Pengalaman Kerja Freelance

Assalamualaikum.

Pengalaman Kerja Freelance

Harini nak share pengalaman kerja freelance. Memang ada kelebihan dan kelemahan tersendiri bila buat kerja freelance. Masuk tahun 2022, dah dekat 4 tahun aku buat kerja freelance. 

Tapi buat kerja freelance ni as side job ja. Yelah, sebab still ada kerja hakiki yang pi kerja pagi balik petang setiap hari (time tu).

Kerja Freelance Itu Apa?

Kerja freelance tu bermaksud kerja secara sendiri. Selalunya melibatkan kita buat sesuatu servis. Dan kita dibayar berdasarkan servis yang kita buat instead of dibayar bulanan.

Maksudnya, bila ada job barulah duit masuk. Kalau tak ada job, duit pun tak masuk la.

Contoh Kerja Freelance Di Rumah

Antara kerja freelance di rumah termasuklah:

  • Graphic designer
  • Digital marketing
  • Penulis artikel
  • Data entry
  • Translator
  • Coding
Dan banyak lagi kerja yang melibatkan skills atau kerja yang tak perlu masuk ke office. Macam aku sendiri, aku buat freelance sebagai graphic designer dan penulisan artikel SEO. 

Cuma sekarang macam semakin slow down sejak ada anak + sebab dah kerja fully remote. (Kerja fully remote kadang-kadang memang mental exhausted jugak ya.)

Skop Kerja Freelance 

Skop kerja freelance bergantung kepada kerja apa yang korang buat. Kalau freelance graphic designer, for sure korang kena design graphic.

Sebenarnya, freelance ni lebih kepada korang jual servis kepada business owner. Kerja yang modelnya terarah kepada B2B (service business to business). 

Jadi, freelance ni should be partnership, dan korang tak perlu anggap client sebagai majikan.

Pengalaman Kerja Freelance

[Kredit]

Aku cuma boleh cerita pengalaman sebagai part time freelancer disebabkan aku buat as part time. 

Pada mulanya, start kerja freelance masa around 2018 tapi tak berapa konsisten. Then around 2021, aku buat semula kerja freelance secara agak konsisten; partnership dengan solopreneur dari marketing agency. Dalam masa yang sama, start buat freelance di platform Swifty

Untuk kerja freelance, korang sangat-sangat perlu disiplin dalam siapkan kerja. Memang hampir setiap minggu, samada tidur lewat takpun bangun awal untuk siapkan kerja. 

Kelebihan dan Kekurangan Kerja Freelance

Kelebihan kerja freelance ni for sure dari segi masa yang lebih fleksibel, jadi sangat sesuai untuk nak buat side income. 

Cuma kekurangan kerja freelance ialah income yang tak berapa stabil la. Bulan ni mungkin dapat payment masyuk, tapi bulan depan mungkin payment kurang bergantung kepada job yang kita dapat.

Ni cuma cerita sikit macam mana dari freelancer, aku dapat secure job permanent di marketing agency. Boleh skip terus ke bawah kalau tak berminat baca.

Dari Freelance ke Permanent Staff

Sebelum ni aku kerja sebagai Digital Marketing Executive di kedai motor yang aktif jual motor online. Keadaan berubah bila aku decide untuk berhenti kerja around bulan Mac 2022 semasa pregnant. So should be bulan April 2022 akan start untuk tak ada kerja hakiki.

Masa tu, memang aku tak ada sebarang kerja (permanent) backup sebelum resign. Memang takut nak resign, sebab ada komitmen bulanan yang kena bayar. Jadi, aku try cari job freelance di Facebook. Memang aku doa banyak-banyak la time tu supaya dapat la job freelance sampai beranak nanti.

Antara group Facebook yang aku try cari freelance job:

Then masa tu, aku ada nampak HC (nama orang) ada post job freelance. Dia tengah cari copywriter / graphic designer. Aku pun DM la dia dekat Facebook. Dan ada juga mintak dia punya emel untuk send proper portfolio. Cuma agak tertanya-tanya sebab dia punya email macam email marketing consultant.

Emel pertama kepada HC


Jadi selepas tu, aku pun emel la portfolio yang merangkumi projek-projek lepas kepada HC tadi. End of the week, dia ada set Google Meet untuk saja nak sembang-sembang (?). 

Time tu memang aku confuse gila la. Sebab selama ni memang tak pernah lagi la buat job freelance tapi siap ada meeting. 

Dalam meeting tu, HC ada tanya kenapa aku tengah cari freelance job. Dan apa sebenarnya kerja aku time tu dan kenapa nak resign.

Selepas meeting tu, aku dapat job untuk buat copywriting di Facebook dan buat servis graphic design. Dia jugak inform untuk retainer selama 3 bulan dengan payment sebanyak RMXXXX per bulan. 

Retainer ni bermaksud macam satu kontrak la. Time tu, aku still bekerja sebagai digital marketer dengan kedai motor dan masih buat freelance dengan marketing agency lain lagi.

Lepas ja habis retainer 3 bulan tu (Jun 2022), HC cakap dia nak aku extend. Maknanya, dia nak aku bekerja dalam marketing consultant tu sebagai permanent. It is 100% remote - work from home. 

Employment Letter

Yes, too good to be true. Dan yang paling aku terkejut, aku jugak dapat salary masa maternity leave padahal aku baru ja confirm kerja permanent kat situ tak sampai 2 bulan.

Jadinya, sekarang aku bekerja sebagai Digital Marketing Executive di marketing consultant yang remote based - also serve local and international client.

Cara Kerja Online Freelance - Kerja Freelance Di Rumah 


[Kredit]

Untuk nak kerja online sebagai freelance, pertama sekali kenalpasti dimana nak cari customer pertama korang?

Aku akan share 3 options yang korang boleh mula:

1. Buat akaun di platform freelance macam Swifty Malaysia, Upworks atau Freelancer then advertise servis disana.

2. Direct approach business owner. Korang DM atau direct contact business owner dan cakap yang korang ada buat service sekian sekian. Pastikan sedia portfolio.

3. Buat personal branding dan biar orang tahu kepakaran yang korang ada. Dengan cara ni, potential client sendiri akan cari korang. Cuma sebelum buat personal branding, make sure dah siap portfolio atau dah ada proven track record.

Cara Jadi Freelancer

1. Skills

Sebelum nak tawarkan sesuatu servis, pastikan ada skills yang nak ditawarkan kepada orang lain. Sebagai contoh, kalau nak buat kerja freelance melibatkan design - maka korang perlu tahu untuk gunakan Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Canva.

In case kalau korang masih belum ada skills, boleh ja untuk tajamkan skills macam ikuti kelas online di Skillshare atau Coursera.

2. Cari Target Audience

Dari segi target audience, korang perlu tahu siapa yang bakal jadi client korang. Kalau dari segi graphic design, target audience atau customer korang semestinya dalam kalangan business owner.

Paling mudah, korang boleh ja terus pos servis yang ditawarkan di platform freelance Swifty Malaysia, Upworks atau Freelancer. Boleh baca pengalaman aku buat freelance di Swifty Malaysia.

3. Sediakan Rate Card

Lepas tu, bila nak mulakan kerja freelance; pastikan korang tahu berapa caj yang akan dikenakan untuk servis yang korang buat.

Contohnya, untuk rate card graphic design. Korang boleh masukkan harga design dari segi:

  • jenis visual (digital / printing)
  • saiz visual (poster / landscape / square)
  • logo
  • design letterhead


Pastikan perkara penting yang melibatkan design dah diterangkan di dalam rate card.

Fungsi rate card ialah untuk beritahu bakal client caj yang dikenakan sebelum mereka buat keputusan untuk dapatkan servis yang disediakan.

4. Portfolio

Ni part yang paling penting. Setiap freelancer MESTI ada portfolio. 

Macam mana kalau tak ada portfolio

Sebab selama ni tak pernah dapat sebarang job atau masih belum ada client?

Ada caranya. Antara caranya ialah korang cipta portfolio sendiri berdasarkan personal project. 

Sebagai contoh, design ja poster yang merangkumi poster untuk menu makanan, advertising, promo barangan elektrik, skincare products etc.

Dengan cara macam ni, bakal client boleh nampak macam mana design yang akan dihasilkan nanti.

Contoh design dalam portfolio

Selain tu, korang boleh ja cipta portfolio dengan beri servis percuma kepada business owner. Tapi kena ingat, pastikan untuk dapatkan feedback atau testimoni dari business owner terhadap servis yang korang dah berikan. 

Dengan cara ini, bakal client akan lebih percaya untuk ambil servis dari korang berdasarkan feedback macam ni.

Portfolio SEO

Kalau dari segi portfolio penulisan artikel SEO, boleh ja masukkan artikel yang pernah ditulis. 

Antara projek lepas

Cara showcase kerja

Data dari Google Search Console

Data dari SEMrush

Nak lagi best, korang masukkan sekali result SERP (Search Engine Ranking Page) yang dapat tunjukkan proven track record bahawa penulisan korang bawa impak kepada website client sebelum ni.

Jadi, pastikan untuk sentiasa simpan semua kerja yang korang buat di satu tempat sebagai portfolio. Portfolio ni boleh ja dibuat dalam PDF atau boleh terus buat website untuk ada digital presence.

5. Reach out

[Kredit]

Bila dah ada semua di atas, barulah reach out kepada potential client. Caranya, boleh ja DM setiap bisnes yang ada. Sebagai permulaan, boleh start dengan reach out kepada pemilik bisnes SME.

Macam mana nak reach out?

Mulakan dengan kenalkan diri, beritahu apa servis yang ditawarkan, beri portfolio kerja dan rate card. Selain tu, boleh ja offer servis percuma dulu sebelum teruskan dengan servis berbayar.

6. Bina Hubungan Baik Dengan Client

Selepas dah dapat client, ingat supaya sentiasa ada hubungan baik dengan client tersebut. 

Sebab apa? Sebab kadang-kadang, servis korang akan disebarkan dengan word of mouth. 

Maksudnya?

Maksudnya, bila seorang client puas hati dengan servis yang diberikan; dia akan sebarkan kepada rakan-rakan lain. Dengan cara ni, ada potensi akan dapat lebih ramai client pada masa akan datang.

Key Takeaway

Secara jujurnya, disiplin sangat penting bagi seorang freelancer. Freelancer akan bekerja tak kira masa berdasarkan job yang dapat.

Freelancer still ada right untuk tolak apa-apa job selagi tak dibayar. Aku pun pernah ja tolak job masa kes kepala air di Yan, Kedah dan masa tengah dalam pantang. Still, client aku masih dapatkan servis aku selepas tu.

Untuk yang baru nak try buat kerja freelance, all the best! Mantapkan portfolio dan jangan takut untuk mulakan. Belum cuba, belum tahu. 

Kalau nak dapatkan lebih detail dari A-Z untuk kerja sebagai freelancer, boleh dapatkan buku ni. Memang padat penerangan yang dia bagi, The Art of Making Money as A Freelancer

Love,
XOXO

Artikel Berkaitan: Cara Buat Duit Online Dari Rumah

Post a Comment

0 Comments