Garnier Vitamin C Serum Review Malaysia


Garnier Light Complete Vitamin C Booster Serum Review Malaysia



Assalamualaikum, hei! Aku betul kecewa la, penat ja jaga muka elok. Last sekali breakout semula. Dan kali ni, aku breakout sebab serum Garnier Vitamin C tu. Maka harini, aku akan bagi review berkenaan Garnier Vitamin C Serum. Aku beli serum ni dekat Shopee dengan harga RM24 plus minus [link Shopee].

Aku macam lega gila, nasib baik aku tak include serum ni dalam blog post yang sebelum ni. Yang cerita pasal aku breakout then muka elok balik sebab beberapa skincare tu. Boleh baca SINI. Sebab time aku tuls blog post tu, aku baru try serum tu 2 hari.

Aku baca la jugak review sebelum ni pasal Garnier serum ni, tapi semuanya bagi positif feedback. Jadi, aku rasa mungkin serum ni tak sesuai digunakan untuk sesiapa yang ada kulit sensitif.


Garnier Vitamin C Serum Review


Bau dia wangi, standard macam bau barangan Garnier yang lain la. Sebab ni bukan first time aku pakai Garnier. Sebelum ni, aku pernah pakai Garnier compact powder dan Garnier BB Cream. Tapi dua-dua ni okay untuk muka aku. Jadi, awalnya aku expect serum ni okay jugak la. Rupanya tak okay. =.="

Oh diingatkan, serum ni claimed bahawa ianya berupaya untuk cerahkan scar.

Pengalaman guna Garnier Vitamin C Serum

Aku agak letak high expectation tau. Bukan main konsisten aku pakai setiap pagi dan malam. Dengan mengharapkan bekas-bekas jerawat aku cepat pudar. Yelah, aku kan malas basuh muka (tambah-tambah time work from home ni). Jadi, jerawat aku berparti dengan gembiranya sejak tu. Maka, aku pun konsisten ikut rutin setiap hari. Tapi jadi sebaliknya.

Kulit aku semakin berminyak, tapi tak lah ketara. Aku try masa 2/8/21, then aku stop masa 25/8/21. Jadi ada masa dalam 3 minggu. Start minggu ke-2 baru naik jerawat.

Garnier Vitamin C Serum Review Malaysia



Dalam masa 3 minggu, jerawat aku beranak-pinak sebanyak 6 ketui. Padahal sebelum ni memang dah clean, cuma tinggal parut ja. Dan yang paling obvious tak sesuai, sebab jerawat naik bukan kat tempat selalu. T_T

Itulah pentingnya untuk pakai satu produk dalam satu masa; macam yang aku tulis dalam post sebelum ni.

Jadi siapa lagi yang aku patut salahkan? 
Of course la serum Garnier ni! Aku tak salahkan serum ni penyebab aku breakout. Tapi aku just rasa, muka aku memang tak sesuai dengan serum ni.

Jadi, aku pun stop pakai serum ni. Elok ja seminggu aku tak pakai, jerawat aku semakin surut. Ni adalah pilihan bijak yang aku buat. HAHA

Kulit berminyak sesuai tak?

Aku macam tak sarankan oily skin untuk guna serum ni. Sebab angah aku oily skin, dan jugak tak sesuai dengan kulit dia. Dry skin sesuai? Maybe. Tapi aku harap yang ada skin problem dan yang memang jenis tak sesuai dengan bermacam jenis produk untuk hati-hati bila try serum ni.

Jadi siapa ja yang sesuai dengan serum ni?

Aku rasa, Garnier Serum Vitamin C ni sangat sesuai untuk dry skin atau normal skin yang memang kurang meragam. Kaktin Nazira cakap, ekstrak lemon memang kuat sikit. So tak sesuai la kalau jenis kulit kuat meragam tu.

So, aku harap post ni membantu. Try la, mana tau kutt serum ni sesuai untuk kulit korang. ^^


Love, XOXO

Post a Comment

15 Comments

  1. Awal remaja saya pengguna set Garnier jg. Selapas pwnampakan jeragat n bekas jerawat sukar nak hilnah. Terua stop pakai set garnier ni. Set dr pancuci,serum,day n night cream. Tp kali ni mcm gatal nak try pakai Serum Vit C Booster ni lak. Mana tahu dpt hilangkan bekas jerawat n jeragat yg mula nak membiak ni. Ngisau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dah try, reply feedback terkini tauu. Teringin jugak nak tau serum ni sesuai dengan kulit awak atau tak sesuai jugak ^^

      Delete
  2. Awal remaja saya pengguna set Garnier jg. Selapas penampakkan jeragat n bekas jerawat sukar nak hilang. Terus stop pakai set garnier ni. Set dr pancuci,serum,day n night cream. Tp kali ni mcm gatal nak try pakai Serum Vit C Booster ni lak. Mana tahu dpt hilangkan bekas jerawat n jeragat yg mula nak membiak ni. Ngisau..

    ReplyDelete
  3. Saya pun baru pakai set serum boster vitamin c ni... Selepas 2 x sapu kat muka.. Terus muka jd bengkak dan merah.. Saya x pasti apa kandungannya yg menyebabkan alergik utk kulit muka saya.. Walhal klau. Pencuci. Ke Serum cream ganier pun ok je saya pakai.. Ini percubaan kali ke 2 saya cuba.. Tp x sesuai juga utk kulit saya akhirnya... Sekadar berkongsi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tu macam amaze jugak buka ramai yang cakap okay dengan kulit. Maybe kulit kita jenis terpilih yang special 😅

      Delete
  4. saya memang dah pakai garnier sejak darjah 6 sekarang dah 18 tahun so far semua okey je sebab dia just kena consistent that's why saya tak tukar produk lain sbb takut tak sesuai.ni baru saya nak try serum dia dah pakai okay jee muka shining and parut hilang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnyaaa kalau kulit sesuai. Tak payah susah nak try brand lain dah

      Delete
  5. saya nak tanya kenapa serum yang awak beli like murah sangat ? sebab saya beli jugak serum ni and harga dia rm 50 something macamtu ? saya beli dekat Watson . no hate tapi yang awak beli original tak since kalau serum ni sesuai dengan muka saya ,, saya boleh beli guna link shopee awak ,,, seriously no hate , thank youu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis, serum ni botol dia ada 2 size. 50ml dan 30ml. Kalau yang RM50 tu untuk 50ml. Kalau 30ml, boleh dapat around RM20+ je kalau kat Watsons, just kena beli time promo la tapi

      Delete
  6. saya baru beli minggu ni. 1st time pakai, esok muka mmg glowing. Ni dh masuk hari ke-3. everytime pakai rasa pedih sgt & gatal. sbb tu decide try baca feedback org lain. rasanya nk stop pakai dah. maybe kulit tk sesuai huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, seronok sangat bila tengok orang lain pakai. Tapi bila kita try, tak menjadi pulak untuk kulit kita

      Delete
  7. Saya beli di watson serum vit c 30x. area mata jadi bengkak dan alergik.. tak sesuai dgn saya agaknya. Seminggu juga nk surut bengkak ni. 🥹🥹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mungkin tak sesuai tuu. Should be okay ja kalau sesuai dengan kulit

      Delete
  8. Waah, jadi ragu mau nerusin pake garnier nih...

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)