Cara Terkini Renew Roadtax Di Pejabat Pos Tanpa Dokumen [Edisi 2022]

Assalamualaikum.

Baru kemarin pi renew roadtax dekat Pejabat Pos. Sebelum ni selalu renew dekat UTC sebab dekat dengan tempat kerja. Kalau korang nak tahu, cara renew roadtax dah berubah. Cara terkini renew roadtax di Pejabat Pos memang 100% lebih mudah. Dah tak perlukan dokumen macam sebelum ni.

Cara Terkini Renew Roadtax di Pejabat Pos

Cara Terkini Renew Roadtax Di Pejabat Pos

Korang hanya perlu tahu nombor IC sahaja. Yaaa! Tu ja. Sebab tu aku cakap, 100% lebih mudah berbanding sebelum ni. 

Dokumen Untuk Renew Roadtax Di Pejabat Pos 2022

Rasanya dari 2020 lagi renew roadtax tak perlu bawa dokumen. Tapi banyak website yang tak update dia punya guideline.

Dokumen Untuk Renew Roadtax Di UTC 2022

Kalau nak renew roadtax di UTC pun, cuma perlu tahu nombor IC ja. Tapi sebelum tu, pastikan insurance masih hidup la. Jadi dari situ, staff bertugas akan semak status insurans kita.

Insurans Hidup Tapi Roadtax Mati

Macam kes aku baru ni, insurance hidup tapi roadtax dah mati. Kes macam ni jadi sebab masa tahun lepas kan ada pelepasan untuk lambat renew roadtax asalkan insurans masih hidup. Jadi bila kita renew lambat, dia akan tolak balik berapa lama yang lambat renew tu. Sebab tu tarikh berbeza antara roadtax dan insurans.

Insurance hidup sampai 21/9/22, roadtax mati 1/7/22. Jadi, aku pun dah gelabah bewak ni taktau nak buat macam mana. Akhirnya, aku chat la agent Etiqa dekat website dia.

Akhirnya, live agent dia nasihatkan untuk aku buat insurans extensions. Maknanya, dia akan panjangkan insurans aku selama 6 bulan.

Insurans Extensions 6 Bulan

Kenapa 6 bulan?

Aku pun taktau, lupa nak tanya. Kalau ikutt tu baik buat setahun terus. Malas nak kena uruskan insurans dengan roadtax lagi. Tapi dah lupa, terpaksa la bulan Januari 2023 kena renew roadtax lagi.

Pengalaman Renew Roadtax di Pejabat Pos

So untuk sesiapa yang nak renew roadtax tu, korang dah boleh relax. Dah tak payah selongkar laci cari geran, fotostat IC apa semua tu. Sekarang dah boleh berlenggang dah masuk Pejabat Pos atau UTC untuk renew roadtax.

Renew Roadtax Guna Ejen

Kalau korang lagi malas nak urus pasal insurans dan roadtax, korang boleh ja cari ejen yang boleh renew mewakili korang. Sebagai contoh, korang boleh WhatsApp Abang Zam (KLIK SINI). Mudah ja, korang cuma perlu bagi detail dan segala urusan dia akan tolong uruskan. So korang just tunggu ja posmen hantar roadtax sampai depan rumah.

Kalau ada apa-apa nak tanya, feel free untuk komen kk!

Panduan Renew Roadtax Cara Lama

Cara LAMA untuk renew cukai jalan di Pejabat Pos yang berhampiran dengan anda (sumber). Tapi ada dapat dekat ruangan komen mengatakan masih ada Pejabat Pos yang guna cara lama. So, boleh rujuk dokumen yang diperlukan macam di bawah ni:

  1. Pastikan anda memenuhi syarat untuk renew roadtax seperti yang diterangkan di atas
  2. Pastikan anda sudah menyediakan dokumen yang diperlukan untuk renew roadtax seperti yang diterangkan di atas, IC, covernote insurans, geran
  3. Antara dokumen penting ialah salinan insurans motor atau insurans kereta
  4. Pergi ke JPJ berdekatan
  5. Boleh pergi ke Pejabat Pos besar atau Pejabat Pos cawangan.
  6. Senarai penuh Pejabat Pos seluruh Malaysia ada di sini.
  7. Secara ringkasnya, dokumen yang perlu dibawa:
    • Kad pengenalan
    • Sijil pemilikan kenderaan atau salinan geran
    • Cover note insurans
  1. Ambil nombor terlebih dahulu
  2. Beratur di kaunter dan tunggu giliran anda
  3. Tunggu sehingga nombor dipanggil
  4. Selesaikan urusan di kaunter sehingga selesai semuanya
  5. Siap

Artikel Berkaitan: Cara Beli Motor Online Untuk Elak Ditipu


Love, 
XOXO


Post a Comment

2 Comments

  1. Utk kongsi info..hari ne 26.8.2022..masih ada pej pos yg guna cara lama..perlu bawak geran n cover notes lama..byran semua dlm tunai..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kongsi info ni. Saya akan update semula post ni ya :D

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)