Posts

Showing posts from July, 2013

Karangan Perihal Diri, Perancangan Pengajian dan Kerjaya. MARA. UNIKL

Image
Assalamualaikum. Awak, awak dan awak. Aku dah nak sambung degree dah kat Unikl. And, kalau nak apply loan MARA, kena buat karangan. THIS MINE. :) * * * * * Saya Fatin Syazwani binti Abd Rahim. Dilahirkan pada 8 Ogos 1994 dan sekarang berumur 19 tahun. Saya ialah anak bongsu dari 3 adik beradik. Ibu saya merupakan seorang pesara guru. Mengenai latar belakang pendidikan, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Langkasuka dan memperoleh keputusan UPSR yang cemerlang. Setelah itu, saya menyambung pengajian saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Yan. Setelah 3 tahun berada di sekolah tersebut, saya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian saya di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena bagi aliran sains tulen. Saya memperoleh keputusan SPM yang agak baik. Kemudian, saya meneruskan pembelajaran saya di Kolej Matrikulasi Kedah selama setahun dalam aliran sains modul I yakni bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik. Setelah setahun berada di matrikulasi, akhirnya saya telah menama