Blog Contest 2015 : Malaysia Best Blog 2015

Assalamualaikum.



Hai buddies. Well, ni contest hokkeyy! Lama betul aku tak join contest sejak tahun 2012 itu hari. Bukan tak minat, cuma tak menyempat nak cari contest. Memandangkan sekarang tengah cuti semester, aku pun dengan penuh kerajinan pi la membaca blog-blog yang selama ni aku tak pernah baca. Tup-tup, sekarang tengah heboh pasal Contest SEO-Malaysia Best Blog 2015. So, let's start gais!


Senarai yang aku letak ni punya speciality yang terlalu vary, sangat vary. Setiap blog ada keistimewaan sendiri, dan ada blog yang aku baru ja jumpak dan aku terus attach dengan blog tu. Maybe, korang semua tak tau pasal blog yang akan aku senaraikan; tapi aku agak yakin yang korang akan terpanggil untuk bukak blog-blog ni. Tak percaya? Ok fine!



Ni adalah blog dakwah yang sangat osem. Terlalu osem. First time aku baca blog ni sekitar hujung tahun 2010. Time tu follower dia pun tak segempak sekarang. Tapi jangan risau, ni bukan blog radikal extremist bagai. Blog dia sangat santai dan bagi aku sendiri, ayat-ayat dari blog dia pun sangat mudah difahami. For sure. Dan yes, aku tak rasa yang blog ni terlalu berat untuk para pembaca yang still belajar di sekolah menengah. In fact, ni antara blog yang menjadi rujukan untuk anak-anak muda yang baru nak mula berjinak dengan gerakan dakwah. Yela aku faham, mesti kau macam "entah-entah ni blog menyeleweng fakta, bercakap pasal politik". Hello, tak percaya kau try ah baca. By the way, aku dah kenal siapa pemilik blog ni beberapa minggu lepas sebelum study week. Haha, kredit to Angah. 



Blog ni sangat... Aku speechless nak review pasal blog ni sebab aku rasa blog ni punya kelainan yang tersendiri. Nama penulis blog ni Teme Abdullah dan beliau adalah seorang student architecture kat oversea. Secara ringkasnya, dalam blog Teme ni memang siap ada kartun-kartun untuk tarik minat pembaca. And yes, entri blog dia bukan yang merepek-meraban. Semuanya ada maksud yang tersendiri. For sure aku suggest blog ni, sebab aku bet anak-anak muda perlukan blog yang tekankan bacaan ilmiah berbanding gosip-gosip yang 'such a waste' kadang tu. Jangan risau, blog ni memang ikut mainstream dengan cara yang tersendiri ; bukannya jumud pun sampai nak menghukum sini-sana.



Nama sebenar penulis blog ni memang aku taktau lansung. Serious aku taktau, walaupun dalam blog dia ada tulis pasal cerita Chad dengan Qiden; cumanya dikenali dengan nama Mato. Penulisan Mato ni sangat berbeza berbanding Teme tapi punya matlamat yang sama. Mato more kepada 'deep' yang 'deep'. Apa yang nak disampaikan memang shoot terus ja kalau nak dibezakan dengan Teme yang lebih diselit dengan lawak yang ringan pada permulaan. He is skaters.





4. Fadhilah Wahid : http://fadhilahwahid.com

Ni blog yang aku baru ja jumpak sebulan lepas. After baca blog tu, memang serious aku scroll dan baca dia punya entri sampai ke entri tahun 2013 setakat ni. Blog ni fully English tapi memang words yang dia pilih pun simple, tak la sampai bombastic tahap apa ja. Sebenarnya, Fadhilah ni orang Singapore tapi dia study kat Malaysia. Memang entri dia tahap super-duper, since dia menulis untuk diri sendiri supaya dia ter-motivate bila dia self confident tu menurun. Malangnya, blog dia turun buat aku ter-motivate jugak. Good job to Fadhilah Wahid. Baru ni aku dapat reply emel dari dia, serious teruja. :)



First time aku baca blog ni tahun 2009. Aku start berblog dari zaman tu sebenarnya, 2008. Frankly speaking, aku tau pasal blog ni dari justkhai.com yang time tu punya la meletop. Masa awal pembabitan Mr.K, dia lebih tekankan pasal tips tentang love-euww-euww, dan semakin lama penulisan dia more kepada study- budak UniKL MICET (which is another reason kenapa aku study kat UniKL sekarang), dan sekarang blog dia lebih kepada tips-tips pekerjaan. Walaupun satu-satu entri tu ada yang macam 'berat', tapi cara dia sampaikan sesuatu maklumat tu sangat 'light'. I like.



Blogger ni memang meletop! Who on earth yang tak kenal. Ceritanya, aku kenal blog ni sebab aku merupakan sejenis manusia yang suka search nama sendiri. Tetiba Google suggest nama dia, jadi aku pun ''apa yang lebihnya Fatin Liyana berbanding Fatin Syazwani??!". Ok cukup. Blog dia sangat best, cerita pasal travel, pasal study dia (doctor-to-be and wife-to-be), kadang tu cerita pasal produk kecantikan. Memang aku bet, blogger mesti kenal punyalah tak kira la samada baru masuk dunia ni ataupun dah lama dah.






7. Aiman Azlanhttp://www.aimanazlan.com

Blog ni ditulis oleh penulis yang dikenali dengan nama Aiman Azlan. Sebenarnya, Aiman ni study psikologi dan blog dia more to motivasi and self-worth. Yang menariknya, Aiman Azlan selalu jawab soalan dari pembaca di blog dia. Blog dia memang fully English dan bagi aku, teenage memang patut baca blog dia. Yela, macamlah aku tak faham yang darah muda ni lain sikit, and yes, kalau orang muda tak isikan diri masing-masing dengan sesuatu yang bermanfaat; maka yang tak bermanfaat tu yang akan ambil alih dalam diri pemuda-pemudi kita.



Sudahlah! Mesti kau cakap aku ni boring kan? Haha, jangan risau sebab aku bukanlah nerd sangat pun. Isu semasa memang aku ikuti dari blog ni. Walaupun kadang macam ada ja content tak sesuai (yang aku rasa aku tak patut tau pun sebenarnya), tapi blog ni memang ikut peredaran masa dan selalu diupdate. Sebenarnya, aku memang jarang baca surat khabar (lagi-lagi kalau isu politik), tapi memang ni lah antara sumber yang aku baca walaupun kadang tu dia punya entri memang sarcasm tahap. Blog ni lebih kepada update isu semasa dari thought si penulis. 


9. Rabiatul Fatimah Azzahra http://syauqatulwardah-lavender.blogspot.com

Ini adalah blog biasa dari insan yang luar biasa. Aku suka spirit dia ni. Lebih dikenali dengan nama Bibi, mula baca start tahun 2012 masa blogwalking. Blog ni memang lebih kepada 'teguran perempuan untuk perempuan'. For sure, she is great. :D



10. Khairol Hazwanhttp://www.ohduit.com

Ni blog yang aku baru baca harini. Haha, quite jujur kan? Tapi seriously, dengan menganjurkan contest macam ni, secara tak lansung akan tingkatkan traffic and generate orang lain untuk lebih kenal dengan blog ni. Dari apa yang aku baca, blog ni more kepada content yang ilmiah which is berkenaan internet, generate pendapatan and isu semasa. Oh duit ingatkan aku pada OhKhai. HAHA xD


Ok, ni ja senarai Malaysia Best Blog 2015. Aku rasa, semua orang patut tau pasal blog ni sebenarnya, sebab 10 blog ni tersangat osem! Untuk korang, korang dan korang yang still tak tau nak update blog pasal apa, jum la kita join contest ni sambil-sambil share blog apa yang kita suka baca supaya semua orang tahu. :D

Jum masuk Contest SEO- Malaysia Best Blog 2015 yang dianjuarkan oleh Ohduit.com. Untuk syarat-syarat penyertaan, korang boleh terus klik SINI. Beb, kalau menang boleh dapat hadiah ribu-raban beb. Kalau jela, kalau. HAHAHA~


Post a Comment

18 Comments

  1. Mohon revise sedikit artikel anda dengan menyenaraikan Ohduit.com dalam senarai Malaysia Best Blog anda.Sila rujuk balik syarat artikel contest (No.7)

    Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  2. Wah byk lagi blog yg saya x baca..

    Moga berjaya

    ReplyDelete
  3. Wah..,. pemilihan blog yang hebat-hebat semua. Semoga berjaya....

    ReplyDelete
  4. ada juga dalam list blog yang saya belum terjah nie

    ReplyDelete
  5. Banyak blog baru tahu ni.. hehe

    ReplyDelete
  6. Salam buat anda.... persaingan semakin sengit. Semua peserta ada peluang dgn contest SEO Jom Aktifkan Mykad 2015.

    Jom kunjungi entri berkaitan:
    Malaysia Best Blog 2015

    ReplyDelete
  7. Salam . sessi menerjah bw dari http://ohduit.com/senarai-peserta-contest-seo-malaysia-best-blog-2015/. hihi Semoga berjaya ye :')

    ReplyDelete
  8. Ada jugak blog-blog yang saya belum berkunjung lagi. Semoga berjaya :-)

    ReplyDelete
  9. Good luck.. Singgah dari contest yg sama.

    ReplyDelete
  10. Ruby pun join juga. Saje-saje cuba. Selamat berjaya dari ruby.my. :)

    ReplyDelete
  11. selamat berjaya.. hehe saya pun join.. try test cuba :D

    ReplyDelete
  12. banyak blog yang saya tak tahu...hu..hu...

    ReplyDelete
  13. Banyak blog-blog yang saya tak kenal juga. Semoga berjaya ya untuk kontes Malaysia Best Blog 2015 ini

    ReplyDelete
  14. kena tengok juga lah blog mereka ini

    ReplyDelete
  15. Semoga berjaya ye !!

    Ikhlas - Bakul2011

    www.bakul2011.com

    ReplyDelete
  16. Datang menjenguk
    Salam perkenalan, semoga berjaya dalam kontest
    Malaysia Best Blog 2015

    ReplyDelete
  17. Salam....buat anda. Datang kemari untuk mengucapkan selama berjaya buat kali terakhir untuk contest seo Malaysia Best Blog 2015. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  18. smua blog blog yg tersenarai best smuanya.smoga blogger ni pun mnjadiblog yg tersenarai nanti yer...

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)