Pengalaman Interview Setelah Kerja 4 Tahun


Assalamualaikum.

Aku tulis sebab nak meluahkan perasaan.

Agak sedih sebab aku dah sia-siakan panggilan IV baru ni. Macam aku terlalu menjawab soalan and tak try untuk steer further. Well at least after tulis ni, aku akan rasa sedikit lega setidaknya.


Baru-baru ni aku pi interview dengan sebuah company yang boleh kata besar jugak la.  Then aku macam tak buat preparation langsung sebab husband (ehem) aku hantar. 

Before this, preparation aku just masa aku tengah drive pi IV ja. Tapi disebabkan Kali ni husband teman, aku lupa pulak nak fikir soalan-soalan yang mungkin akan ditanya masa IV.

Ni adalah IV kedua yang aku attend sejak May 2019 ya. So memang tak expect apa-apa soalan selain yang selalu tanya macam soalan pengalaman kerja, daily job scope aku.

But then aku quite shock sebab dia tanya beberapa soalan yang tak pernah mana-mana interviewer tempat lain tanya. Aku pernah prepare soalan ni masa dulu, tapi takdak sapa pernah tanya.

Antaranya soalan yang ditanya COO ialah:

1. Kenapa study course lain tapi akhirnya kerja dalam bidang lain?

2. Justify kenapa aku letak expected salary macam tu?

3. Is my expected salary is negotiable?

Time ni aku jawab no. Not negotiable (facepalm). So sebab tu dia minta aku justify. Aku time tu, "omg aku tak pernah prepare" and aku lupa sebut pasal aku adalah experienced candidate with proven track record. 


Then dia ada tanya, ada any questions yang aku nak tanya pada tak?

So aku tanya,

1. Adakah any training will be provided?

2. In marketing team, ada berapa orang lagi and what their role.

After tu dia ada tanya, ada tak nak tanya HR apa-apa. Then aku jawab nothing for now. Hm silap la, at least aku perlu tanya,

1. Company value and culture

2. What you love the most about working here

So memang aku rasa macam another IV wasted. Resume aku memang gempak when it comes to show the results, but aku tak dapat convince the interviewer dengan jawapan yang dapat buat aku puas hati.


Then depa ambik aku punya portfolio and cakap akan pass pada receptionist. But then aku kecewa sampai aku bagi jela terus portfolio tu. Since, rasa macam takdak harapan dan sangat kecewa dengan diri sendiri.

Apa yang aku expect setiap kali IV ialah aku dapat go into casual conversation with the interviewer yang buatkan mereka rasa comfort untuk hire aku.

But for this IV, aku rasa macam akulah penyebab yang menjadikan conversation tu awkward


Antara sebabnya, aku pi search background orang yang akan IV aku. Dan serta merta, aku rasa sangat kerdil disitu. Ada 3 panel yang IV aku which is marketing manager, HR and COO (Chief Operating Officer).

Jadi lepas ja IV tu, aku macam sentiasa fikir apa yang salah aku buat time tu dan sentiasa rasa aku patut buat ini ini dan ini to secure that job and ace the interview.

Kiranya sekarang aku tengah cuba positif dan cakap ambik la sesuatu dari pengalaman interview kali ni.


After tulis ni, aku rasa macam takpalah kalau ada rezeki tu adalah. Rezeki sentiasa takkan salah alamat.

Kalau kalini aku tak dapat job ni, inshaAllah mungkin ada yang lebih baik lagi. Allah knows better and He knows what is the best for me.

Update pada 15/01/22: Aku dapat panggilan 2nd interview untuk company first. Tapi, aku terpaksa tolak atas sebab tertentu. Dan interview yang selepas ni dari Paul Hype Page pun aku terpaksa tolak. Betui la, ada hikmah.

Comments

Popular posts from this blog

Hiqili Essential Oil Review Malaysia

Industrial Logistic tu Belajar Apa?

Garnier Vitamin C Serum Review Malaysia