja. HAHA.

Oh btw, tadi baru beli DoTerra Lemon Essential Oil, RM22 untuk 15ML. Satu botol kecik tu, tak sure bertahan berapa lama. But still 5 botol tu still penuh walaupun dah 6 bulan. And lemon ja yang dah habis since aku guna lemon untuk reduce mild migraine. So can you see, betapa berbaloinya.

Love, 
XOXO

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Industrial Logistic tu Belajar Apa?

Hanazakarino Kimitachihe Taiwan Full Episode HD English Subtitle