Kenapa Susah Dapat Kerja?

Assalamualaikum.

kenapa susah dapat kerja

Kenapa susah dapat kerja? Padahal kerja sebenarnya banyak, tapi kenapa satu pun tak lekat?

Post ni aku tulis berdasarkan pengalaman aku sendiri dalam mencari kerja beberapa tahun lalu. Memang pada aku, fasa cari kerja ialah fasa yang paling exhausted dan disturbing. Tak kira la cari kerja semasa tanpa pengalaman ataupun semasa dah ada pengalaman.

Cuma post kali ni khas ditujukan kepada yang tak ada pengalaman.

Kenapa Susah Dapat Kerja?

Masa masih study, aku macam wonder jugak kenapa susah dapat kerja. Padahal dalam berita dok cakap terlalu ramai graduan tak dapat kerja padahal kerja ada banyakkkk like banyakkkk?

Masa intern pun aku still wonder. Sebab setiap company yang kita search mesti ada part career. So apply jela kan? Well, masa tu masih hingusan. Masih tak nampak real life selepas intern. Selepas intern, aku tak kerja around 5 bulan sebab time tu tengah jaga wan yang sakit. Disebabkan tu, aku decide untuk balik Kedah dan kerja ja kat mana-mana dulu. 

Dan alhamdulillah dapat kerja dekat tapi tak related dengan apa yang belajar. But but but aku dapat kerja disebabkan aku pitch pasal blog yang aku buat masa aku umur 13 tahun dan personal project sepanjang aku study time degree.

Stelah 5 tahun, aku masih kerja dalam bidang yang sama iaitu Digital Marketing. Kiranya 5 tahun lepas, digital marketing masih baru dan aku antara early adopter HAHA. 

Tapi betul ke susah dapat kerja? Apa yang buatkan susah nak dapat kerja?

Faktor Susah Dapat Kerja

1. Tak ada sebarang pengalaman

Untuk fresh grad, korang kena ingat yang setiap majikan akan nak graduan yang ada pengalaman. Tak kisah la pengalaman apa sekalipun, tapi hampir kesemuanya nak yang ada pengalaman. Intern pun dikira sebagai pengalaman kalau pandai nak elaborate.

Masa dulu, aku pun macam tertanya-tanya macam mana nak dapat pengalaman dah kalau masa yang ada tu kita guna untuk study?

Jawapannya, apa yang korang buat masa belajar selain study. Korang boleh cerita pasal koku yang korang join. Ataupun cerita pasal korang buat side income jadi dropship. Atau boleh cerita pasal korang buat project freelance. 

Anything! Anything yang related dan menampakkan korang berusaha untuk tambah baik kehidupan dari segi self improvement dan sosial skills.

2. High Expectation Dari Segi Gaji

Aku faham the fact that graduan kita selalu dibayar rendah. Kalau korang nak gaji tinggi, then aim untuk MNC dan GLC. Tapi kalau kerja biasa pun korang tak dapat secure, how come? Aku tak memperkecilkan cita-cita nak gaji tinggi, sapa ja yang takmau kan. Tapi kita kena berpijak di dunia realiti yang ada benda kita mampu ubah - tapi ada benda kita tak mampu ubah.

Okay faham kan kat situ?

Nak taknak, korang kena letak expected salary yang sesuai dengan rate yang ditawarkan dalam industri tu. Cuma, kalau korang pun tak ada pengalaman, rasa-rasa ada ke company besar yang nak ambik bekerja?

So back to reality, kalau korang seorang yang average ja - then aim untuk company biasa ja dulu. Dapat la gaji rendah ja dulu asalkan korang boleh kaut sebanyak pengalaman yang ada.

Antara advantage kerja di company kecil ialah korang akan belajar terlalu banyak benda. Tapi tu lah, korang dibayar peanuts... Please take on postive side yang pengalaman tu akan buat korang ada lebih banyak pilihan untuk bekerja bila nak job hopping nanti.

Sementara tu, bertahan la around 1-2 tahun di company tu dan dapatkan sebanyak mana pengalaman. Lepas dah ada experience, baru start lompat company yang besar sikit dan akan start boleh demand gaji berdasarkan pengalaman yang ada.

3. Skop Cari Kerja Hanya Di Internet

Usaha cari kerja ni bukan hanya tertumpu di internet. Kalau korang hanya tumpu di internet, memang susah la nak dapat kerja. Imagine berapa ramai yang jobseeker yang dok hadap PC sepanjang hari untuk cari kerja. Dan cuba tengok berapa ramai lagi fresh grad yang semakin bertambah saban hari.

It's time to step up and hidup dalam reality. Cari la kerja apa pun selagi halal. Kerja retail atau kerja apa saja yang tak berkaitan sekalipun. Korang boleh start walk-in company atau mana-mana tempat yang ada.

Bila kerja yang ada tak kaitan, korang boleh luaskan networking yang ada dan kenal dengan lebih ramai orang. 

Percaya tak, ramai ja yang dapat kerja hasil recommendation dari orang yang kita kenal gitu gitu ja? Jalan dah dibuka, so kena ace interview and boom welcome to the new company yang lebih baik.

4. Resume Yang Tak Meyakinkan

Aku pernah terima around 100 resume tau, dan dalam resume tu ada bawah 10 orang ja yang aku rasa macam layak untuk diterima kerja berdasarkan jobscope yang kita list.

Pernah tak tengok macam mana resume yang meyakinkan? Yang bila orang tengok pun, kita tau yang dia ni ada pengalaman. Dan resume tu boleh ceritakan pengalaman tu untuk buat orang yakin untuk terima kita bekerja.

Mai aku share resume aku kk. Ceyy! Time ni aku buat full time freelance tanpa ada backup kerja sebab tengah pregnant. Ni bukan resume yang up to date tau, 

Resume ni aku guna untuk apply kerja remote working di marketing agency and aku berjaya! HAHA

resume untuk cari kerja
 
Setiap resume perlu tailor based on kerja apa yang kita mintak. So aku apply kerja as digital marketing, then aku list skills yang perlu ada. Nak lagi senang, lagi baik kalau korang ada buat project yang berkaitan. 

Buat pengetahuan korang, ada sesetengah job yang tak perlukan sijil yang berkaitan. Contohnya kerja sebagai digital marketer, penulis iklan dan creative designer.

Key Takeaways


Aku harap post ni membantu buat sesiapa yang tengah rasa susah untuk cari kerja.

Memang proses untuk cari kerja tu sangat rumit. Along the way, kita akan rasa putus asa. Tapi korang kuatkan tekad dan banyak bertanya kepada sesiapa yang ada banyak pengalaman.

Dari situ, korang akan sedar yang kebanyakan orang pun lalui fasa yang sama panda awalnya.

Post a Comment

0 Comments