Assalamualaikum.
Harini nak kongsi cara pendekkan link URL yang panjang supaya
jadi pendek. Memang normal la selalunya kalau dapat link URL yang
panjang.
Apa itu link URL?
Link URL ialah link yang mengandungi URL. URL pula bermaksud Uniform Resources
Locators.
Link URL digunakan sebagai alamat untuk kita akses ke sesuatu website. Sebagai
contoh macam alamat rumah jugak la. Setiap rumah ada alamat untuk senang nak
cari kalau kita nak pi hantar barang etc.
Sebab tu link URL selalunya panjang sebab setiap link ada destinasi
masing-masing.
Cuma bila link URL dah terlalu panjang, nampak semak sangat once nak share
link dekat social media. Sebab tu ramai akan gunakan link shortener.
Cara Pendekkan Link URL (Daftar Dulu)
Dalam post ni, akan share berkenaan cara pendekkan link URL yang panjang menggunakan
bitl.ly . Banyak brand jugak yang gunakan bit.ly sebagai link shortener.
1. Buka Website
Mula sekali, boleh buka website
https://www.bitly.com
Macam ni bila buka awal-awal
2. Sign Up
Daftar dulu, caranya klik 3 butang kecil atas yang kanan tu. Penting untuk
sign-up supaya kita dapat tengok performance link yang kita buat.
Klik sign-up free
Kalau tak sign-up dah pun takpa. Cuma nanti dah tak boleh tengok semula la
berapa orang klik link tu.
3. Pilih Plan
Boleh pilih nak yang free atau berbayar. Kalau yang free, macam biasa jela
boleh pendekkan link.
Kalau yang berbayar, kita boleh tukar nama link terus. So akan tunjuk cara
untuk buat yang free ja.
Klik Get Started
4. Masukkan Email
Masukkan email, boleh terus klik kat situ sign-up with Google. Atau boleh
manually taip email.
5. Dashboard
Dashboard Bitly.com
Akan nampak dashboard macam ni. Cuma abaikab dashboard ni sebab kalau
pertama kali guna, memang kosong ja tak macam atas ni.
6. Masukkan Link
Klik 3 line atas bahagian kiri. Dia akan keluar macam ni:
Klik create new
Klik Link
Lepastu akan keluar macam ni:
Boleh pendekkan URL kat sini
Dalam free plan, kita boleh pendekkan 1,000 link untuk sebulan.
Cara masukkan link:
Dah masukkan link
Destination: letak link panjang yang nak dipendekkan
Title: Masukkan nama link supaya boleh tengok performance berapa orang klik
(Contoh: Link Laptop Huawei)
Klik Create
Boleh klik sebelah QR code kalau nak QR code sekali.
7. Cara Dapatkan Link Pendek
Akan keluar dekat dashboard macam ni bila dah create link pendek:
Klik ja dekat link yang kita baru buat tadi.
Akan keluar macam ni. Tu dah ada link pendek.
Jadi dah boleh copy link pendek. Boleh terus tekan copy, akan dapat yang
ni:
http://bit.ly/3OFXE7k
Nanti korang dapat la tengok berapa ramai yang klik link ni. Dia akan tunjuk
dekat bahagian dashboard.
Macam tu ja cara nak buat link URL panjang supaya jadi pendek.
Kenapa Pendekkan Link?
Mesti korang pelik, kenapa perlu pendekkan link. Kan okay je kalau link tu
panjang sekalipun; sebab kita still masih boleh klik masuk ke website.
Tanpa kita sedar, sebenarnya ada kebaikan pendekkan link.
1. Untuk Kurangkan Bilangan Perkataan
Kalau korang perasaan, ada social media seperti Twitter yang ada limit
bilangan perkataan. Andaikata link korang dah panjang, bermakna semakin sikit
perkataan yang boleh ditulis untuk sesuatu tweet.
Maknanya memang satu tweet tu penuh muat dengan link jela.
2. Supaya nampak lebih trusted
Kalau link korang hanya penuh dengan tulisan, memang tak ramai orang nak klik.
Sebab nampak tak trusted.
Untuk bitly premium, boleh juga untuk customize sendiri URL yang dipendekkan.
Jadi, makin mudah untuk buat audience klik pada link tersebut.
3. Dapat track klik dan tarikh
Kalau korang gunakan bitly, korang dapat juga track berapa ramai yang dah klik
link URL tersebut.
Jadi dengan cara ni, boleh ja asingkan setiap link supaya dapat track dari
mana source yang buatkan orang klik link.
Sebagai contoh, korang letak link di Twitter dan Facebook. Dengan link yang
berbeza, dapat lihat di dashboard link yang mana satu lebih ramai di-klik.
Selain tu, boleh juga tahu bila tarikh atau frequency klik bagi link tersebut.
Key Takeaways
Selamat mencuba! Memang best bila dapat track link yang di klik. Tambah-tambah
kalau kita buat affiliate marketing.
Lagi rasa macam motivated bila nampak link yang kita letak tu ada jugak orang
lain nak klik.
Love,
XOXO
1 Comments
Ya sekarang ni url shortener yang terbaik adalah bitly sebab goo.gl sudah stop servis url shortener.
ReplyDelete