Is Langkawi Worth Visiting? Me as Local Said No

Assalamualaikum.

Is Langkawi Worth Visiting

I'm not sure either I need to write in Malay or English. But if you ask me is Langkawi worth visiting or not, I would say no.

Well, it depends. If you willing to pay some Ringgit every time you want to visit certain place - then I bet you'll love Langkawi.

Sebab apa? Kebanyakan tempat yang menarik, semuanya dikenakan caj yang aku cakap bukannya sedikit. Sebagai contoh Underwater World. Nak masuk ja, at least prepare la around RM30-40.

Pos ni ditulis disebabkan minggu lepas baru ja balik Langkawi. Masa husband ajak pi Langkawi, satu soalan ja aku tanya, "Kenapa Langkawi?".

Lepas makan bihun sup dekat tepi Pantai.

Gambar wajib menandakan dah sampai Langkawi.

Sebab memang Pulau Langkawi ni korang hanya akan enjoy kalau masuk ke tempat yang kenakan duit. Percaya la cakap aku.

Aku akan ulas senaraikan harga beberapa tempat menarik di Langkawi.

Harga Masuk Tempat Menarik di Langkawi

Harga yang dikenakan ni boleh tengok di website Jomjalan


  1. Kereta kabel Langkawi - RM43
  2. Underwater World - RM36
  3. Taman Buaya - RM30
  4. Pulau Paradise 101 - RM49.50
  5. Langkawi Wildlife Park - RM30
  6. Island Horses - RM60
  7. Muzim 3D Langkawi - RM30
  8. Skytrex Langkawi - RM60
Ni baru list sikit, tak semua lagi. Tapi kalau korang yang jenis dah okay duduk-duduk tepi Pantai, ataupun dah enjoy dengan air terjun; then maybe you'll love Langkawi.

Is Langkawi Worth Visiting?


I would say no.

Aku sebagai seorang yang tinggal di Yan dimana aktiviti harian aku di sekitar laut, pantai, sawah padi, air terjun - pada aku semestinya Langkawi ni hanya biasa ja.

Unless kalau korang betul pi tempat menarik yang kenakan duit. Selain dari tu, korang hanya akan nampak Langkawi ni cuma sekadar tempat biasa tapi overhype. 

Tempat Menarik di Langkawi Berdasarkan Klook.com

1. Langkawi SkyCab

langkawi cable car skycab
langkawi cable car skycab
Photo Credit: @_shahrulsani

langkawi cable car skycab
Photo Credit: @johannakalda

Percutian anda di Langkawi takkan lengkap tanpa menaiki Langkawi SkyCab yang terkenal di dunia, iaitu kereta kabel yang disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai “Kabel-Mono Paling Panjang” di dunia. Sambil menaiki kereta kabel ini, anda boleh melihat keindahan gunung-ganang, lembah-lembah dan lautan di bawah anda. Bagi mereka yang berani, anda boleh cuba pakej gondola bertapak kaca! Tiket Klook juga termasuk Laluan Ekspres, jadi anda tak perlu beratur panjang bersama anak-anak kecil anda. Tiket Kereta Kabel Di Sini!

2. Langkawi Skybridge
langkawi cable car skybridge
Photo Credit: @jiaxern

langkawi cable car skybridge
Photo Credit: @bosleygaming

Perjalanan 15 minit Langkawi SkyCab akan membawa anda ke Langkawi Skybridge yang terletak setinggi 2,300 kaki dari paras laut. Jambatan yang indah ini ialah salah satu jambatan berjalan kaki lengkung paling panjang di dunia dan menawarkan pemandangan panorama pulau 360°. Jambatan ini disenaraikan sebagai salah satu tempat yang wajib dikunjungi di Langkawi. Tiket Langkawi Skybridge boleh ditempah pada harga diskaun di Klook!

langkawi oriental village
Photo Credit: @uatiramisu

Oriental Village
Photo credit: @yosoykamal

Oriental Village terletak di Stesen Asas kereta kabel Langkawi. Kompleks terbuka ini penuh dengan gerai, kedai pakaian, restoran, spa yang menawarkan perkhidmatan urut Thai, taman haiwan dan Muzium Seni 3D. Ada banyak yang boleh dilihat dan dibuat di sini terutamanya bersama anak-anak, jadi pastikan anda singgah ke sini sebelum atau selepas menaiki kereta kabel.

Terdapat juga banyak restoran mesra keluarga di Oriental Village, termasuk gerai makan di mana anda boleh menikmati masakan Malaysia seperti nasi lemak, nasi ayam, nasi campur dan banyak lagi. Yang bestnya? Anda boleh masuk ke Oriental Village secara percuma!

4. Dataran Lang

Dataran Lang
Photo credit: @luqmann.el

langkawi dataran lang eagle square kids family trip
Photo Credit: @zvlaika

Ukiran helang besar setinggi 12 meter di Dataran Lang ialah salah satu monumen yang paling terkenal di pulau ini. Ia dibina sebagai lambang Langkawi. Helang yang berdiri gah di platform biru berbentuk bintang bersama sayapnya yang dilebarkan membuatkannya kelihatan seperti ia akan terbang ke langit.

Jangan lupa untuk bergambar di ukiran ikonik Langkawi ini sebagai kenangan percutian anda! Ia lebih sesuai untuk dilawati semasa matahari terbit atau terbenam sebab matahari agak terik pada waktu tengah hari di tempat tanpa tempat berteduh ini. Atau anda boleh melihat helang ini bercahaya pada waktu malam.

5. Langkawi Underwater World

Langkawi Underwater World
Photo Credits: @j_sriselvam

Underwater World Langkawi adalah salah satu akuarium paling besar di Malaysia. Ia menempatkan 4,000 spesies haiwan laut dan sebesar hampir enam ekar. Kami paling suka terowong besar sepanjang 15 meter di mana anda boleh melihat jerung, ikan pari gergasi, ikan kerapu dan penyu secara dekat. Anda juga boleh bermesra dengan penguin comel di Penguinarium di sini! Tempah tiket masuk open-dated di Klook untuk menikmati harga diskaun dan anda tak perlu beratur di kaunter tiket.

paradise 101 langkawi
Photo Credit: @paradise101langkawi

paradise 101 langkawi
Photo Credit: @applelulu

paradise 101 langkawi
Photo Credit: @paradise101langkawi

Terletak di pulau buatan manusia berdekatan Pantai Kok, Paradise 101 ialah pulau peribadi yang mana anda boleh sampai dengan menaiki bot. Terletak di tengah-tengah Laut Andaman yang indah dan dikelilingi pantai dan pokok ru, ia tempat yang terbaik untuk anda bersantai dan berjemur di tepi laut.

Pulau ini merupakan hab pengembaraan dan tempat beriadah di mana ia menawarkan taman tema air dan sukan air seperti perahu pisang, jet ski, paralayar, zipline dan banyak lagi. Anda tak perlu risau sambil anak-anak anda berseronok di sini!

langkawi wildlife park
Photo Credit: @dinawakaka

Taman Kehidupan Liar Langkawi (Langkawi Wildlife Park) sangat sesuai bagi kanak-kanak yang sukakan haiwan! Dengan suasana hutan hujan tropika, taman ini menempatkan lebih daripada 150 spesies haiwan dan burung di seluruh dunia seperti musang binturong, rusa, burung ostrich, rakun, tikus belanda dan burung-burung yang terbang bebas.

Salah satu perkara yang hebat tentang Taman Kehidupan Liar Langkawi ialah ia tempat tertutup yang penuh dengan laluan jalan kaki dan kawasan berteduh, jadi anda boleh berteduh daripada cahaya matahari dan meneroka dalam cuaca hujan mahupun panas. Pastikan anda periksa jadual taman ini dan jangan terlepas sesi memberi makan istimewa sepanjang hari!

langkawi crocodile adventureland farm kids family trip
Photo Credit: @eerezzzang

Crocodile Adventureland Langkawi ialah taman buaya yang terletak di kawasan Teluk Datai di barat laut pulau ini. Sebesar 20 ekar, anda boleh melihat pelbagai jenis buaya air masin Malaysia daripada aneka spesies dan saiz di sini secara dekat! Taman ini dijaga dengan rapi dan pasti menawarkan lawatan sambil belajar yang menyeronokkan. Pelawat juga boleh memberi makan kepada buaya kecil dan melihat aksi buaya-buaya di sini.

9. Sunset Dinner Cruise
Langkawi Sunset Cruise
Photo Credits: @waiwaichen

Langkawi Sunset Cruise
Photo Credits: @ali_shehzad_paul

Pelayaran Makan Malam Matahari Terbenam Langkawi yang popular ini adalah pengalaman yang wajib anda rasai. Selami pemandangan matahari terbenam bersama keindahan Laut Andaman bersama keluarga anda sambil menikmati makan malam di atas kapal mewah. Kalau anda bertuah, anda juga mungkin dapat melihat ikan lumba-lumba dan ikan terbang!

Jangan lupa pakaian renang anda untuk berendam dalam jakuzi air masin selepas makan malam. Walaupun ia terkenal untuk pasangan, ia juga sesuai untuk keluarga. Tempah pakej pelayaran anda di Klook yang termasuk pakej makanan, minuman, insurans dan pemandu pelancongan yang boleh berbahasa Inggeris.

10. Aktiviti Air Di Pantai Cenang

pantai cenang best beach langkawi
Photo Credit: @elyshanorizal

Pantai Cenang ialah pantai Langkawi yang terkenal, indah dan penuh dengan aktiviti untuk dilakukan dan hidangan enak. Pantai ini menawarkan pelbagai jenis restoran, kompleks membeli-belah bebas cukai, resort, tempat urut, Underwater World Langkawi dan banyak lagi.

Sukan air juga terkenal di sini dan anak-anak anda pasti seronok dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan! Jangan terpedaya dengan harga mahal tempatan di pantai ini. Tempah aktiviti-aktiviti air anda di Klook untuk kesenangan dan ketenangan anda di mana anda juga dapat berjimat.

splash out langkawi water theme park
Photo Credit: @miziemohd92

splash out water park theme park genting

Ini salah satu tempat yang wajib dilawati di Langkawi kalau anda bercuti bersama anak-anak! Splash Out ialah taman tema air terkenal Langkawi yang menawarkan pelbagai jenis permainan dan tarikan untuk kanak-kanak dan mereka yang berjiwa muda. Luncur ombak setinggi lima kaki, gelongsor air berputar dan nikmati air melimpah di Big Splash Kingdom. Anda pasti akan luangkan masa separuh hari dengan aktiviti-aktiviti menyeronokkan di sini.

Langkawi Ziplining
Photo Credits: @rayan.alshali

Bawa anak-anak anda terbang, meluncur dan berayun seperti Tarzan di Skytrex Adventure Langkawi! Walaupun bunyinya menggetarkan, anda boleh percaya pada kru di Skytrex Langkawi apabila mereka menggantung anda di hutan hujan tropika yang indah ini. Anda boleh pilih pakej Pemula, Pertengahan mahupun Lanjutan yang menawarkan pelbagai tarikan dan halangan yang berbeza yang sesuai dengan usia dan tahap stamina anda.

pantai pasir tengkorak langkawi beach
Photo Credit: @mathildetraveling

Daripada pantai-pantai sibuk kepada yang tenang, Langkawi mempunyai pelbagai jenis pantai indah yang menanti untuk diterokai. Bukan semua pantai di Langkawi mesra kanak-kanak sebab ada masanya ombak bergelora dan ada juga pantai tenang yang lebih sesuai untuk pasangan dan orang dewasa. Periksa senarai pulau-pulau terbaik di Langkawi kami dan pilih yang terbaik bagi anak-anak kecil anda untuk membina istana pasir dan berlari-lari!

Upsidow Langkawi
Photo credit: @sachini_silva

Rumah Terbalik Langkawi (Upsidow Upside Down House) ialah satu lagi tarikan sempurna untuk percutian keluarga! Dibina dengan cuma menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti perabot lama, kereta vintaj, tayar basikal dan tong minyak, rumah dua tingkat ini menawarkan dunia ilusi kepada anda. Jangan lupa bergambar dan rakam keseronokan anda di sini. Selepas terokai bilik-bilik di rumah ini, anda boleh naik ke atas bumbung untuk menikmati pemandangan Langkawi yang indah tanpa gangguan. Tempah tiket masuk di Klook, termasuk pengangkutan dari hotel anda.

Langkawi Pulau Payar Snorkelling
Photo Credits: @andrewchoojh

Ini aktiviti yang wajib dilakukan semasa berada di Langkawi! Naik bot laju dan terokai pulau-pulau unik yang dikelilingi air jernih dan pantai-pantai yang indah. Tempat kegemaran kami termasuk Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting dan Pulau Singa Besar di mana anda boleh melihat sendiri helang yang diberi makan


Artikel Berkaitan: Trip Ke Langkawi (2013)

Post a Comment

0 Comments