Resipi Spaghetti Carbonara Untuk Bayi 1 Tahun

Assalamualaikum.

Resipi Spaghetti Carbonara Untuk Bayi 1 Tahun

Harini nak share resepi Spaghetti carbonara untuk bayi 1 tahun. Memang sedap siap bertambah-tambah selera anak makan.

Yang ni resepi yang ada susu. Kalau resepi yang tak masukkan susu, nanti update semula.

Resepi Spaghetti/ Pasta Carbonara Untuk Bayi

Bahan-bahan yang digunakan pun cukup mudah. Kiranya memang sayur pun yang biasa bayi makan la. Takdak nak kena letak sayur lain yng susah nak cari.


Bahan-bahan:

Olive oil / Unsalted butter

Spaghetti / Pasta / Baby pasta (rebus)

2 ulas bawang putih (dihiris)

1/4 bawang besar (potong dadu) (kalau nak pakai bawang Holand pun sedap)

Sedikit isi ayam

Susu full cream / susu formula (dibancuh)

1 keping cheddar

Sedikit tepung gandum

Brokoli (secukupnya bergantung kepada ibu nak baby makan sayur banyak mana)

Carrot dipotong nipis / dadu / sagat (secukupnya)

Lada hitam (optional)


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan goreng ayam.

2. Masukkan bawang putih & bawang besar. Tumis sampai naik bau. Kalau tumis sampai warna kuning sikit pun okay

3. Masukkan carrot. Goreng sampai dah layu

4. Masukkan susu secukupnya, biar masak sebentar

5. Masukkan sedikit tepung gandum untuk bagi kuah likat

6. Masukkan brokoli, masak sehingga brokoli lembut

7. Masukkan cheese. Biar masak sikit Dan tutup api. Nanti tuang kuah ni di atas spaghetti yang dah masak tadi.

Siap! Selamat mencuba!


Preference Spaghetti Carbonara Amir Fayyadh

Preference Spaghetti Carbonara untuk bayi

Untuk Amir ni, memang kebanyakan sayur macam bawang putih, carrot akan dihiris supaya dia boleh makan sendiri. Sebab kalau potong dadu, memang kesian la nak kutip kecik macam tu. Untuk bayi lain, boleh ja nak buat kecik-kecik siap-siap.

Macam Amir ni, obvous sangat yang dia suka bawang putih, jadi memang kadang-kadang saja ja letak bagi banyak supaya bau bawang putih tu lagi naik.

Setakat umur Amir 1 tahun 5 bulan ni, memang tak bagi lagi any garam dan gula dalam masakan dia. Even kicap pun tak masukkan lagi dalam makanan sebab ada pernah baca kalau bagi kicap terlalu awal, anak akan jadi nakkan makanan yang ada rasa yang kuat (tak boleh tawar).

Artikel Berkaitan: Pancake Untuk Bayi: Resepi Pancake Bayam

Post a Comment

0 Comments