Garnier Vitamin C Serum Review Malaysia


Garnier Light Complete Vitamin C Booster Serum Review Malaysia



Assalamualaikum, hei! Aku betul kecewa la, penat ja jaga muka elok. Last sekali breakout semula. Dan kali ni, aku breakout sebab serum Garnier Vitamin C tu. Maka harini, aku akan bagi review berkenaan Garnier Vitamin C Serum. Aku beli serum ni dekat Shopee dengan harga RM24 plus minus [link Shopee].

Aku macam lega gila, nasib baik aku tak include serum ni dalam blog post yang sebelum ni. Yang cerita pasal aku breakout then muka elok balik sebab beberapa skincare tu. Boleh baca SINI. Sebab time aku tuls blog post tu, aku baru try serum tu 2 hari.

Aku baca la jugak review sebelum ni pasal Garnier serum ni, tapi semuanya bagi positif feedback. Jadi, aku rasa mungkin serum ni tak sesuai digunakan untuk sesiapa yang ada kulit sensitif.


Garnier Vitamin C Serum Review


Bau dia wangi, standard macam bau barangan Garnier yang lain la. Sebab ni bukan first time aku pakai Garnier. Sebelum ni, aku pernah pakai Garnier compact powder dan Garnier BB Cream. Tapi dua-dua ni okay untuk muka aku. Jadi, awalnya aku expect serum ni okay jugak la. Rupanya tak okay. =.="

Oh diingatkan, serum ni claimed bahawa ianya berupaya untuk cerahkan scar.

Pengalaman guna Garnier Vitamin C Serum

Aku agak letak high expectation tau. Bukan main konsisten aku pakai setiap pagi dan malam. Dengan mengharapkan bekas-bekas jerawat aku cepat pudar. Yelah, aku kan malas basuh muka (tambah-tambah time work from home ni). Jadi, jerawat aku berparti dengan gembiranya sejak tu. Maka, aku pun konsisten ikut rutin setiap hari. Tapi jadi sebaliknya.

Kulit aku semakin berminyak, tapi tak lah ketara. Aku try masa 2/8/21, then aku stop masa 25/8/21. Jadi ada masa dalam 3 minggu. Start minggu ke-2 baru naik jerawat.

Garnier Vitamin C Serum Review Malaysia



Dalam masa 3 minggu, jerawat aku beranak-pinak sebanyak 6 ketui. Padahal sebelum ni memang dah clean, cuma tinggal parut ja. Dan yang paling obvious tak sesuai, sebab jerawat naik bukan kat tempat selalu. T_T

Itulah pentingnya untuk pakai satu produk dalam satu masa; macam yang aku tulis dalam post sebelum ni.

Jadi siapa lagi yang aku patut salahkan? 
Of course la serum Garnier ni! Aku tak salahkan serum ni penyebab aku breakout. Tapi aku just rasa, muka aku memang tak sesuai dengan serum ni.

Jadi, aku pun stop pakai serum ni. Elok ja seminggu aku tak pakai, jerawat aku semakin surut. Ni adalah pilihan bijak yang aku buat. HAHA

Kulit berminyak sesuai tak?

Aku macam tak sarankan oily skin untuk guna serum ni. Sebab angah aku oily skin, dan jugak tak sesuai dengan kulit dia. Dry skin sesuai? Maybe. Tapi aku harap yang ada skin problem dan yang memang jenis tak sesuai dengan bermacam jenis produk untuk hati-hati bila try serum ni.

Jadi siapa ja yang sesuai dengan serum ni?

Aku rasa, Garnier Serum Vitamin C ni sangat sesuai untuk dry skin atau normal skin yang memang kurang meragam. Kaktin Nazira cakap, ekstrak lemon memang kuat sikit. So tak sesuai la kalau jenis kulit kuat meragam tu.

So, aku harap post ni membantu. Try la, mana tau kutt serum ni sesuai untuk kulit korang. ^^


Love, XOXO

Post a Comment

20 Comments

  1. Awal remaja saya pengguna set Garnier jg. Selapas pwnampakan jeragat n bekas jerawat sukar nak hilnah. Terua stop pakai set garnier ni. Set dr pancuci,serum,day n night cream. Tp kali ni mcm gatal nak try pakai Serum Vit C Booster ni lak. Mana tahu dpt hilangkan bekas jerawat n jeragat yg mula nak membiak ni. Ngisau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dah try, reply feedback terkini tauu. Teringin jugak nak tau serum ni sesuai dengan kulit awak atau tak sesuai jugak ^^

      Delete
  2. Awal remaja saya pengguna set Garnier jg. Selapas penampakkan jeragat n bekas jerawat sukar nak hilang. Terus stop pakai set garnier ni. Set dr pancuci,serum,day n night cream. Tp kali ni mcm gatal nak try pakai Serum Vit C Booster ni lak. Mana tahu dpt hilangkan bekas jerawat n jeragat yg mula nak membiak ni. Ngisau..

    ReplyDelete
  3. Saya pun baru pakai set serum boster vitamin c ni... Selepas 2 x sapu kat muka.. Terus muka jd bengkak dan merah.. Saya x pasti apa kandungannya yg menyebabkan alergik utk kulit muka saya.. Walhal klau. Pencuci. Ke Serum cream ganier pun ok je saya pakai.. Ini percubaan kali ke 2 saya cuba.. Tp x sesuai juga utk kulit saya akhirnya... Sekadar berkongsi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tu macam amaze jugak buka ramai yang cakap okay dengan kulit. Maybe kulit kita jenis terpilih yang special 😅

      Delete
    2. Hi, sy pun baru try serum ni. Ada allergic reaction. Bangun pagi muka merah,bengkak , area mata pun sama bengkak, pedih mcm kena cucuk2. Dua tiga hari juga amik masa nak hilang.

      Delete
  4. saya memang dah pakai garnier sejak darjah 6 sekarang dah 18 tahun so far semua okey je sebab dia just kena consistent that's why saya tak tukar produk lain sbb takut tak sesuai.ni baru saya nak try serum dia dah pakai okay jee muka shining and parut hilang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnyaaa kalau kulit sesuai. Tak payah susah nak try brand lain dah

      Delete
  5. saya nak tanya kenapa serum yang awak beli like murah sangat ? sebab saya beli jugak serum ni and harga dia rm 50 something macamtu ? saya beli dekat Watson . no hate tapi yang awak beli original tak since kalau serum ni sesuai dengan muka saya ,, saya boleh beli guna link shopee awak ,,, seriously no hate , thank youu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis, serum ni botol dia ada 2 size. 50ml dan 30ml. Kalau yang RM50 tu untuk 50ml. Kalau 30ml, boleh dapat around RM20+ je kalau kat Watsons, just kena beli time promo la tapi

      Delete
  6. saya baru beli minggu ni. 1st time pakai, esok muka mmg glowing. Ni dh masuk hari ke-3. everytime pakai rasa pedih sgt & gatal. sbb tu decide try baca feedback org lain. rasanya nk stop pakai dah. maybe kulit tk sesuai huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, seronok sangat bila tengok orang lain pakai. Tapi bila kita try, tak menjadi pulak untuk kulit kita

      Delete
  7. Saya beli di watson serum vit c 30x. area mata jadi bengkak dan alergik.. tak sesuai dgn saya agaknya. Seminggu juga nk surut bengkak ni. 🥹🥹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mungkin tak sesuai tuu. Should be okay ja kalau sesuai dengan kulit

      Delete
  8. Waah, jadi ragu mau nerusin pake garnier nih...

    ReplyDelete
  9. Sebab geram sangat, kena juga bagi review!

    Penat jaga muka sampai muka selembut bayi! Tak de jerawat, takde menggerutu2 pun. Setakat ada pigmentation je. cuba guna garnier serum ni sebab katanya boleh pudarkan pigmentation (walaupun sebenarnya dah tahu yg garnier tak boleh pakai) tapi percaya gak sebab hype sgt. Minggu 1st pakai, dah start ada jerawat nasi yang sebelum ni tak ada pun sebab saya rajin basuh muka. Basuh muka pakai dua jenis pencuci muka pula tu! Satu pencuci biasa, satu lagi pencuci muka contain niacinamide! Muka memang auto selembut bayi! Nak kata sisa makeup tu, susah sgt nak ada sebab mmg tak ada pun whitehead / blackhead yg menapak dkt muka.

    Mula minggu kedua (Hari ini), muka menggerutu sangat. Sampaikan masa cuci muka, dpt rasa seluruh muka menggerutu. Saya tak ada jerawat sebab penggunaan pencuci muka yg bagus sgt2. Boleh kata dah bertahun susah saya nak ada jerawat sebanyak ini! masa cuci muka, muka rasa pedih. Masuk bilik terus sembur sallicylic acid sebab terlalu pedih dengan harapan it will cure the burning sensation and at least stopwhat is happening inside my skin. Tepi hidung saya juga kemerahan dan pedih. Whitehead naik which is tak pernah naik dah lepas saya buat laser 3tahun lepas.

    Dissappointed sgt2 sebab muka yang saya.konsisten jaga jadi macam ni.

    Aduhai... Nak mula balik dari zero untuk sembuhkan kulit muka mungkin ambil masa lama dan duit yg banyak. 🤦🤦🤦🤦🤦

    ReplyDelete
  10. Hi awk semua..since korang da share pasal serum garnier ni... Sy nk share jg.
    Pertama kali sy beli sbb terpengaruh dgn iklan jg...kata best. Masa tu sy tgh guna skincare lain .Mary kay. Memandangkn serum MK tgh guna da abis...sy trs continue rutin hari sy guna serum garnier tanpa rehatkn muka. Mula2 mmg rasa best glowing tp agak berminyak .sy rasa sbb pakai banyak. Oh ya muka sy combination skin . Tetapi slps 5minit rasa gatal2 sangat muka ..sy basuh muka trs. Tp masa tu masih teruskn jg guna dgn harapan pegang ayat perlu konsisten. Tapi penggunaan hari sy jarakkan ..tetap xjadi. Tetap pedih ..oh ya masa tu beli kat shopee.bila keadaan xok ..sy stop berbulan lamanya xguna apa2 serum. Sy just guna toner Artistry Amway .mmg best sbb muka segar dan lembap. Sehinggalah selepas 5 bulan ..muka sy tb2 ada jeragat sy xpernah ada jeragat..tp mgkin faktor usia sy dpt la setompok kecil jeragat ttpi sangat mengganggu krn xbole cover guna foundation . Then .sy g guardian .cari2 serum .last2 terambil juga la serum garnier ni ...alahai rasa menyesal jg lps tu sbb botol pertama xabis lg..dah beli lagi dan risau gatal lagi mcm dlu. Tp kali ni sy berhati2 .sy stop semua jenis skincare sy guna lbh dr 2minggu..just basuh guna air dan kdg2 saja pencuci garnier. Selepas 2mgu lbh .sy apply semula serum garnier ni .tp sangat2 nipis..ibarat 2 3 titik yg amat sedikit saja...utk permulaan dan elak muka terkejut sbb bahan dlm serum ni kuat..dan alhamdulillah...beri kesan baik .xgatal da. Since da xrasa gatal .sy beli mask malam garnier. Sy selang seli guna 2 3 kali smgu. Alhamdulillah ..jeragat tu pudar tau....dan muka saya semakin cerah..glowing dan lembap. Sy konsisten sehingga 2minggu..dan hasil semakin baik. Kemudian sy pelan2 tambah guna sunscreen..dan kulit semakin baik .

    Di sini apa sy nak tambah..sy ambil serum sy beli d shopee muka gatal ..sy basuh. Dan sy guna serum beli dari guardian .muka sy ok. So sy xpasti samada d shopee tu ok ke x. Sbb bila guna mmg xok . Dan juga sy stop guna 2 mgu sbb kwn sy beritahu klu tukar skincare yg da lama kpd baru guna better stop lebih 2 mgu...dan bila guna just nice saja .jgn banyak..bila da serasi baru la tambah apa2 skincare yg biasa kt dah guna tu semula. Mmg benar petua kawan sy tu. So sy harap korang bole cuba ..skrg muka sy puas hati sgt..suka tgk glowing..
    Mmg best serum ni. Oh ye muka sy kulit sensetif juga tau. So kena hati2 bila nk tukar produk..jgn bagi muka kita takazut sgt apatah lg produk tu ada bahan kuat. Dan kena sabar..trust da' process oke....bye korang...

    ReplyDelete
  11. kak, serumnya aman nggak ya buat ibu hamil?

    ReplyDelete
  12. Saya kira penggunaan serum ini sangat aman untuk ibu hamil,,,,terimakasih artikel yang sangat bermanfaat ini

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)