Maksud Bestie - Bestie Boy atau Bestie Girl

Assalamualaikum.

Maksud Bestie

Hello everyone, maksud bestie ni dah lama sebenarnya digunakan. Tapi taktau la kenapa baru nak hype sekarang. Mungkin sebab Imran Bard jugak dok bestieqqq tu, tapi bestieq tu versi bestie dalam slang Kedah la.

Maksud Bestie

Maksud Bestie ialah sahabat atau kawan baik. Lebih kepada terjemahan kawan baik sebenarnya. Penggunaan bestie ni first time digunakan zaman dulu around 2010 - 2012 macam tu. Kiranya ni zaman legend blog macam Maria Elena, Fatin Liyana takpun zaman Mat Luthfi.

Bestie Boy


Zaman tu, segala benda kat belakang ada letak IE kononnya bunyi macam manja gitu la HAHA. Zaman tu ada istilah bestie, boyfie, girlfie. 

  • Bestie = bestfriend
  • Boyfie = boyfriend
  • Girlfie = girlfriend

Maksud Bestie Boy Dalam Bahasa Melayu

So Bestie Boy ni bermaksud bestfriend tetapi lelaki. Kalau crush korang cakap yang korang ni bestie boy, bermakna kau dah kena reject cara halus la bro.

Maksud Bestie Girl Dalam Bahasa Melayu

Sama macam Bestie Boy jugak, Bestie Girl bermaksud bestfriend tapi perempuan. Selalunya perempuan la yang guna captions ni kat Instagram macam "With my bestieee!".

Cara Penggunaan Bestie Dalam Ayat

Bestie Girl


Pastikan korang tak gunakan perkataan bestie ni dsalam karangan Bahasa Melayu. Bestie ni cuma macam slang ja so tak dikira sebagai perkataan.

Dalam ayat, korang hanya perlu gantikan perkataan bestfriend sebagai bestie. Tapiiiii, make sure ayat yang digunakan bersifat lembut dan girly sikit macam gedik lagutu. Sebagai contoh ayat:

"Weyyy korang, today I dengan my bestie nak pergi Pasar Tani tauu! Then kitorang plan nak pergi beli majalah Kreko jap."

Perkataan ni tak sesuai kalau tiba-tiba ayat skema then letak perkataan bestie, sebagai contoh:

"Harini saya dan bestie saya menaiki bas untuk ke Pasar Tani. Setelah itu, kami kemudiannya singgah sebentar pergi ke kedai untuk membeli makalah."

Conclusion

Aku taktau la kenapa perkataan macam ni mai semula. Tahtah nanti naik semula perkataan berjimba, babeng apa semua tu. Dah la radio sekarang pun dah start hype semula lagu lama around 2010. 

To new Gen Z, kami semua pernah lalui zaman yang cool tauu. Nak stream Youtube pun kena tunggu lama gila then siap record lagu kat radio sebab susahnya nak stream time tu. Itu tak termasuk lagi zaman tengok harga ringtone dekat surat khabar sebab nak beli ringtone baru untuk fon. HAHA legend betui.


Post a Comment

0 Comments