Assalamualaikum.
Khas untuk korang yang lelaki sebelum kahwin dengan someone from broken family. Cuma penulisan ni POV dari seorang perempuan yang dari broken family yang separated and ada emotional unstable parent.
Sebelum Kahwin Dengan Someone Dari Broken Family
Apapun make sure baca dengan hati terbuka. And boleh ja nak tanya betul atau tak kepada pasangan berkenaan apa yang ditulis kat sini. Tak semua macam ni, but ada yang boleh relate.
1. Prepare Mental
They are from broken family for a reason(s). Life someone dari broken family takkan sama dengan life orang lain. Most of the time, korang bukan setakat encounter pasangan - tapi akan encounter parents and adik-beradik yang perangai 'pelik'.
Tapi pelik dimata orang biasa. Tapi tidak dimata kami yang hidup sesama sendiri. Apapun terjadi, korang terima jela and jangan cuba nak mengubah 'normal' dalam family tu.
But jaga spouse korang sebaiknya sebab dimata dia kau ialah seorang 'penyelamat'. Penyelamat yang akan ajar dia benda normal orang biasa.
2. Sayang = Marah
Ada masa, kami akan jadi terlalu overwhelmed dengan banyak benda. Terlalu susah untuk nak relax. Usually terjadi sebab dari kecik memang tak diajar untuk uruskan perasaan sendiri.
What to expect bila parents kita sendiri pun tak pandai uruskan perasaan. Then how come kita nak belajar? Unless kalau ada someone dari circle luar yang berjaya buat dia realised yang ni semua tak normal.
Sebab bagi kami, marah-marah, jerit etc semua ni normal.. Kami diajar marah tandanya sayang, while diam maksudnya tak normal. Like pffttt kan, but that's the reality.
Korang kena tunjukkan macam mana sayang yang sebenar. Sebab kami selalu salah sangka sayang tu mesti kena marah-marah sebab itu sayang kami faham sejak kecik.
3. Tahan Dengan Perangai Overthinker, Suka Analyze Masalah
Most of the time, orang dari broken family akan jadi seorang overthinker. Setiap perkataan yang keluar akan jadi satu analysis lepastu menyesal sorang-sorang.
Kami sentiasa menganalisis gerak-geri orang lain terutamanya dari segi mimik muka, tone suara dan layanan.
Sebab contoh kami buat salah A, then kena marah. Jadi kami akan avoid salah tu and buat macam lain sambil tengok respons. Most of the time, common sense kami kelaut paling dalam.
Sebab tu kami ialah people pleaser. But maybe tak jugak. Kalau dia ada realisation, dia akan stop people pleasing tu.
Untuk orang yang dalam broken family, kami mungkin berharap kalau tak buat perangai B, mungkin nanti dia suka aku kutt?
Sebab that's how we've been treated sejak kecik. Untuk buat something yang betul supaya tak kena marah.
And kami suka rasa bersalah and salahkan diri sendiri dalam setiap perkara. Sebab dari kecik tak mampu nak jadi yang terbaik untuk disayangi.
4. Sabar dengan Perangai Overly Attached, Clingy, Takut Berseorangan
Yang ni kutt paling aku dapat relate. Cuba imagine dari broken family yang memang tak kisah kita buat apa like takdak sesi borak santai sembang kosong ke apa (kecuali kena cemerlang akademik & jaga agama).
And tiba-tiba ada orang bagi attention, guide kita, sentiasa bagi nasihat. Faham? Ramaiiiiiiiii yang stay dalam toxic relationship hanya sebab takut keseorangan.
Kalau korang kahwin dengan someone dari broken family, please jaga dia sebaiknya. At times, dia banyak perlukan reassurance bukan setakat pandai la faham sendiri.
Kami takdak sapa untuk nak cling to. Jadi faham jela macam mana perasaanya akhirnya ada someone yang kita percaya untuk bercerita.
Tbh, aku proud gila sebab aku dari broken family tapi boleh ja survive. Tapi deep inside, lepas kahwin baru faham berapa lainnya life normal family berbanding kami.
5. Hidup dengan Someone Kurang Empati
Dalam hidup kami, faham ja orang lain pun ada masalah. Tapi kami sendiri tak mampu nak empati dengan orang lain, sebab kami rasa lagi teruk dari tu.
Orang mungkin melihat kita sebagai someone yang kuat, yang sentiasa ada solution dalam apa saja masalah. Tapi yang orang taktau, kuat hanyalah satu-satunya option yang kami ada.
Hidup kami penuh dengan jawapan objektif untuk setiap masalah. Sedih? Abaikan je. Sakit hati? Pi baca buku nanti lupa la tu.
Sebab dari kecik bila mengadu apa, samada takdak sebarang respons atau umpama cakap bangku je. Aku masih work on this, untuk tambah sifat empati tanpa buatkan orang rasa dikasihankan.
6. Jangan Jerit Dekat Dia Please?
Mungkin kalau korang baran, jangan jerit dekat dia please? Atau jangan tinggalkan dia dalam overthinking? Atau jangan dia bagi silent treatment? And jangan salahkan dia macam dia penyebab untuk masalah kecik please...
Sebab mungkin dia dah hadap semua situasi tu sejak dari lahir. Setiap jeritan, buat jantung dia berdegup laju sampai susah nak bernafas. Faham tak?
Dia dah la tak dapat pilih dari family mana dia lahir. Dia hanya mampu pilih someone yang dia nak hidup sampai tua untuk jadi ayah kepada anak-anak dia.
7. Prepare Untuk Hadap Immature Emotional Unstable Parents
Yang ni kutt paling core dalam semua benda. Kalau korang tak hadap yang ni, maybe boleh sujud syukur.
Parents dia tak dapat kawal hidup sendiri, hence cuba untuk mengawal hidup anak & menantu. Aku rasa part ni pun husband aku tak bersedia.
Husband aku selalu cakap, perempuan complicated. Aku cakap, tunggu sampai jumpak mak aku then dia akan jumpak someone yang overly 100% lebih complicated berbanding perempuan lain..
Mulanya maybe husband aku ingat saja nak takutkan, but then the truth start to reveal gradually.
Kalau lagi sedih, korang mungkin akan dilayan macam budak-budak lagi. Sentiasa kena jerit + jerkah bila tak sehaluan pendapat. And aku tak rasa semua orang prepare untuk ada life yang macam ni.
Maybe sebab tu hanya orang yang kuat mental ja boleh kahwin dengan someone dari broken / separated family yang emotionally neglected. Sebab kalau korang pun dari family yang problematic, kahwin pulak dengan family yang lebih kurang sama - then sangat worst. Unless both of you memang kuat mental and work together to have happy family.
Rasanya ramai ja yang terperangkap dengan cycle problematic family then kahwin hasilkan another problematic family. Tapi ada juga yang berusaha untuk keluar dari cycle tu. Parenting ni berubah seiring zaman, so kalau masa kecik tu kita kena yang macam tu. Means that kena usaha tak ulang lakukan perkara yang sama pada anak. Or else, cycle tu akan berterusan.
"Dan kadang-kadang, ada masanya kita fed-up dengan hidup keliling kita, fed-up dengan orang punya expectation pada kita, fed-up dengan keadaan dan orang keliling yang tak pernah faham kita ni manusia yang macam mana. Dan hanya satu benda je yang boleh jadi jalan keluar. Escape. Lari. Whatever you want to call it."
Bila dah kahwin, now faham kenapa aku suka baca Rooftop Rant - Hlovate. Sebab aku rasa difahami dalam keadaan tak perlu bercerita pada orang bimbang kena judge.
What I'm up to Right Now
Aku dah ingat kenapa setiap tahun tak suka sambut birthday pada tarikh yang sepatutnya.
Sebab masa 08-08-2008, punya la cantik tarikh tu ada someone yang aku pernah suka gilaaa pindah. Faham tak perasaan tu, dia satu yang macam escapism bila first time suka someone and suddenly semangat hilang (haha). And time tu takdak sapa pun dari family aku yang wish birthday.
Tapi tahun ni aku nak sambut birthday pada tarikhnya. Selama ni tak pernah terfikir pun kenapa tak suka sambut birthday time tarikh yang tepat.
Conclusion
Apapun, all the best! Maybe boleh clarify siap-siap perangai family macam mana.
Pasangan dari broken family tak sesuai untuk semua orang. Hanya yang ada mental yang kuat ja boleh bertahan. And they deserved happy family jugak...
0 Comments