Life Update: Muka Breakout Lagi

Assalamualaikum.

muka breakout

Hai, permulaan cerita dengan announcement bahawa muka breakout lagi. Habih stress dah ni aku rasa. Awalnya takdak la teruk sangat cuma kulit kering macam selalu. Then masa migrain haritu kan admitted ward, so memang takdaknya nak basuh muka skincare routine bagai.

Lepas ja keluar dari hospital, memang naik la jerawat then rasa kulit kering sangat. 

Muka masa breakout sebab tak basuh muka


Time ni, brand skincare yang aku guna ialah:

Micellar water: Safi Pink
Cleanser: Sukin cream cleanser
Toner: Sukin signature toner
Moisturizer: Moogoo MSM moisturizer
Sunscreen: Biore Milk Cool Sunscreen
Scrub: Simple

Punca Muka Breakout Lagi Kali Ni

Punca muka breakout kali ni bermula ialah apabila aku secara drastiknya pi tukar ke acne skincare. Patutnya, aku cuma beli acne cream dan teruskan pakai skincare sedia ada macam biasa.

Permulaan Guna Eucerin Acne Skincare Set

Okay, kesalahan bermula apabila aku tak baca betul-betul function AI treatment cream. Cream ni ialah serum khas untuk acne dan hanya letak pada acne sahaja.

Tapi aku si bijak ni assume yang set ni ialah cleanser - toner - moisturizer. Maka AI treatment cream ni memang aku sapu penuh pada muka dengan menyangkakan bahawa ianya ialah moisturizer.

Awalnya memang rasa tingling effect ya. Tapi baca review, depa cakap memang rasa tingling effect that show it works la kan?

Then almost 6 hari aku menyangka ianya moisturizer (which means aku skip the real moisturizer), hasilnya kulit aku breakout gilaaaaaaa!

muka breakout lagi
Selepas 6 hari guna acne set Eucerin

Jadi aku pun chat la customer service Eucerin dekat Shopee, so dia explain actually cuma sapu pada acne dan routine skincare buat macam biasa.

Day by day, aku cuba in denial menunggu Eucerin ni berhasil sebab dia cakap works in 14 days. Well, aku letak high expectations la of course.

Dan saban hari, aku rasa yang cleanser and toner dia memang tak membantu. Aku agak ragu-ragu, and dah tanya banyak kali dekat live Eucerin tapi depa still recommend acne set even though aku dah mention yang aku ada dry skin. Dan acne saban hari makin banyak naik dan naik lagi walaupun ada la yang surut.

Nampak makin okay tapi jerawat naik di tempat baru silih berganti

So guna punya guna, aku ada nampak kulit aku improve but then amat la slow. Serum Eucerin and AI treatment cream tu sangat function tapi cleanser dengan toner tu rasanya punca kenapa kulit tak heal.

Aku tak menolak kemungkinan yang jerawat ni disebabkan hormone terganggu hasil dari cucuk depo. Tapi takkan la silih berganti malah makin bertambah

Selain dari tu, aku jugak pi tambah segala macam lagi skincare routine mengharapkan kulit aku kembali gebu dan flawless macam artis Korea. Tapi tu lah, tak berhasil nampak gayanya. Last aku buat skincare routine yang banyak punya, ni senarai brand yang aku guna:

Micellar water: Safi Pink
Cleanser: Eucerin Anti-Acne Gel
Toner: Eucerin Anti-acne Toner
Essence: Axis-Y Frost Serum
Moisturizer: Moogoo MSM moisturizer
Ampoule: Axis-Y Aqua Boost Ampoule
Acne Mark Serum: Eucerin / Axis-Y Glow Serum
Sunscreen: Biore Milk Cool Sunscreen
Mask: Axis-Y Mugwort Mask / Axis-Y New Mask


Tak Tahan Dengan Muka Breakout

Disebabkan itu, dengan instinct yang ada maka aku tukaq lagi skincare brand untuk sekelian kalinya based on apa yang Klinik Pakar Kulit Dr Kabil pernah suggest 10 tahun lalu. 

Muka last sebelum tukar skincare yang basic

Which is aku back kepada simple routine instead of include toner essence ampoule bagai. Aku tak guna brand skincare yang sama macam sebelum breakout - sebab rasa nak betul skin reset semula.

Current basic skincare routine:

Micellar water: Safi Pink
Cleanser: Oilum Bar
Toner: Simple Soothing Toner
Moisturizer: Jorubi Aloe Vera Gel
Sunscreen: Biore Milk Cool Sunscreen

Maybe akan stop dulu kutt segala scrub, mask, ampoule bagai. Nanti aku update semula perkembangan muka aku.

Artikel Berkaitan: Cara Atasi Muka Breakout Disebabkan Skincare

Post a Comment

0 Comments